Please Click Me

Archive for November 2012

Love On A Diet - Satu Contoh Tidak Baek

Thursday, November 29, 2012 § 5


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam aku balik awal daripada kerja. Sementara mahu menunggu maghrib, sempat la menonton TV. Browse punya browse, eh got one thing on laah. Channel 131, Astro Citra sedang menayangkan sebuah filem Hong Kong yang bertajuk Love On A Diet. Aku ingat cerita ni sebab Andy Lau berlakon. Masa tengok pun, dah jam 6.30 petang. Dah hampir dengan klimaks.

Aku tidak tahu apa yang berlaku sebelum aku menonton, tetapi bermula dari saat aku mula menekan button 131 sehingga ke habes cerita, lebih kurang beginilah sinopsisnya: Fatty (berdasarkan subtitle) mencuba untuk menjadi kurus dalam tempoh 6 bulan dengan bantuan Fatso (Andy Lau). Macam-macam cara dia buat, segala ubat termasuk tape worm dia telan untuk menjadik kurus. Dia menjalani latihan fizikal yang ekstrem sepanjang masa. Bung bang bung bang, tiba-tiba ada sparkle between dia dan Fatso yang BTW juga sangat gemuk telah terpancar. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka Fatso pun menghantar Fatty ke pusat pengurusan (Slimming Centre). Tetapi kos sangatlaaa mahal. Bagi menampung itu, Fatso menjadi human punching bag dan mengelak dari berjumpa dengan Fatty. Tak lama selepas itu, Fatty pun menjadi kurus umpama orang yang sakit dan balik berjumpa dengan Fatso. Dari situ la dia mendapat tahu macam mana Fatso menjana kewangan untuk menampung kos bagi proses kekurusan Fatty. Tiba-tiba didedahkan bahawa Fatty nak jadi kurus sebab nak berjumpa dengan boyfriend dia yang super duper hot and tone. Long story short, Fatty break up dengan boyfriend dia yang stud itu dan bercinta dengan Fatso yang tiba-tiba pun menjadik kurus.

Euuwwww, cerita ini sangat fairy tale. Pertama ia menggalakan kita kena kurus sebab untuk menjadi popular dan sebab nak bercinta. Well hello, kalo nak popular atau bercinta tak semestinya kena kurus ya. Tahukah anda sebenarnya amat payah untuk menjadi kurus bagi yang gemok. Tidak kira lah gemok semenjak lahir atau dulu kurus, tiba-tiba jadik gemok, pastu nak kurus balik, pokok pangkalnya menjadi kurus (menurut definition society) sebenarnya amat payah. Apatah lagi diberi time frame dalam masa tertentu. Laen lah kalau ada duit, boleh serap lemak, boleh pergi slimming centre, kerat usus dan sebagainya. Tidak semua orang mampu buat seperti yang dibuat oleh Sammi Cheng dalam filem itu (hakikatnya dia memang sedia ada kurus ya, sila jangan tertipu). Betollah dia pergi slimming centre dan buat senaman serta kawal permakanan namun berapa kerat manusia gemok di luar sana mampu nak buat semua itu?

Filem tu bagi inspirasi kepada gemukers untuk kurangkan berat badan. Iya ka? Aku tak rasa ia bagi inspirasi untuk kurangkan berat badan, tetapi bagi inspirasi untuk mendapatkan tubuh badan sekeping ala-ala model yang umpama punyai masalah pemakanan. Kita seharusnya menyayangi tubuh badan kita tak kira dalam apa jua kondisi pun. Gemuk ka, kurus ka, well toned ka, geleber di pinggang ka itu masih tubuh badan yang dibagi pinjam oleh Tuhan. Sepatutnya inspirasi yang diberi adalah untuk kita menjaga tubuh badan yang gemuk itu agar tidak mengundang penyakit dan kemudaratan. Selagi kita sihat dan dapat bekerja biarlah macam mana pun bentuknya, lantaklah. Kalau boifren ko nak break up sebab benda tu, so what, dunia kiamat ke?

Latihan Fizikal Yang Ekstrem. Oh noo, tahukah betapa seksanya nak membuat latihan fizikal secara berterusan. Bagi orang gemuk, nak ajak jogging pun dorang boleh pengsan tau. Apatah lagi diselangi dengan pelbagai rutin macam kayuh beskel, menari dan sebagainya. Muscle boleh fatigue dan mendatangkan banyak kecederaan jika tidak dibuat dengan betul atau tanpa bimbingan dari mereka yang berpengalaman. Kalau buat saja-saja tu, okey laaah, ni buat plak kalah orang yang nak masuk bertanding dalam sukan. Ceritanya dengan buat semua tu, bolehkah menjadi kurus sekeping ala-ala model? Aku pun tak tau la. Maybe taka de laa sebijik-bijik macam Heidi Klum, maybe akan ada perut yang muscular macam Angelina Jolie atau Beyonce kowt. Namun pointnya adalah, hanya orang yang berjiwa kental sahaja mampu untuk mengharungi rutin harian dengan latihan fizikal yang ekstrem. Hmm, Angelina Jolie pun xde lah 24 jam berlari kowt sebab nak dapatkan body macam tu.
Betol ke ni Angelina Jolie, macam bukan jek.
Namun Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mustahil. Bukan aku cuba menidakkan impian gemukers macam kita ni untuk jadik kurus (eh, mengaku plak diri ini gemuk). Namun berpada-padalah dengan sebab, tujuan dan kaedah yang digunakan. Kalau kurus sebab nak glamor dan bercinta baek tak payah laaa. Sepatutnya gemukers kenalah konfiden dengan tubuh badan dan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan penampilan. Part ni, kenalah rujuk belog-belog yang banyak ajar cara pemakaian. Pastu bila dah gemuk, macam-macam penyakit akan datang. Maka itulah sebabnya kena jaga pemakanan dan selalu bersenam. Dah gemuk ni, nak naek tangga pun mencungap. Jaga makan bukan laaah berdiet secara menkhinzir buta. Makan pun makan jugak, tapi kawal la pengambilan. Kurang apa yang patut, lebih apa yang kurang. Bersenam plak jangan nak ikut dan ja. Mula dari bawah kalau tak biasa bersenam. Nanti tak pasal-pasal patah la, putus la apa-apa organ dalam badan ni. Saja buat naya. Paling utama dah tau gemuk, jangan sesekali malas. Tips-tips senaman dan pemakanan boleh dapat bersepah dalam majalah, buku dan blog-blog kesihatan. Bila dah start buat, jangan tahan dua hari jek. Teruskan sampai nampak hasil iaitu seperti jalan sikit pun kaki dah tak sakit atau bila sua McD terus rasa loya. Haha, aku boikot McD lebih kepada isu kesihatan secara jujurnya.
Gambar ini merangkumi point aku gemuk, campor jangan dok malas-malas sahaja. Hahaha
Dan kepada Heidi Klum dan Taylor Lautner Wannabe kat luar tu, sila jangan kurang ajar dengan mengutuk kami-kami yang gemuk ini ya. Bukanlah pilihan kami untuk jadik seperti ini. Ada yang memang lahir-lahir dah gemuk, dah rangka badan besar, nak buat cano. Kerana wannabes kat luar tu jugaklah, ramai gemukers yang mengalami kemurungan, depression, rendah esteem diri serta takut untuk mengejar impian mereka. Haaa, rasa bersalah tak? Kau hengat body kurus sekeping kau tu, boleh hadap sangat lah? Please jangan hina kami ya. Sebagaimana kami adore tubuh badan anda, begitulah respek dengan timbunan serta geleberan lemak yang ada pada kami. Mana tau kami yang gemuk ni dapat partner lagi HOT dari yang kurus, sapa tau. Haaaaa.
Nak body macam ni? Ade tak profesional punya trainer, rajin pergi gym tak, jaga makan tak. Bukan senang yaaa nak dapatkan body macam ni.

Baeklah, cukuplah merapu sampai sini. Merepek dah nih.

Buhbye

YZYZ

Program Terbaru - The Voice

Wednesday, November 28, 2012 § 0


Ini merupakan satu program muzik francais yang dilakukan di beberapa buah negara, termasuk US. Ia bukanlah berasal daripada US, tetapi daripada Netherland. Sebenarnya aku dah lama tengok program ni. Masa Season 1, tak berapa nak follow sangat. Masa Season 2, kalau tak silap masa tu Maroon 5 kuar single Moves Like Jagger bersama Christina Aguilera dan masa tu la da tengok sikit-sikit. Tapi selalu terlepas so tengok mana yang ada sahajalah. Tetapi semenjak-menjak Season 3, aku berazam untuk tengok bersungguh-sungguh. Yeah, aku telah memfollow dengan sangat gigih, meskipun terlepas premiernya.
The Voice
The Voice merupakan satu program rival kepada American Idol dan The X-Factor. American Idol, meskipun melahirkan banyak penyanyi yang bagus tapi aku dah rasa macam outdated. X-Factor plak tak mau tengok sebab ada Britney Spears dan host yang macam over. Kat The Voice, penarik paling utama semestinya Christina Aguilera dan Adam Levine.
Ini performance yang mana entah
Kalau ikut pembacaan, ujibakat telah dibuat di hadapan producer rancangan di beberapa buah state seperti Tennessee, Minnesota, New Jersey, Texas dan California. Kemudian daripada semua auditioners ini, beberapa orang terpilih untuk pergi ke blind audition yang dihakimi 100% oleh empat orang coaches. Blake Shelton si penyanyai country, Christina Aguilera pula dalam genre pop, Ceelo Green hiphop dan R&B serta Adam Levine dalam kategori rock.
Blind Audition - Melanie Martinez singing Toxic
Bagi season 3, seramai 100 orang advancing untuk Blind Audition yang dipecahkan kepada 8 episod. Daripada 100 orang ini, hanya 64 orang akan terpilih ke pusingan seterusnya. Keempat-empat coaches tak boleh tengok performance auditioners ini. Until dorang da decide nak pilih artis ni untuk masuk team dorang sahaja dorang boleh push the button dan kerusi akan berpusing. Ada kalanya lebih dari seorang coach akan berpusing, maka artist tu boleh pilih coach mana yang dia nak bekerjasama.
Battle Rounds - Sam James VS Benji (You Give Love A Bad Name)
Pada tahun ini, semua coach kecuali Christina Aguilera tidak meletakkan genre yang khusus. Christina ingin membentuk team dalam genre pop. Hasilnya daripada 16 orang artist bagi setiap team, mereka akan memasuki battleround. Dalam pusingan ini, dua orang artis akan dipilih oleh coach masing-masing untuk menyanyikan sebuah lagu yang sama dan dipilih oleh coach secara berduet. Padanan biasanya dibuat berdasarkan kemampuan serta genre artis tersebut. Walaupun begitu, segalanya terpulang kepada percaturan coach sendiri. Daripada 16 orang, 8 sahaja akan advance ke pusingan seterusnya. Namun pada musim kali ini, NBC telah memperkenalkan STEAL, iaitu setiap coach boleh mencuri dua orang artis daripada team lain yang kalah dalam battle rounds untuk memasuki team mereka. Maka jumlah artis yang akan advance adalah 10 orang bagi setiap team.
Knock Out Rounds - Mackenzie Bourg (Call Me Maybe) VS Daniel Rosa (Back To December). Sangat suka pairing ni, sebab paling minat Mackenzie Bourg dan paling tidak minat Daniel Rosa. Dan Mackenzie menang. Dah la nyanyi Call Me Maybe, suka sangat.
Semua yang advance ke pusingan seterusnya pula akan melalui Knock Out round, iaitu perlawanan one to one sesama ahli di dalam team. Setiap artis boleh memilih sendiri lagu masing-masing. Tujuan kebebasan ini diberi adalah untuk melihat vision artis ini di dalam dunia muzik. Setiap artis perlu memilih lagu yang tepat kerana pilihan lagu sangat mempengaruhi. Sebelum round bermula, coach akan mengumumkan satu demi satu pairing setiap kali selepas persembahan. Daripada dua pairing ini, hanya seorang sahaja akan advance. Secara total, akan ada hanya 5 orang sahaja akan advance mewakili setiap team ke Live Playoff.
Live Playoff - Amanda Brown (Dream On). Dia nilah nigga yang nyanyi rock. Sangat minat.
Sebelum bermulanya Live Shows, diadakan pula Live Playoff dalam kalangan 20 orang artis yang berjaya mengharungi knock out rounds (5 bagi setiap team). Pada ketika ini, undian sudah dibuka. Daripada 5 orang dalam setiap team, dua orang akan dipilih berdasarkan undian dan setiap coach boleh memilih seorang lagi artis untuk diselamatkan. Itu merupakan SAVE terakhir yang dimiliki oleh coach bagi musim ini kerana selepas Live Show, no more SAVE. Akhirnya ada tiga orang sahaja akan mewakili setiap team di Live Show yang menjadikan 12 orang semuanya.
Top 12 - Bryan Keith (Back To Black)
Top 10 - Cassadee Pope (Over You)

Selepas Live Show, pada setiap minggu, akan ada dua orang disingkirkan. Selepas Top 12, stage seterusnya adalah Top 10, Top 8, Quaterfinal (Top 6), Semifinal dan FINAL. Kalau menurut dua season sebelum ini, akan ada 4 orang akan beraksi di Final yang mewakili setiap team. Tapi twist pada musim ini, dengan tiadanya SAVE, ada kemungkinan ada Team yang akan tiada peserta bagi Final. Jumlah peserta bagi Final juga masih tidak diketahui.

Kenapa saya suka The Voice
Pertama, mestilah kerana Christina Aguilera dan Adam Levine. Ini antara artis yang paling aku minati, tesangat-sangat. Kedua kerana setiap coach itu mewakili secara keseluruhan industri muzik di US. Ketiga kerana format dia yang bermain dengan odds dan nombor. Aku kalau bab ni memang cepat sikit merembes. Keempat, kerana SEMUA peserta adalah sangat BEST dan dorang sentiasa push their limits. Pada tahap TOP 20 sahaja pun dah banyak yang best sampai tak tau nak pilih yang mana (post akan datang aku akan cerita beberapa orang peserta yang aku minat). Kelima setiap coach menekankan kepada artis-artis mereka untuk mencipta suatu momen tersendiri semasa persembahan. So, setiap minggu ada sahaja surprising elements dalam The Voice. Tak ade la bosan sangat. Keenam, coach pun turut perform sekali. Gila best kowt bila sesama coaches collaborate untuk perform. Ketujuh, dorang tak main ngan emosi sangat macam sesetengah reality TV. Kalo ada pun emosi, tunjuk sikit-sikit ja dan dorang lebih meraikan orang yang berjaya advance daripada yang kalah. Coach pun xde la nak over-over berumi abi dengan peserta. Very the incest okeyh.
Shelton, Aguilera, Green, Levine
Bila ada program TV kat Malaysia yang cuba tiru The Voice
Hadoiyy, malas la nak sebut program apa, tapi rasanya boleh agak kowt. Kalau iye pun nak guna konsep The Voice, beli jek lah hak penyiaran, jadikan The Voice Malaysia. Ni dah laaaa guna jugak konsep blind audition, pastu siap ada battle dan paling macam ehm ehm bila ada button jugak tuh. Nasib baek xde team bagai. Tapi sebenarnya paling terkilan bila judges dia macam tak repek yang datang audition. I mean, apa hak kau nak cakap kasar-kasar dengan dorang, pastu gelakkan dorang. Memang la kau penat dan letih buat semua tu, tapi benda tu masuk dalam TV kot. Memang kita disuruh untuk voice out, namun voice out bukanlah bermaksud boleh guna harsh words with strangers. Itu sangat merupakan contoh negatif untuk ditayangkan pada waktu prima. Rasanya sepanjang The Voice, setiap coaches siap minta maaf kepada peserta yang tak berjaya. Artis yang menjual album dorang serata dunia dengan copy more than 60 millions dengan rendah diri meminta maaf kepada somebody yang entah sapa-sapa dorang tak kenal. Nampak sangat perbezaan dia. Entahlah, maybe stesyen penyiaran tu memang inginkan ianya dijalankan seumpama itu atau penonton suka tengok orang dimaki hamun, cakap kasar ditayangkan di dalam TV.

Baeklah, setakat ini dahulu. Berusaha untuk tulis post seterusnya kemudian.

Buhbye

YZYZ

BBF - Best Bro Forever

Monday, November 26, 2012 § 0


This post dedicated to my lil’ bro, my best friend and yeah my Best Bro Forever. This was written to fulfilled my promise to him, to write a post of our friendship for us to treasure it till the end. Aku berharap segala apa yang ditulis ini mampu untuk membuatkan my lil’ bro gembira dan tidak dibenci oleh dia serta readers laen plak.

Pertama kali kami bertemu adalah semasa orientasi Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2008. Pada waktu itu aku sudah bergelar pelajar tahun pertama USM dan dia pula baru menamatkan pelajaran di KML. Aku bertugas untuk menjaga Taklimat, Ceramah dan LDK. Pada suatu pagi, aku telah mengumpulkan beberapa orang junior untuk membantu aku memeriksa dewan-dewan yang akan digunakan untuk Taklimat pada pagi itu. Salah seorang daripada mereka adalah dia. Dari situlah dia mula mengenali aku. Too bad for me, aku langsung tidak mengingati bahawa dia juga berada di dalam kelompok itu. Aku hanya mengetahui perkara ini semasa kami bertemu semula dua bulan kemudian.

Dimanakah dia dalam kalangan mereka ini?
Fast forward, dua bulan kemudian. Aku ditugaskan untuk menjaga booth Variasiswa pasukan Desasiwa Tekun. Dia dalam perjalanan balik daripada kelas bersama rakan-rakannya. Aku mempromosikan variasiswa kepada mereka dan pada ketika itulah dia memberitahu kejadian dua bulan sebelumnya. Pada ketika itu, dia mula membahasakan aku sebagai ABANG. Kami mula bertukar-tukar nombor telefon dan emel. Kami add sesama sendiri di dalam YM dan Friendster (itu ja pun yang faymes pada waktu itu).

Kerap kali juga aku berselisih dengan dia di Tekun. Setiap kali itu jugalah dia akan BING aku di YM. Ada sahaja benda yang ingin disembangkan di dalam YM. Dia adalah pencetus kepada Good Morning dan Good Night text to me. Dia adalah orang yang paling selalu akan wish me good night sebelum tido dan akan wish good morning the next day. Tradisi itu berkekalan sehingga kini. Tapi kami bukanlah wish setiap malam. Hanya pada malam-malam tertentu sahaja.

Pernah suatu ketika, aku menjalani Latihan Industri (LI) di Johor. Itu merupakan antara waktu paling terkebawah dalam hidup aku. Dengan segala masalah keluarga, masalah kewangan, duduk pula di tempat terpencil menjalani LI dengan hanya seorang coursemate sebagai pembantu serta pelbagai masalah lagi. Namun pada suatu hari, dia telah tagged aku pada satu gambar di Facebook. Rasanya gambar itu telah private. Bermula dari itu, kami menjadi semakin rapat. Kami seringkali berhubung menerusi FB. Dari situlah kami mula menghantar wall post sesama sendiri dan aku akui, semua itu telah menghiburkan aku. Aku merasakan, ada seseorang yang sanggup berbual dengan aku di kala aku merasakan seluruh dunia tidak lagi dapat menerima aku. Aku akui, itulah satu-satunya perkara yang menggembirakan aku sepanjang proses LI tersebut.
Ini semasa Minggu Siswa Lestari 2009. Betapa kurusnya aku.

Ini kami gigih lepak di hadapan Queensbay sehingga pagi dan menyaksikan matahari terbit. Balik ke USM pada jam 8 pagi.

Outing yang seterusnya. Misi mencari durian dan lepak-lepak di dam yang terdapat dekat Teluk Bahang

Mengharungi Tahun Ketiga sebenarnya banyak cabarannya. Setelah kehilangan banyak perkara semasa di Tahun Kedua, aku dikurniakan dengan suatu persahabatan yang kukuh dengan dia. Sepanjang semester kelima, hampir setiap malam aku akan tidur di bilik dia. Text “Good night big bro” kini diganti dengan “Come to my room now/later”. Dua katil digabungkan dan kami akan study serta membuat segala assignment bersama-sama. Kami akan menceritakan apa yang kami buat bermula dari saat kami bangkit dari tidur sehinggalah kami berjumpa semula pada sebelah malamnya. Pergi ke mana, makan di mana, jumpa siapa, segala itu merupakan update yang kami lakukan.

Setelah itu, apa movie yang dia tonton juga akan ditonton oleh aku. Bila masa aku karaoke, dia jua akan karaoke bersama. Paling penting sebenarnya, kami akan berbincang kisah cinta kami bersama-sama. Aku suka dengan perempuan mana, atau perempuan mana yang diminati oleh dia. Namun segala apa yang kami bincangkan di dalam bilik, akan kekal di dalam bilik itu sahaja. Aku masih ingat lagi, kami saling menggalakkan sesama sendiri untuk meneruskan niat untuk mendapatkan gadis idaman masing-masing. Namun, what happens in his room, stay in his room.
Karaoke session. Kalau tengok rupa paras bilik, macam Sahabat.

Lepak-lepak di pantai sehingga pagi

Antara program yang merapatkan kami adalah PIMPIN Siswa. Selama empat tahun pelaksanaan, kami tidak pernah terpisah (kecuali hanya satu siri). Kami adalah two innocent boy yang tidak tahu apa-apa tapi saling bantu-membantu. Dia dengan tugas di atas lapangan sementara aku bersedia di belakang tabir.
Actually aku tengah tahan kencing. Tu yang muka macam tu.

Salah satu permainan yang diminati di dalam kem. Kerap kali dimainkan.




Kini setelah lebih dari empat tahun kami saling mengenali, kami masih lagi rapat. Pada aku, meskipun kami sudah tidak selalu berjumpa seperti dahulu, namun kami telah mencapai plateau di dalam perhubungan. Satu tahap di mana kami tidak perlu untuk membuktikan kerapatan kami dengan berapa kerap kami keluar atau berapa banyak movie yang kami tonton bersama. kami telah sampai ke satu tahap di mana, both of us feel comfortable to say “I Love You” or express how we miss each other in a way that it’s not awkward. Kami masih lagi melakukan Good Night and Good Morning thingy, cuma bukan lagi melalui text atau SMS, tetapi melalui BBM. Meskipun aku sudah tidak mendapat segala info dan update tentang love life dia, namun aku sentiasa mendoakan dia membuat pilihan paling tepat dan terbaik untuk semua pihak. Meskipun kami tidak lagi berkongsi tilam atau selimut, namun aku sentiasa berharap dia gembira bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Seperti yang aku kata, semua benda berubah. Jika perubahan itu menjurus ke arah kebaikan, kenapa tidak? Oleh itu, aku menerima segala perubahan ini asalkan kita gembira dan dapat melestarikan persahabatan ini sehingga bila-bila. Walaupun kadang memerlukan untuk dia menyembunyikan atau mengorbankan sesuatu, aku dapat menerima itu, selagi kita gembira.
Aku plan hari jadi dia. Betapa semua orang tahu aku paling anti dengan birthday. Aku letak ke tepi ego aku untuk dia. Tapi akhirnya aku terlepas semua sambutan ini.

Ini adalah Kek Hari Jadi dia yang telah dirosakkan sebab terjatuh tergolek. Nak buat prank hilang walkie talkie, sekali dengan kek-kek kena prank.

We all agree, we love this shot.

Antara gesture trademark dia. Kena nganga mulut luas-luas.

We all very tired after back to back outing. Third year adalah masanya untuk outing for us.

Sebelum munculnya penggelongsor gula itu, ini adalah pet dia. Aku adalah pengasuh bagi binatang ini. Bagi makan, mandikan, basuh sangkar dan paling penting ajar dia jadik secret agent macam dalam movie apa entah tuh.

Sebenarnya nak expose something. Tapi dia belum bersedia untuk melakukannya. Ehe

Beach and us. Pantai adalah antara tempat lepak yang paling diminati

Family first generation. Sebelum berkembang sehingga family yang ada sekarang

Suit and us. Sebelum dia menjadi orang besar dan sebelum aku memilih menjadi orang kecik

I gather all of my manliness and confidence to say this:

Mark, I’ll always love and support you!!!

Buhbye

YZYZ

Gathering Adik Beradik

Sunday, November 25, 2012 § 0


Telah lama sebenarnya aku tak keluar dengan mereka ini. Alkisahnya bermula bila Dongsaeng memohon hajat mahu menepungi Ekalantry. Sesudah itu, dibuat pula grup di dalam WhatsApp yang dipanggil, Perbincangan Besday Eka.
Eka masih tak tau lagi kewujudan Grup ini. Hahaha

Dengan ilmu sebagai planner yang sudah lama tidak dipratikkan, maka aku pun casually ajak semua orang gi Karaoke pada malam itu. Sebelum karaoke, kami pergi makan burger terlebih dahulu. Plannya mahu makan burger bakar di stadium, tapi tutup pula. Dah sampai plak tuh. Kami menukar plan pergi ke Burger Rockstar di Sungai Ara.

Nampak mengiurkan tak?.. HAHAHAH
Then lepas makan burger, kami pergi karaoke selama dua jam di Keluarga. Hemm, itu paling murah sebab malam itu kami keluar dengan orang yang paling berjimat cermat iaitu Kak Yaya. Dasar pada malam itu adalah, Dasar Penjimatan. Kek pun Kak Yaya tak bagi beli, sebab nak berjimat katanya. Dah tu beli pulak kerepek murah. Dah la tak sedap, pedas plak tuh.

Dalam lebih kurang pukul tiga, kami pergi ke kafe Restu dan segalanya bermula di situ. Balingan telur dan tepung pun dibuat. Perkara ini berlarutan sehingga jam 4 pagi kalo tak silap.

Sebenarnya dah agak lama aku tidak keluar. Dan sesungguhnya aku rindu nak keluar dengan mereka ini semua. Iye laaaah, ini merupakan tahun terakhir bagi sebahagian mereka. Dongsaeng dan Effalantry akan bergraduasi tahun depan. Patah tumbuh, hilang berganti. Siapa plak bakal jadik keluarga ini. Sebuah keluarga yang amat meminati wayang, karaoke dan makan. Actually KARAOKE itu perlu ditebalkan.
Ini ambil daripada Instagram Effalantry, ayam dan udang di TGIF
Anyhoo, hasil dari pengeluaran pada malam itu, kerapkali jugak aku keluar semula dengan mereka. Contohnya keluar makan TGI Friday dan karaoke pada hari seterusnya serta keluar makan pecal ibu di Relau bersama Dongsaeng pada Ahad tengah hari.
Finally!!!!!!!!!!!!!! Dapat jugak makan pecal ayam yang dirindui. Sampai je kat kedai tu, ibu terus lambai-lambai kat aku. Aku cakap"Masih ingat lagi??". Pastu ibu tu reply "Mesti laaaa masih ingat!!!". Hahaha

Baeklah, setakat itu dahulu yaaaa.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...