Please Click Me

Denial

Monday, November 12, 2012 § 2


Kadang kita tak tau yang kita boleh terbuat orang lain tersentap, termarah atau terasa dengan kita. Kadang kita just being ourselves, tetapi out of nowhere, atau maybe too much of ourselves kita termenyinggung orang laen. Kita kadang tak intend untuk buat suatu benda dan anggap segalanya normal, namun pada pandangan orang laen, it’s must be something. Baek contoh ringkas seperti di bawah.

My facial expression
Baeklah, mood dan perasaan aku tiada kaitan langsung dengan facial expression aku. Muka ketat tak semestinya aku sedang marah, dan sebaliknya muka ketawa gembira bukan bermaksud aku berbahagia. Orang selalu bagi a pile of shit to me, bila dorang kata “Dari muka kaw, aku dah tau ada benda kaw sembunyi, ada benda kaw tak puas hati dengan aku. Dari cara kaw cakap hello tadi aku dah tau. Kaw nak gaduh ngan aku apa??!!” Waaaa, orang ini sangat hebat wooo. Boleh jadi psikik. Boleh baca hati dan perasaan orang laen. Tepuk tepuk. Malaysia memang banyak psikik tau. Kita tak jumpa dia lagi, dia dah tau dah mood kita macam mana, apa benda yang kita fikir. KAGUM SUNGGUH AKU.


Unmensi/Unmention
For the record, aku baru tau maksud unmensi beberapa minggu yang lepas. Ramai orang menggunakan kaedah unmensi untuk menyampaikan isi hati dorang kat particular person. Ia disampaikan dalam keadaan yang sangat general untuk elekkan suspicion tetapi dituju khas buat hanya seorang. Aku pun dalam tak tau maksud unmensi tu dok rajin gak buat. Memang aku akui, dalam Facebook, Twitter, Blog dan segala maknika rangkaian sosial yang laen, aku banyak kali menggunakan unmensi. Walaupun begitu, aku amat lemah untuk memahami unmensi orang laen. Kadang, aku terfikir, dia ni tengah kutuk aku ke, tengah cakap tentang aku ke, atau nak sweet-sweet dengan aku. Serious aku tak boleh nak baca. I mean, aku bolehlah membaca, tetapi nak ‘membaca’ unmensi tu aku lemah sikit. So tips pada hari ini adalah, kalau ada post yang memang tuju khas buat aku, sila nyatakan nama aku terus ya, ataupun text terus kepada aku. Ya laaaah, aku kan berkawan dengan selebriti bagai. Takut jap lagi korang tuju kat orang laen, aku lak lebih-lebih nak berangan bagai. So untuk elakkan dari memalukan diri sendiri, better aku buat assumption, dia maksudkan orang laen kowt.


Friends Are Very Exclusive
Aku sebenarnya tak buat kawan dengan banyak. Aku mempunyai kawan yang sangat sedikit. Masa sekolah aku sangat introvert. Aku sangat sayang kawan-kawan aku, selagi mana dorang respek pemikiran, style serta prinsip aku. I mean, tak semua orang itu sama dan kita harus meraikan perbezaan dalam diri masing-masing. Aku paling membenci bila ada orang suruh aku berubah untuk menjadi main stream. Aku bukanlah unik sangat pun, tetapi aku tak seperti seorang lelaki pada gambaran masyarakat Malaysia yang harus punyai certain quality. Aku pernah suatu ketika dahulu terbeban untuk mematuhi segala KPI yang ditetapkan oleh masyarakat. Tapi kini, biarlah. Aku gembira ka dengan apa yang aku capai selepas memenuhi KPI tersebut. Absolutely NO. Maka aku sangat menyanyangi kawan-kawan yang respek aku. Kawan-kawan yang tak rasa aku ni weirdo dan paling penting kawan yang tak rasa aku perlu lari dari norma ciptaan aku. Aku sangat sayang mereka, especially yang kekal bersama aku dari dulu hingga kini. There are a few yang masih lagi kontek-kontek sampai sekarang, you know dat I’m mentioning you. Namun macam yang aku kata tadi, aku bukan laaa selebriti, bukanlah orang yang faymes, aku hanya seorang lelaki gemuk yang struggle untuk mencari girlfriend dan memandu kereta manual pergi ke tempat kerja. Itulah aku. Tak perlu untuk aku memastikan bahawa aku mesti punyai pengikut, mesti punyai pengaruh, cukup kalau ada yang mahu bergembira sedikit dengan aku dan membiarkan aku bersedih seorang diri (btw aku kalau sedih tak suka orang laen masuk campor, biar aku main dengan perasaan sendiri).

Cukuplah membebel kowt. Bukan orang nak baca sampai habis pun. Setakat ini dahulu.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Denial at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Denial”

  • Anonymous says:

    Этот пост — одно из редких исключений, когда читаешь с интересом и что-то для себя выносишь. Спасибо автору. Добавлю в избранное[url=http://voronezh.recikl.ru/].[/url] :)

  • Anonymous says:

    Windows 7 Professional is using the quality to the next stage.
    You need a fan site that is exclusive to your niche. It's not deficiencies in assurance that keeps me
    away. Don't be described as a laughing joke online.

    Feel free to surf to my weblog ... install whatsapp on pc without bluestacks; ,

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...