Please Click Me

Gathering Adik Beradik

Sunday, November 25, 2012 § 0


Telah lama sebenarnya aku tak keluar dengan mereka ini. Alkisahnya bermula bila Dongsaeng memohon hajat mahu menepungi Ekalantry. Sesudah itu, dibuat pula grup di dalam WhatsApp yang dipanggil, Perbincangan Besday Eka.
Eka masih tak tau lagi kewujudan Grup ini. Hahaha

Dengan ilmu sebagai planner yang sudah lama tidak dipratikkan, maka aku pun casually ajak semua orang gi Karaoke pada malam itu. Sebelum karaoke, kami pergi makan burger terlebih dahulu. Plannya mahu makan burger bakar di stadium, tapi tutup pula. Dah sampai plak tuh. Kami menukar plan pergi ke Burger Rockstar di Sungai Ara.

Nampak mengiurkan tak?.. HAHAHAH
Then lepas makan burger, kami pergi karaoke selama dua jam di Keluarga. Hemm, itu paling murah sebab malam itu kami keluar dengan orang yang paling berjimat cermat iaitu Kak Yaya. Dasar pada malam itu adalah, Dasar Penjimatan. Kek pun Kak Yaya tak bagi beli, sebab nak berjimat katanya. Dah tu beli pulak kerepek murah. Dah la tak sedap, pedas plak tuh.

Dalam lebih kurang pukul tiga, kami pergi ke kafe Restu dan segalanya bermula di situ. Balingan telur dan tepung pun dibuat. Perkara ini berlarutan sehingga jam 4 pagi kalo tak silap.

Sebenarnya dah agak lama aku tidak keluar. Dan sesungguhnya aku rindu nak keluar dengan mereka ini semua. Iye laaaah, ini merupakan tahun terakhir bagi sebahagian mereka. Dongsaeng dan Effalantry akan bergraduasi tahun depan. Patah tumbuh, hilang berganti. Siapa plak bakal jadik keluarga ini. Sebuah keluarga yang amat meminati wayang, karaoke dan makan. Actually KARAOKE itu perlu ditebalkan.
Ini ambil daripada Instagram Effalantry, ayam dan udang di TGIF
Anyhoo, hasil dari pengeluaran pada malam itu, kerapkali jugak aku keluar semula dengan mereka. Contohnya keluar makan TGI Friday dan karaoke pada hari seterusnya serta keluar makan pecal ibu di Relau bersama Dongsaeng pada Ahad tengah hari.
Finally!!!!!!!!!!!!!! Dapat jugak makan pecal ayam yang dirindui. Sampai je kat kedai tu, ibu terus lambai-lambai kat aku. Aku cakap"Masih ingat lagi??". Pastu ibu tu reply "Mesti laaaa masih ingat!!!". Hahaha

Baeklah, setakat itu dahulu yaaaa.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Gathering Adik Beradik at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...