Please Click Me

20 (+1) Perkara yang Mungkin Tidak Sempat Dirasai Oleh Junior USM

Wednesday, November 14, 2012 § 0


Oh well, list ini pada mulanya hanya satu suka-suka. Duduk dalam kereta bersama Abang Azhar sembang-sembang, gimme idea untuk blogkan list ini. Tapi takut idea hilang dipertengahan jalan, kami tulis dahulu dalam FB Abang Azhar. List ini hasil perahan idea kami dan juga Solihin. Banyak perkara tentang zaman belajar yang tidak dirasai dari zaman ke zaman. Ini kadang berlaku demi mengharungi arus perubahan yang memerlukan kita menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ada dalam kategori hiburan, ada dalam kategori infrastruktur, ada juga dalam pentadbiran, tetapi bila membaca list ini, pastinya mengingatkan senior, betapa pricelessnya duduk 3 ke 4 tahun (kadang lebih lama, ehe) di dalam USM. Damn we’re gonna love USM more after this. Perasaan cinta terhadap kampus yang tidak akan difahami oleh orang luar.

Mahasiswa Baru Bermasyarakat (MBB)
Projek yang diuruskan sepenuhnya oleh PPMS. Nak cari duit, cari tempat, logistik, promosi, pilih tarikh, semualah di bawah PPMS. Pegawai HEPP hanya tanya perancangan kami dan block booking bas. Selepas itu, segalanya tanggungjawab PPMS. Barulah rasa Student Power. Dalam masa 2 minggu, cari 80 orang peserta, uruskan tempat, carik dana, beli peralatan. Kalau ada masalah pun kami settle sendiri, buat modul sendiri, memang berdikari lah. Sekarang dengan adanya PIMPIN Siswa, MBB sudah tidak relevan
Last Seen: Batch 2008/2009
Ini adalah projek aku. Yeah, mostly peserta ni semua dah graduate. da kerja da pun. Ada yang masih duduk di USM buat master dan sebagainya.

Citrawarna
Event berbentuk hiburan yang paling kontroversi. Sebabnya penganjuran secara massive yang melibatkan sekurang-kurangnya 40 orang peserta dan fact ianya berbentuk HIBURAN. Ramai hanya melihat ia sebagai lebih kepada hiburan daripada memartabatkan kebudayaan. Semua orang ada cara masing-masing mengenai soal ini. Semangat bersaing menyamai TOT dan SUKAD serta persiapan yang sungguh memenatkan.
Last Seen: Batch 2008/2009
Gila malu nak boh gambar ni. Paling malu sebab dalam gambar tu adalah aku. Hadoiyh.

Malam Bintang (Desasiswa)
Rasanya paling last sekali masa aku first year. Kurang faham kerana aku tak pernah terlibat dan tak pergi tengok pun masa acara. Konsep dia berbeza dengan Bintang USM yang dianjurkan baru-baru ni, sebab setiap desa kena hantar wakil.
Last Seen: Batch 2007/2008 (kurang pasti)

Festival Tari
Ini lagilah. Rasanya aku tak masuk USM lagi kot. Ni zaman Abang Azhar ja kot
Last Seen: Tidak pasti

Variasiswa
Ini adalah lanjutan daripada minggu suai kenal. Sebenarnya dahulu selepas orientasi ada beberapa projek susulan seperti MBB, interaksi Pusat Pengajian dan Varisiswa. Semua harus berlaku sebelum minggu ketiga pengajian. Sekarang telah dihidupkan semula, namun nama baru digunakan iaitu Malam Apresisi Kemerdekaan.
Last seen: Batch 2008/2009
Reincarnation: Batch 2011/2012

Dobi Fajar
Pada yang malas mencuci dan suka hantar dobi, kedai dobi Delima Klasik yang terletak di Sungai Dua itu dahulunya bertapak di Desa Fajar (yang berjiran dengan Bakti Permai, bukan Fajar Harapan depan Skul Kimia itu). Harga sekilo adalah RM 1.00 sahaja, sebab harga sewa yang murah. Sekarang sekilo dan jadik RM 2.60 dah.
Last Seen: 2008
Ini adalah style pemalas nak cuci baju sendiri la nih. Dok anta dobi ja

Pembimbing Pelajar Minggu Suai Kenal (PPMS)
Sebelum PPSL merasa kemaih nyanyi lagu yang Abang Azhar cipta tu, kami digelar PPMS. Bukan Pre-Menstrual Syndrome yaaaa. Itu PMS. Dari dulu hingga kini pemilihannya sudah begitu, hantar borang, interview, pergi kursus Fasa I, kursus Fasa II. Dulu lagilah, kadang PPMS tu duduk desa lain, tapi berkidmat di desa lain. Semua student duduk di desa dalam ya. So PPMS RST scattered. Kami lah yang kena handle perpindahan, dinner yang kena buat di desa sebenar dan segalanya. Semangat kedesaan sangat tipis. Ya lah kadang yang jadik penghulu atau penghulunita bukan peghuni asal desa tersebut. Dari segi pakaian, dapat salah satu jah. Masa aku masuk, PPMS dpt F1, tapi tahun berikutnya dapat jacket sahaja. Kami adalah PPMS pioneer yang bubuh lambang ASPIRASI di dada jacket yang diguna pakai sehingga kini. T-Shirt semua tak dapat ya. Kalau ada lebih-lebih baru dapat. Tak pernah nak demand, jauh sekali mempersoalkan tentang elaun. Harap sekarang semangatnya pun sama malah adalah lebih baik. Saya selaku senior, percaya akan semangat ASPIRASI adik-adik semua (ewaahh, sempat lagi).
Last Seen: Batch 2008/2009
Ini aku amek dari FB member aku. Sori tak minta izin dan tak letak kredit. Is that me? Hell YEAARRHHH!!!!

Hidup Tanpa Wifi di dalam Bilik
Yeah dulu mana ada USM Hotspot (sekarang dah bertukar menjadi USMSecure) masuk sampai ke bilik. RST lagi lah. Disebabkan struktur bangunan seperti itu, maka PPKT kena pasang benda alah yang menyalurkan wifi itu pada setiap cube. Imagine, RST ada 6 blok dan satu blok ada 10 tingkat. 1 tingkat plak ada berapa cube. My God, memang suatu yang mencabar dari segi kos dan tenaga kerja. Namun sikit demi sikit, prosesnya bermula. Sekarang rasanya setiap orang dah boleh online di dalam bilik dengan internet yang SANGAT LAJU. Dah tak perlu duduk di cafeteria sampai kol 5 pagi untuk siapkan assignment. Hell yeah, dulu kalau kena browse maklumat di internet kami kena duduk di kafe sehingga lewat pagi. Terima kasih atas perjuangan MPP zaman sebelum dan semasa kami dahulu. Mereka lah yang bertungkus lumus buat survey, buat proposal, turun naik meeting, mengadap muka pegawai-pegawai PPKT untuk perjuangkan kemudahan internet SECARA PERCUMA yang menyeluruh. Baru betul Kekuasaan Student.

Pusat Mahasiswa (PUMA)
Walaupun bangunannya lama, barangnya lama tetapi PUMA adalah satu tempat yang sangat student friendly. Kat sana la kami nak fax surat, nak buat call percuma, nak print, nak taip surat dan paperwork, nak tumpang tengok TV, tumpang buat kerja sampai malam. Nak amek borang persatuan, nak apply kemudahan universiti, nak pinjam barang-barang PIMPIN Siswa (2009 dan ke atas) semua kat situ. Damn, aku sangat merindui PUMA dan aku pasti ramai senior yang juga rindu PUMA. Sangat student leisure dengan staf yang sangat friendly dan helpful.  Sekarang PUMA da tak wujud dan diganti dengan One-Stop-Centre kat H21. Aku tak sure bagaimana suasananya di sana, semestinya lebih baik. Ya lah, semua barang baru, orang baru. Hari terakhir sebelum proses memindahkan PUMA adalah suatu detik yang sangat sedih. Damn, I’m gonna miss that place, A LOT.
Last Seen: May 2011
Ini adalah sedikit gambaran PUMA dahulu. Hanya sedikit sahaja. Serious inilah antara pejabat yang paling  gemar dikunjungi oleh student. Cuba teka sapa yang pakai baju kaler Pink sambil bungkus kepala guna kotak tu? Hahaha

Pasar Pelajar
Dulu tak ada laaah Uptown Mall, Dataran Usahawan apatah lagi kiosk-kiosk. Apa yang ada hanyalah satu bangunan Pasar Pelajar yang memuatkan banyak kedai-kedai dan struktur bangunan yang sangat usang. Kini segalanya semakin baik, terima kasih PPKSP (sempat lagi promote pejabat). Haha.
Last Operated: 2011

En. Nazru
Errr, yang ini tak mau komen banyak. Pabenda laa Abang Azhar nih. Khidmat En. Nazru selama 27 tahun di BHEPP akhirnya tamat pada Ogos 2012 selepas beliau ditukarkan ke Human Resource Department. Bayangkan, berapa banyak batch USM yang dilahirkan semasa En. Nazru menjadi pegawai BHEPP. Tabik laaah.
Last service with BHEPP: August 2012 (still continue with his role as Penggawa)

No Parking in RST
Dahulu kereta sangat sikit ya. First year tak boleh bawa kereta kerana memikirkan keperluan yang tidak tinggi. Ya lah, third year dengan FYP laa, apa laa. First year setakat nak pergi kelas, tak yah la bawak kereta. Tapi sekarang, woaaah. Dulu RST kereta tak boleh masuk. Sama ada kaw parking kat luar atau parking kat padang kawad then jalan kaki naik ke desa masing-masing. Sekarang da macam parking perumahan pangsa puri dah parkingnya. Melambak-lambak. Student dah semakin kaya sekarang dan semakin mampu. Tak pa lah kalau duit u guys afford. Tapi kalau bawak kereta tu, amalkanlah car pooling. Dulu masa student kalau ada kelas sama-sama suka bersendat dalam kereta Pah, Natrah, Faiz atau Wan Filzah. Itu yang sebaiknya. Ni bawak kereta gila punya besar, tapi naik seorang.

KONKOS
Yeah, selain PUMA, KONKOS juga adalah antara tempat yang dah PUPUS. Dekat KONKOS tu la menempatkan dua buah bilik mesyuarat, bilik gerakan ConvEx dan NRIC, ruang legar yang boleh tahan luasnya, kubikel persatuan, kubikel sekretariat serta bilik MPP. Memang sangat student centre tempat tu. Dah lah Subaidah dok ada kat bawah tu jek. Proses penamaan calon pun buat kat situ jek. Petang-petang boleh dengar persatuan Kung Fu pukul gendang, malam-malam tengok budak2 Adikarma praktis kat dalam tu, sambil MPP membuat kerja serta mesyuarat persatuan di dalam bilik mesyuarat. Lampu menyala di kubikel persatuan plak menandakan ada persatuan yang tengah menyiapkan kerja2 untuk projek seterusnya. Sekarang semua sudah berpindah ke Komcha.
Last Operated: May 2011

Pejabat BHEPP Atas Bukit
Dulu kalau ada benda yang melibatkan urusan dengan BHEPP, kami kena memanjat bukit untuk pergi ke pejabat. Sekarang semua dah tertumpu di Kompleks Cahaya sahaja. Tak payah jauh-jauh dah, dan paling penting tiada bukit untuk dipanjat.
Last Seen: August 2011

Desasiswa Cahaya (H20 – H25)
Bagi makluman, Desasiswa Cahaya Gemilang (CG) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Cahaya (blok H20 – H25) dan Gemilang (blok H34 dan H35). H20, H21, H34 dan H35 adalah blok perempuan manakala H22 hingga H25 adalah blok lelaki. Aku pernah merasa duduk di H23, H24 dan H25. Serious aku paling suka duduk di CG sebab suasana yang sangat tenang walaupun blok lama. Masa first year selalu gila lepak kat H23. Sekarang pun dok selalu lepak gak kat situ, tetapi sebagai sebuah pejabat, bukan asrama atau hostel.
Last Seen: 2008 (revised me when was the building start torn down)

Pusat Karaoke SAHABAT
Kalau sebut SAHABAT ja, mesti setiap orang ada pengalaman yang tersendiri. Ia bukanlah yang terbaik. Lagu dah la limited, bilik sikit dan kecik plak tuh, harga pun mahal 2 kupang, tapi tak tau apa yang istimewanya tentang Sahabat. Ia bukanlah Red Box, mahupun Neway namun SAHABAT adalah satu must have experience bagi student USM yang kaki karok. Sekarang SAHABAT dah tutup. Ada yang kata dorang dah pindah tapi sampai sekarang jejak dorang kami tak jumpa. Apa-apa pun SAHABAT really give us an unforgettable memories, irreplaceable.
Last seen: 2011 (this was when I realized they’re no longer operating)
Dinding celorang celorang itu sangat signifikan ya. Masa masuk, kami tak perasan pun, sebab gelap. Bila amek gambar baru tau macam mana interior design bilik itu. Hahaha

Pecal Lele Sunny Point
Satu lagi hidden heaven on Earth. Kedai dia terletak kat belakang Sunny Point. Kedai kayu biasa ja. Warung yang macam nak runtuh, tapi ia meninggalkan satu memori buat sesiapa yang pernah singgah di kedai ini. Sekarang tanah tempat dorang meniaga tu dah mula dimajukan. Ada khabar kata dorang dah balik ke Surabaya, ada yang kata pindah ke Bayan Baru, ke Tabung Haji. Sampai sekarang dah tak jumpa mana-mana pecal ayam atau pecal lele yang dapat tandingi Ibu.
Last Seen: 2010

Bermain Ice-skating di BJ
Hat ni agak krik krik gak, sebab masa aku masuk USM, aku tak jumpa dah benda ni. Tapi yang tau, roller blade kat Queensbay tu dulu adalah ice skating suatu ketika dahulu.
Last Seen: Krik krik

Padang Kawad
Memang padang kawad tu dah wujud lama dah, tapi tahukah anda, ASTAKAnya itu tidaklah se'gah' yang ada sekarang. Gila kecik kowt. Boleh muat 3, 4 orang ja duduk. Pastu permukaan padang kawad itu tidaklah selicin sekarang. Dulu dengan lopaknya, kalau hujan mesti bertakung. Kalau tak silap pembinaan astaka baru dan pembaikan padang kawad tu berlaku masa aku second year, tahun 2008. Kalau tidak silap la. Sekarang, syukur padang kawad kita dah cantik. Kalau panggil Agong datang pun da tak rasa malu.
Kaw tengok, betapa keciknya astaka (yang kat belakang tu) sampai MC kena duduk di tengah-tengah panas. Syukur la sekarang Astaka dah luas dan GAH gila babi

Khaleel
Dahulu, Khalel tu duduk corner lot dan lot yang kedua. Pastu atap kat bahagian open air tu, xde tau dulu. Dorang improvise sikit-sikit. Masa aku second year, dorang tambah atap tapi tarik secara manual. Then masa third year baru dorang ubah jadi atap yang bersuis. Kalau hujan, tekan suis ja atap tertutup. Sekarang belah corner lot tu dorang dah let go dan sewa lot yang ketiga. Cornet lot dah disewa oleh Cosway plak. Damn, banyak gila kowt kenangan kat Khaleel. Aku pun da lama tak lepak kat Khaleel.

Berikutnya adalah perkara tambahan yang tidak ditulis dalam status Abang Azhar

Bazaar Ramadhan RST
Dahulu setiap kali Ramadhan tiba, akan ada satu Bazaar Ramadhan depan RST dan I swear ia lebih meriah daripada bazaar kat Taman Tun Sardon. Round pertama cuci mata, round kedua baru tengok nak beli apa, round ketiga beli makanan yang berat, round keempat baru beli benda2 manis. Memandangkan kalender akademik dah berubah serta bulan Ramadhan jatuh pada ketika cuti, maka lokasi mereka telah berubah. Menurut jangkaan aku, maybe pada tahun 2017 atau 2018 barulah bazaar tersebut akan beroperasi sepenuhnya semula.
Last Seen: Batch 2010/2011
Ini adalah sedikit suasana di dalam Bazaar Ramadhan tersebut. Minah itu adalah Cima yang sangat spontaneous. Haha

Baeklah, setakat ini dahulu. Harap-harapnya reader berasa terhibur dengan post kali ini. Sorri, agak panjang sedikit. Hehe.

Kredit: Abang Azhar Jalil dan Solihin Razali

P/S: Aku cuba untuk letak gambar kepada semua perkara, tapi letih nak mencarik gambar dan banyak daripadanya telah hilang, maka mana yang aku sempat ja lah letak. Hehehe

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading 20 (+1) Perkara yang Mungkin Tidak Sempat Dirasai Oleh Junior USM at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...