Please Click Me

Mr. Sidekick

Monday, November 19, 2012 § 0


Mr. Sidekick punya pengertian yang berbeza-beza. Aku rasa dalam kamus oxford pun tiada maksud yang spesifik. Tetapi perkataan sidekick itu berasal daripada sebuah poket yang terdapat di hadapan seluar yang dirasakan adalah tempat PALING SELAMAT untuk menyembunyikan sesuatu daripada pencuri.

Dalam dunia komik atau kartun, sidekick digambarkan sebagai orang suruhan atau rakan paling rapat si hero. Dia tidak punyai satu momen khas seperti hero namun tanpanya hero pasti tidak akan berjaya. Namun banyak kali juga digambarkan bahawa Mr. Sidekick ini punyai skill, pengetahuan, emosi serta pelbagai perkara yang mengatasi hero seperti di dalam The Green Hornet.
Kan betol. Sebenarnya kadang sidekick ni adalah hero sebenar. Who knows. Haha

Namun pada aku, sidekick adalah teman kita yang paling rapat, paling dipercayai serta paling connected, yang punyai vibe tersendiri. Sama seperti kita menjumpai teman hidup, kita dapat merasakan bahawa dia adalah sidekick kita dan sebaliknya kita juga adalah sidekick bagi dia. Ia merupakan satu perhubungan yang mutual tanpa perlu penjelasan dan barangkali dicemburui ramai pihak.

Aku mungkin adalah antara manusia yang paling introvert pernah dijumpai. Aku sangat hipokrit bila mengatakan bahawa aku punyai ramai kawan. Hakikatnya aku sangat insecure serta tidak akan senyum kepada strangers. Aku telah berkali-kali mencuba best friend/side kick thingy daripada sekolah, namun ianya tidak pernah berjaya atau sustain. Sama ada mereka bertukar sekolah, bertukar kelas, bertukar tempat, berpindah dan segalanya. Pernah juga berlaku atas sebab silent treatment atau cold war. Yes, it’s not something new for me.  Silent treatment adalah suatu kepakaran semula jadi aku. The ice in here (sambil tunjuk-tunjuk dada) is very very thick. Hanya kadangkala ia mampu untuk dipecahkan.
Berangan-rangan nak jadik ice queen konon. Haha. Ice man xde ka?
Owh, inilah Iceman di dalam X-Men. Dalam X-Men trilogy dia ni bercinta dengan Rogue

Maka jika aku berjumpa dengan seseorang yang sangat istimewa, my personal vault yang tahu segalanya tentang diri aku, pasti akan aku treasure orang itu sebaiknya. I’m not doing this a lot of time or to anyone I know. Inilah dia orang kedua yang aku akan percaya selepas my future wife (masih mencari sehingga kini).

Kepada readers di luar sana, if happens that you have your own sidekick, jagalah mereka sebaiknya. Sejujurnya aku berjumpa dengan banyak rakan di luar sana yang punyai side kick mereka sendiri. Aku berasa seronok melihat mereka meneroka dunia ini bersama-sama kerana ada sesetengah perkara yang dapat dikecap bersama-sama isteri/pasangan hidup dan ada sesetengah perkara hanya dapat dicapai bersama-sama sidekick/best friend. As for me, aku hargai apa yang aku telah, sedia serta bakal ada. Bak kata Katy Perry, FireworkLast Friday Night Extra TerrestrialThe One That Got AwayPart of MeWide Awake = The Complete Confection.
Summer after high school, when we first met. Satu-satunya lagu yang mampu membuatkan aku feeling-feeling perempuan.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Mr. Sidekick at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...