Please Click Me

Archive for February 2013

Survival di Kelantan

Thursday, February 28, 2013 § 0

Well, ramai dah tau pun sebenarnya aku telah ditukarkan ke Kelantan. Pada mulanya agak HOMAIGOD jugaklah experiencenya.  Namun ini adalah antara jalan yang aku pilih. Siapa aku nak memilih-milih. Masa isi E-Recruit sehinggalah semasa ditemu duga, aku dah seringkali diingatkan kemungkinan untuk dihantar bekerja di sini. Kalau tiba-tiba aku nak memainkan peranan minta diubah ke situ dan ke sini, siapalah aku. Masih jauh perjalanan ke arah itu. Malah, jika aku meminta-minta, bukankah aku sudah berlaku tidak adil. Meletakkan seseorang yang tidak mampu atau tidak hak di tempat bukan sepatutnya. Aku yakin dan percaya pemilihan ini pasti ada sebab yang diaturkan olehNya. Baeklah sudahlah dengan ayat menyedapkan hati. Terus kepada isi.

Hari ini merupakan, lebih kurang hari ke-17 semenjak aku tiba di bumi Kelantan. Dalam tempoh itu juga, sudah dua kali aku balik Penang dan sekali ke KL. Maka dari segi perkiraan, belum pun cukup dua minggu aku berada di sini. Seperkara yang aku belajar setelah tiba adalah, IA TIDAK SETERUK YANG DIGAMBARKAN. Sebenarnya ramai orang suka memberi gambaran negatif kepada sesuatu benda. Bila ada yang tahu aku berasal dari SARAWAK, first thing come to their mind adalah RUMAH ATAS POKOK dan vocabulary asing yang mana setiap hujung perkataan harus ditambah dengan huruf K.

Begitu juga di Kelantan. Sebenarnya banyak feedback negatif yang diterima itu datang sama ada dari mereka yang, pertama, TIDAK PERNAH PUN TIBA DI SINI, kedua, DATANG KE SINI 20 TAHUN LEPAS.

Pada aku, ia tidaklah seteruk yang digambarkan. USM di sini betul-betul mengamalkan budaya 5S dan mengambil serious mengenai ISO dan segala etika pekerjaan. Makanan juga murah. Jika dibandingkan dengan hiburan yang bersepah boleh didapati di KL dan Penang, ia sebenarnya tidak adil. Bukanlah jumlah pusat hiburan menjadi ukuran sesuatu tempat.

Bukanlah aku nak kata, Syahmi telah mula selesa dan ingin tinggal tetap di Kelantan, tapi sebanyak mana aku membenci orang yang berfikiran negatif mengenai budaya di Sabah dan Sarawak, begitu juga sepatutnya aku tidak harus memberi gambaran negatif kehidupan di Kelantan. Memang benar banyak yang tiada di sini, segala kebiasaan di Penang pasti tiada di sini, namun apa hak aku untuk mempertikaikan itu. Well Ipoh, JB, Seremban, Kuantan, Alor Star dan bandar-bandar utama di seluruh Malaysia ini juga belum cukup sempurna. Kalau inginkan kehidupan umpama KL, kerjalah di KL, jika inginkan kehidupan USM, kerjalah di USM. Diingatkan USM hanya terdapat di Penang, Kelantan dan India sahaja ya. Kampus di Nilai belum tahu lagi.
Hari ketiga bekerja. Dah kena sound ya gambar ini, Hehehe

Aku juga boleh memilih untuk balik ke Penang pada waktu cuti. Tiada halangan untuk itu. Waktu bekerja, kita bekerjalah. Aku berharap, rakan-rakan di luar sana, berhentilah mempersendakan kehidupan aku di Kelantan. Ia memang bukanlah pilihan aku, jauh dari imaginasi. Namun ia tetap satu opsyen yang harus diterima dengan hati yang terbuka. Bantulah aku untuk menghadapi kehidupan di sini. Sanggupkah anda melihat aku balik ke Penang pada setiap hujung minggu. Aku juga tidak mengharapkan kata-kata semangat, cukuplah dengan tidak mempermainkan perasaan aku. Cukup yang itu sahaja. Bukanlah aku nak being sensitif, tapi gurauan pun at some level boleh jadi annoying juga. Takkan lah kita nak bergurau at one point for the whole year. Isu Sharifah Zohra pun dah senyap kan sekarang ni. Andai kata tak boleh membantu, diam tanpa mengeluarkan komen pun dah cukup memadai.
Aku tak teroka lagi sampai belah-belah ulu nih.

Baeklah setakat ini dahulu. Tiada emo-emo ya ketika post ini ditaip. Hehe.

Buhbye

YZYZ

Kadang Kita Hanya Tidak Tahu

Monday, February 18, 2013 § 0

Terlalu banyak percaturan telah, sedang dan akan melanda kita. Sering kali juga kita merungut. Tapi, siapa tahu, itu mungkin yang terbaek buat kita. Banyak benda berlaku, kadang kita gagal untuk melihat kebaekan yang datang darinya. Selalu kita terlepas untuk menikmati jerih, perih, sakit, perit yang datang bersama.

Kita berhak memilih untuk menjadi itu dan ini. Tapi akhirnya tetap Dia yang akan meluluskan pilihan kita. Jangan sesekali mempersoal. Dahulu kita bersungguh mahu mendapat apa yang diidam. Kini telah dapat, pasti ada nilai gadaian. Maka tanggunglah bersama. Jangan menjadi tamak dan haloba. Hanya inginkan manis madu, sedang sengat sang lebah itu hanya ditanggung oleh orang lain.

Kita perlu juga untuk melupakan kenangan lama jika mahukan kebaekan yang baru. Apa guna mengharap barang lama jika yang didepan mata kita sisih. Mungkin yang bersama kita sekarang beribu kali lebih baek dari yang dihajat. Sedap itu cuma seketika, namun ingatan terhadap sedap itu pasti kekal lama.

Aku sebenarnya tak berapa pandai nak menulis sesuatu yang abstrak. Aku perlukan satu cerita kukuh dalam kepala aku untuk menulis. Segala maknika metafora ni memang aku tak pandai. Apatah lagi unmensi. Maka maafkan jika post kali ini agak jelek untuk dibaca. Saya masih dalam proses belajar ya.

Cuba untuk menghasilkan beberapa post dalam masa terdekat.

Buhbye.

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...