Please Click Me

Takut Nak Makan

Thursday, November 8, 2012 § 1


Aku pun tak tau apa jenis fobia dah. Aku takut nak ajak orang kuar makan woiy. Semenjak dua tiga hari ni. Jadinya end up aku tak makan or just makan apa yang ada di dalam setok sahaja.

Banyak sebab kenapa benda ini terjadi. Namun segala detailnya, aku lebih suka dirahsiakan dari di’public’kan. Kadang orang nak bashing kita pun ada jugak dengan menggunakan info yang sedikit dari blog yang tidak seumpamanya ini. Hehehe.

Namun aku tidak makan hidangan berat bukanlah disebabkan oleh untuk berdiet atau nak menjaga kerampingan badan (menjaga? Aku rasa perkataan yang sesuai adalah memulihkan) tetapi lebih kepada SEGAN.
Kadang, inilah menu lunch aku. Makan roti kering, dan kalo ada maggie cup, makan laaaa maggie cup

SEGAN yang dimaksudkan adalah merujuk kepada perbendaharaan kata bahasa Kedah dan bahasa kebangsaan. Dalam bahasa Kedah, SEGAN tu bermaksud MALAS. Yeah, aku sangat malas nak makan sebenarnya. Kaw bayangkanlah. Banyak gila proses nak kuar makan, lebih-lebih lagi ketika hujung minggu. Pertama kaw kena make sure yang kaw betol-betol nak makan. Then kaw kena mandi sebab nak kuar. Pastu kena pakai baju dan seluar. Kena pilih plak baju dan seluar yang bersesuaian dengan tempat makan yang ingin dituju. Kemudian memikirkan mahu makan apa dan di mana. Kena keluar dari rumah, kena make sure semua pintu tingkap terkatup. Turun lif, masuk dalam kereta. Panaskan enjin kereta pulaaaakk. Dan sepanjang proses ini berlaku, kepala masih lagi memikirkan mahu makan apa, dan di mana. Selepas siap memanaskan enjin kereta, gerakkan perlahan-lahan, masih lagi tak dak idea nak makan kat mana. Pusing-pusing, last sekali end up membeli roti kat Petronas sahaja. Hmm. Selalu berlaku. Sebab tu aku SEGAN (bahasa Kedah) nak kuar makan.
Jangan terpedaya dengan tin tersebut ya, sebab di dalamnya bukanlah biskut Jacob's yang sangat sedap itu, tetapi hanyalah biskut kering yang kami pungut bawak balik masa PIMPIN Siswa Lanjutan bulan Julai haritu, dan biskut ini SANGAT SEDAP ya.

SEGAN yang kedua plak adalah aku susah nak ajak orang kuar makan. Memang kadangkala aku selalu ajak orang kuar, tetapi sebenarnya aku sangat malu ya. Sebab aku baru sedar, kuar makan SAHAJA pun boleh cetus banyak drama. Hmm, sebab tu la kowt aku merasa SEGAN yang amat. Haha.

Actually malam tadi (post ini ditulis pada sebelah malam, tetapi di’publish’ pada sebelah siang) aku telah memergi makan dengan mengambil heavy meal. Damn, tak pernah aku rasa sakit perut yang amat sebegini. Padan muka hang. Nak feeling-feeling tak mau makan. Sekali makan terus sakit yang teramat-amat. Hahaha.
Sebelum kejadian memakan tom yam dan kesakitan perut yang amat tu, dok melahap kek dahulu petang-petang yang damai itu. Makan kek kol 6.30 petang, dan makan nasik dan killer tom yam tu plak kol 10.30 malam. Memang memerlukan sehingga empat jam untuk decide nak makan.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Takut Nak Makan at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 1 Response to “Takut Nak Makan”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...