Please Click Me

Archive for December 2012

You Know I'm No Good

Friday, December 14, 2012 § 2


Korang tau kan betapa aku obsess dengan #TheVoice Season 3. Rasanya aku dah explain setiap stage pertandingan itu di dalam post sebelum ini (klik ayat ini untuk ke post tersebut). Makanya pada Knockout Rounds, Adam Levine terpaksa membuat beberapa keputusan yang sukar. Salah satu keputusan itu adalah perlawanan di antara Loren Allred dan Nicole Nelson.
#TeamAdam punyai banyak penyanyi yang baek dan sangat pelbagai serta kreatif
Pada mulanya semua orang termasuk Adam menjangkakan Nicole akan terpilih. Masa audition, empat kerusi berpusing untuk Nicole dan dia memang seorang penyanyi professional. Namun Loren memberikan saingan, apabila dia menyanyikan Winehouse’s You Know I’m No Good. Inilah detik mula aku menyukai lagu ini. Perkara yang menjadikan lagu serta persembahan Loren istimewa adalah apabila Adam mengubah sedikit arrangement lagu ini dan mencipta satu moment khas buat Loren pada bahagian chorus terakhir lagu iaitu bahagian “I cheated myself, Like I knew I would, I told you I was trouble, You know, that I’m no good”. Ini merupakan satu moment yang sangat singnifikan yang membolehkan Loren mendapat standing ovation daripada Christina Aguilera dan menukar keputusan awal yang dibuat oleh coaches terhadap Nicole Nelson. Semenjak itu lagu ini sering terngiang-ngiang dan aku semakin mengkagumi kebolehan dan suara Loren Allred. Namun semasa Live Playoff, Loren kalah terhadap undi penonton kepada Bryan Keith dan Amanda Brown serta gagal mendapat save apabila Melanie Martinez dipilih oleh Adam untuk mewakili #TeamAdam. Aku tak berasa ralat sangat kerana aku sangat menggemari semua yang ada di dalam #TeamAdam dan seperti semua orang tahu, Melanie memang adalah pilihan aku semenjak Blind Auditions lagi.
Masa Loren perform. Serious, she's something.

Hah, kau hado. Siap ade cover page bagai lagi. Haaa
Kemudian aku ingin tahu bagaimana lagu ini disampaikan oleh penyanyi asalnya iaitu Amy Winehouse dan cover yang dibuat oleh Arctic Monkeys. Maka aku gigih memuat turun kesemua versi yang ada. Ternyata setiap orang yang menyanyikan lagu ini; Winehouse, Arctic Monkeys dan Allred, semua punyai versi yang sangat distinctive. Semuanya bagus namun yang paling terbaek semestinya versi asal dari Amy Winehouse. Memang Amy punyai suara yang sangat sedap serta penghayatan terhadap lagu yang sangat baek. Memang terasa ke’No Good’an yang dimiliki oleh penyanyi.
R.I.P Amy Winehouse. Kenapa penyanyi berbakat macam dia nih boleh terlibat dengan benda-benda haram. Dan die young. Huh

Di dalam album ini la Arctic Monkeys menyampaikan lagu You Know I'm No Good. Dorang tak ubah pun lirik. Lantak pi la, yang penting lagu itu.

Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba adalah satu pertandingan nyanyian ni, salah seorang pesertanya pun nak nyanyi lagu ni jugak. So aku tengok je lah. Nak tengok dia boleh tak nyanyi lagu tu. Masa tayangan video je pun, coach dia dah marah-marah. Pasei pa tak tau. Maybe dia tak boleh bawak karakter lagu tu kot. Masa tengok tu, aku masih belum mendengar lagi versi asal dari Amy Winehouse dan cover dari Arctic Monkeys. So in my head ada versi virgin dari Loren Allred sahaja. Tiba-tiba masa nak abeh lagu tu, si penyanyi tu pun perform ala-ala Loren Allred jugak, i.e. part yang membolehkan Loren mendapat moment dan standing ovation dari Christina Aguilera. Aku ingatkan memang begitu Amy Winehouse menyanyikan lagu ni. Sekali bila dah dengar versi asal, noooohhhhh!!!!!

Aku pun tak tau apa direction program tersebut. Dah lah cuba untuk meniru konsep The Voice. Segala distinct feature seperti button pun dia nak amek jugak. Sekarang arrangement Adam yang dibuat khas dengan kemampuan dan kebolehan Loren Allred pun dorang nak tiru. Maybe dorang akan kata, “Owh, ianya suatu kebetulan”. Hmmm, kebetulannya sampai semua benda pun nak dekat sama. Nasib dalam #TheVoice dorang cipta kerusi berpusing. Tak payah kusut nak rentang tirai.

Aku bukanlah nak bash program-program tempatan. Namun biarlah kena dengan identiti serta jati diri kita. Kalau betol-betol nak buat #TheVoice, buat jek lah. Tak payah amek tunggul, hias cantek cantek pakaikan gaun pengantin, boh make up, pakaikan crown dan pling, jadik mannequin kat butik perkahwinan. Kalau nak tiru pun, buatlah bagi kemas. Kat Astro tu, banyak kowt program yang tiru dari program luar tapi janganlah feature yang menjadikan program tu istimewa pun nak amek tiru. Tak pun buat program sendiri, cipta sendiri format. Rasanya stesyen TV tu, banyak kali dah kowt cipta program sendiri dan sangat bagus sebenarnya. Entah apa sialnya program yang satu ni.
Amy, we miss you!!! Motif aku nak miss dia? Sepanjang dia hidup, aku just dengar REHAB jek kowt. Lagu laen, sesudah dia mati baru aku dengar. Thanks to #TheVoice. Season ni banyak lagu dia naek. Valerie, Back To Black, You Know I'm No Good. Dan semua lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi dalam #TeamAdam.
 Baeklah setakat ini dahulu.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...