Please Click Me

BBF - Best Bro Forever

Monday, November 26, 2012 § 0


This post dedicated to my lil’ bro, my best friend and yeah my Best Bro Forever. This was written to fulfilled my promise to him, to write a post of our friendship for us to treasure it till the end. Aku berharap segala apa yang ditulis ini mampu untuk membuatkan my lil’ bro gembira dan tidak dibenci oleh dia serta readers laen plak.

Pertama kali kami bertemu adalah semasa orientasi Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2008. Pada waktu itu aku sudah bergelar pelajar tahun pertama USM dan dia pula baru menamatkan pelajaran di KML. Aku bertugas untuk menjaga Taklimat, Ceramah dan LDK. Pada suatu pagi, aku telah mengumpulkan beberapa orang junior untuk membantu aku memeriksa dewan-dewan yang akan digunakan untuk Taklimat pada pagi itu. Salah seorang daripada mereka adalah dia. Dari situlah dia mula mengenali aku. Too bad for me, aku langsung tidak mengingati bahawa dia juga berada di dalam kelompok itu. Aku hanya mengetahui perkara ini semasa kami bertemu semula dua bulan kemudian.

Dimanakah dia dalam kalangan mereka ini?
Fast forward, dua bulan kemudian. Aku ditugaskan untuk menjaga booth Variasiswa pasukan Desasiwa Tekun. Dia dalam perjalanan balik daripada kelas bersama rakan-rakannya. Aku mempromosikan variasiswa kepada mereka dan pada ketika itulah dia memberitahu kejadian dua bulan sebelumnya. Pada ketika itu, dia mula membahasakan aku sebagai ABANG. Kami mula bertukar-tukar nombor telefon dan emel. Kami add sesama sendiri di dalam YM dan Friendster (itu ja pun yang faymes pada waktu itu).

Kerap kali juga aku berselisih dengan dia di Tekun. Setiap kali itu jugalah dia akan BING aku di YM. Ada sahaja benda yang ingin disembangkan di dalam YM. Dia adalah pencetus kepada Good Morning dan Good Night text to me. Dia adalah orang yang paling selalu akan wish me good night sebelum tido dan akan wish good morning the next day. Tradisi itu berkekalan sehingga kini. Tapi kami bukanlah wish setiap malam. Hanya pada malam-malam tertentu sahaja.

Pernah suatu ketika, aku menjalani Latihan Industri (LI) di Johor. Itu merupakan antara waktu paling terkebawah dalam hidup aku. Dengan segala masalah keluarga, masalah kewangan, duduk pula di tempat terpencil menjalani LI dengan hanya seorang coursemate sebagai pembantu serta pelbagai masalah lagi. Namun pada suatu hari, dia telah tagged aku pada satu gambar di Facebook. Rasanya gambar itu telah private. Bermula dari itu, kami menjadi semakin rapat. Kami seringkali berhubung menerusi FB. Dari situlah kami mula menghantar wall post sesama sendiri dan aku akui, semua itu telah menghiburkan aku. Aku merasakan, ada seseorang yang sanggup berbual dengan aku di kala aku merasakan seluruh dunia tidak lagi dapat menerima aku. Aku akui, itulah satu-satunya perkara yang menggembirakan aku sepanjang proses LI tersebut.
Ini semasa Minggu Siswa Lestari 2009. Betapa kurusnya aku.

Ini kami gigih lepak di hadapan Queensbay sehingga pagi dan menyaksikan matahari terbit. Balik ke USM pada jam 8 pagi.

Outing yang seterusnya. Misi mencari durian dan lepak-lepak di dam yang terdapat dekat Teluk Bahang

Mengharungi Tahun Ketiga sebenarnya banyak cabarannya. Setelah kehilangan banyak perkara semasa di Tahun Kedua, aku dikurniakan dengan suatu persahabatan yang kukuh dengan dia. Sepanjang semester kelima, hampir setiap malam aku akan tidur di bilik dia. Text “Good night big bro” kini diganti dengan “Come to my room now/later”. Dua katil digabungkan dan kami akan study serta membuat segala assignment bersama-sama. Kami akan menceritakan apa yang kami buat bermula dari saat kami bangkit dari tidur sehinggalah kami berjumpa semula pada sebelah malamnya. Pergi ke mana, makan di mana, jumpa siapa, segala itu merupakan update yang kami lakukan.

Setelah itu, apa movie yang dia tonton juga akan ditonton oleh aku. Bila masa aku karaoke, dia jua akan karaoke bersama. Paling penting sebenarnya, kami akan berbincang kisah cinta kami bersama-sama. Aku suka dengan perempuan mana, atau perempuan mana yang diminati oleh dia. Namun segala apa yang kami bincangkan di dalam bilik, akan kekal di dalam bilik itu sahaja. Aku masih ingat lagi, kami saling menggalakkan sesama sendiri untuk meneruskan niat untuk mendapatkan gadis idaman masing-masing. Namun, what happens in his room, stay in his room.
Karaoke session. Kalau tengok rupa paras bilik, macam Sahabat.

Lepak-lepak di pantai sehingga pagi

Antara program yang merapatkan kami adalah PIMPIN Siswa. Selama empat tahun pelaksanaan, kami tidak pernah terpisah (kecuali hanya satu siri). Kami adalah two innocent boy yang tidak tahu apa-apa tapi saling bantu-membantu. Dia dengan tugas di atas lapangan sementara aku bersedia di belakang tabir.
Actually aku tengah tahan kencing. Tu yang muka macam tu.

Salah satu permainan yang diminati di dalam kem. Kerap kali dimainkan.




Kini setelah lebih dari empat tahun kami saling mengenali, kami masih lagi rapat. Pada aku, meskipun kami sudah tidak selalu berjumpa seperti dahulu, namun kami telah mencapai plateau di dalam perhubungan. Satu tahap di mana kami tidak perlu untuk membuktikan kerapatan kami dengan berapa kerap kami keluar atau berapa banyak movie yang kami tonton bersama. kami telah sampai ke satu tahap di mana, both of us feel comfortable to say “I Love You” or express how we miss each other in a way that it’s not awkward. Kami masih lagi melakukan Good Night and Good Morning thingy, cuma bukan lagi melalui text atau SMS, tetapi melalui BBM. Meskipun aku sudah tidak mendapat segala info dan update tentang love life dia, namun aku sentiasa mendoakan dia membuat pilihan paling tepat dan terbaik untuk semua pihak. Meskipun kami tidak lagi berkongsi tilam atau selimut, namun aku sentiasa berharap dia gembira bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Seperti yang aku kata, semua benda berubah. Jika perubahan itu menjurus ke arah kebaikan, kenapa tidak? Oleh itu, aku menerima segala perubahan ini asalkan kita gembira dan dapat melestarikan persahabatan ini sehingga bila-bila. Walaupun kadang memerlukan untuk dia menyembunyikan atau mengorbankan sesuatu, aku dapat menerima itu, selagi kita gembira.
Aku plan hari jadi dia. Betapa semua orang tahu aku paling anti dengan birthday. Aku letak ke tepi ego aku untuk dia. Tapi akhirnya aku terlepas semua sambutan ini.

Ini adalah Kek Hari Jadi dia yang telah dirosakkan sebab terjatuh tergolek. Nak buat prank hilang walkie talkie, sekali dengan kek-kek kena prank.

We all agree, we love this shot.

Antara gesture trademark dia. Kena nganga mulut luas-luas.

We all very tired after back to back outing. Third year adalah masanya untuk outing for us.

Sebelum munculnya penggelongsor gula itu, ini adalah pet dia. Aku adalah pengasuh bagi binatang ini. Bagi makan, mandikan, basuh sangkar dan paling penting ajar dia jadik secret agent macam dalam movie apa entah tuh.

Sebenarnya nak expose something. Tapi dia belum bersedia untuk melakukannya. Ehe

Beach and us. Pantai adalah antara tempat lepak yang paling diminati

Family first generation. Sebelum berkembang sehingga family yang ada sekarang

Suit and us. Sebelum dia menjadi orang besar dan sebelum aku memilih menjadi orang kecik

I gather all of my manliness and confidence to say this:

Mark, I’ll always love and support you!!!

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading BBF - Best Bro Forever at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...