Please Click Me

Program Terbaru - The Voice

Wednesday, November 28, 2012 § 0


Ini merupakan satu program muzik francais yang dilakukan di beberapa buah negara, termasuk US. Ia bukanlah berasal daripada US, tetapi daripada Netherland. Sebenarnya aku dah lama tengok program ni. Masa Season 1, tak berapa nak follow sangat. Masa Season 2, kalau tak silap masa tu Maroon 5 kuar single Moves Like Jagger bersama Christina Aguilera dan masa tu la da tengok sikit-sikit. Tapi selalu terlepas so tengok mana yang ada sahajalah. Tetapi semenjak-menjak Season 3, aku berazam untuk tengok bersungguh-sungguh. Yeah, aku telah memfollow dengan sangat gigih, meskipun terlepas premiernya.
The Voice
The Voice merupakan satu program rival kepada American Idol dan The X-Factor. American Idol, meskipun melahirkan banyak penyanyi yang bagus tapi aku dah rasa macam outdated. X-Factor plak tak mau tengok sebab ada Britney Spears dan host yang macam over. Kat The Voice, penarik paling utama semestinya Christina Aguilera dan Adam Levine.
Ini performance yang mana entah
Kalau ikut pembacaan, ujibakat telah dibuat di hadapan producer rancangan di beberapa buah state seperti Tennessee, Minnesota, New Jersey, Texas dan California. Kemudian daripada semua auditioners ini, beberapa orang terpilih untuk pergi ke blind audition yang dihakimi 100% oleh empat orang coaches. Blake Shelton si penyanyai country, Christina Aguilera pula dalam genre pop, Ceelo Green hiphop dan R&B serta Adam Levine dalam kategori rock.
Blind Audition - Melanie Martinez singing Toxic
Bagi season 3, seramai 100 orang advancing untuk Blind Audition yang dipecahkan kepada 8 episod. Daripada 100 orang ini, hanya 64 orang akan terpilih ke pusingan seterusnya. Keempat-empat coaches tak boleh tengok performance auditioners ini. Until dorang da decide nak pilih artis ni untuk masuk team dorang sahaja dorang boleh push the button dan kerusi akan berpusing. Ada kalanya lebih dari seorang coach akan berpusing, maka artist tu boleh pilih coach mana yang dia nak bekerjasama.
Battle Rounds - Sam James VS Benji (You Give Love A Bad Name)
Pada tahun ini, semua coach kecuali Christina Aguilera tidak meletakkan genre yang khusus. Christina ingin membentuk team dalam genre pop. Hasilnya daripada 16 orang artist bagi setiap team, mereka akan memasuki battleround. Dalam pusingan ini, dua orang artis akan dipilih oleh coach masing-masing untuk menyanyikan sebuah lagu yang sama dan dipilih oleh coach secara berduet. Padanan biasanya dibuat berdasarkan kemampuan serta genre artis tersebut. Walaupun begitu, segalanya terpulang kepada percaturan coach sendiri. Daripada 16 orang, 8 sahaja akan advance ke pusingan seterusnya. Namun pada musim kali ini, NBC telah memperkenalkan STEAL, iaitu setiap coach boleh mencuri dua orang artis daripada team lain yang kalah dalam battle rounds untuk memasuki team mereka. Maka jumlah artis yang akan advance adalah 10 orang bagi setiap team.
Knock Out Rounds - Mackenzie Bourg (Call Me Maybe) VS Daniel Rosa (Back To December). Sangat suka pairing ni, sebab paling minat Mackenzie Bourg dan paling tidak minat Daniel Rosa. Dan Mackenzie menang. Dah la nyanyi Call Me Maybe, suka sangat.
Semua yang advance ke pusingan seterusnya pula akan melalui Knock Out round, iaitu perlawanan one to one sesama ahli di dalam team. Setiap artis boleh memilih sendiri lagu masing-masing. Tujuan kebebasan ini diberi adalah untuk melihat vision artis ini di dalam dunia muzik. Setiap artis perlu memilih lagu yang tepat kerana pilihan lagu sangat mempengaruhi. Sebelum round bermula, coach akan mengumumkan satu demi satu pairing setiap kali selepas persembahan. Daripada dua pairing ini, hanya seorang sahaja akan advance. Secara total, akan ada hanya 5 orang sahaja akan advance mewakili setiap team ke Live Playoff.
Live Playoff - Amanda Brown (Dream On). Dia nilah nigga yang nyanyi rock. Sangat minat.
Sebelum bermulanya Live Shows, diadakan pula Live Playoff dalam kalangan 20 orang artis yang berjaya mengharungi knock out rounds (5 bagi setiap team). Pada ketika ini, undian sudah dibuka. Daripada 5 orang dalam setiap team, dua orang akan dipilih berdasarkan undian dan setiap coach boleh memilih seorang lagi artis untuk diselamatkan. Itu merupakan SAVE terakhir yang dimiliki oleh coach bagi musim ini kerana selepas Live Show, no more SAVE. Akhirnya ada tiga orang sahaja akan mewakili setiap team di Live Show yang menjadikan 12 orang semuanya.
Top 12 - Bryan Keith (Back To Black)
Top 10 - Cassadee Pope (Over You)

Selepas Live Show, pada setiap minggu, akan ada dua orang disingkirkan. Selepas Top 12, stage seterusnya adalah Top 10, Top 8, Quaterfinal (Top 6), Semifinal dan FINAL. Kalau menurut dua season sebelum ini, akan ada 4 orang akan beraksi di Final yang mewakili setiap team. Tapi twist pada musim ini, dengan tiadanya SAVE, ada kemungkinan ada Team yang akan tiada peserta bagi Final. Jumlah peserta bagi Final juga masih tidak diketahui.

Kenapa saya suka The Voice
Pertama, mestilah kerana Christina Aguilera dan Adam Levine. Ini antara artis yang paling aku minati, tesangat-sangat. Kedua kerana setiap coach itu mewakili secara keseluruhan industri muzik di US. Ketiga kerana format dia yang bermain dengan odds dan nombor. Aku kalau bab ni memang cepat sikit merembes. Keempat, kerana SEMUA peserta adalah sangat BEST dan dorang sentiasa push their limits. Pada tahap TOP 20 sahaja pun dah banyak yang best sampai tak tau nak pilih yang mana (post akan datang aku akan cerita beberapa orang peserta yang aku minat). Kelima setiap coach menekankan kepada artis-artis mereka untuk mencipta suatu momen tersendiri semasa persembahan. So, setiap minggu ada sahaja surprising elements dalam The Voice. Tak ade la bosan sangat. Keenam, coach pun turut perform sekali. Gila best kowt bila sesama coaches collaborate untuk perform. Ketujuh, dorang tak main ngan emosi sangat macam sesetengah reality TV. Kalo ada pun emosi, tunjuk sikit-sikit ja dan dorang lebih meraikan orang yang berjaya advance daripada yang kalah. Coach pun xde la nak over-over berumi abi dengan peserta. Very the incest okeyh.
Shelton, Aguilera, Green, Levine
Bila ada program TV kat Malaysia yang cuba tiru The Voice
Hadoiyy, malas la nak sebut program apa, tapi rasanya boleh agak kowt. Kalau iye pun nak guna konsep The Voice, beli jek lah hak penyiaran, jadikan The Voice Malaysia. Ni dah laaaa guna jugak konsep blind audition, pastu siap ada battle dan paling macam ehm ehm bila ada button jugak tuh. Nasib baek xde team bagai. Tapi sebenarnya paling terkilan bila judges dia macam tak repek yang datang audition. I mean, apa hak kau nak cakap kasar-kasar dengan dorang, pastu gelakkan dorang. Memang la kau penat dan letih buat semua tu, tapi benda tu masuk dalam TV kot. Memang kita disuruh untuk voice out, namun voice out bukanlah bermaksud boleh guna harsh words with strangers. Itu sangat merupakan contoh negatif untuk ditayangkan pada waktu prima. Rasanya sepanjang The Voice, setiap coaches siap minta maaf kepada peserta yang tak berjaya. Artis yang menjual album dorang serata dunia dengan copy more than 60 millions dengan rendah diri meminta maaf kepada somebody yang entah sapa-sapa dorang tak kenal. Nampak sangat perbezaan dia. Entahlah, maybe stesyen penyiaran tu memang inginkan ianya dijalankan seumpama itu atau penonton suka tengok orang dimaki hamun, cakap kasar ditayangkan di dalam TV.

Baeklah, setakat ini dahulu. Berusaha untuk tulis post seterusnya kemudian.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Program Terbaru - The Voice at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...