Please Click Me

Archive for March 2013

Syahmi dan Batang Ais Krim

Sunday, March 3, 2013 § 3

Aiyoo, tajuk post. Bikin carutan jek. Hehe. Actually aku tengah teringat satu kejadian nan silam, bila ada student yang gigih nak bagi ais krim kat aku tadi petang. Kejadian tu berlaku ketika sem ketiga aku di USM. Kira second year lah baq ang. Zaman ketika aku kurus keding lagi. Maka berlaku satu kejadian yang begini ceritanya....

Pada satu tengah hari ka petang yang aman (tak sure lah, tapi yang ingat mmg kejadian tu siang, eh tak pun pagi), aku sedang memakan seorang diri di Kafe Tekun. Aku memakan nasik ka apa entah yang dibeli kat kedai sebelah mini mart kat Kafe Tekun tu. Orang-orang Tekun tau lah kowt. Keadaan ketika itu, tidaklah ramai orang. Ada lah sorang dua yang aku lihat makan sorang-sorang macam aku jugak. Semua nak feeling2 forever alone. Lantaklah.

Tiba-tiba salah sorang dari mereka itu telah berdiri dan menuju ke mini mart yang terdapat di situ. Diselaknya peti sejuk yang menjuali ais krim. Di ambilnya sebatang dan dibayarnya. Kemudian, berlalulah dia menghampiri aku yang sedang makan nasik. Kemudian diberinya aku ais krim tadi, kemudian berlalulah dia pergi, meninggalkan aku tertanya-tanya. Aku yang kebetulan baru pas abes makan nasik, apa lagi, dapat ais krim percuma, terus makan lah.
Jenama Ais Krim yang diberi itu, berkemungkinan adalah Mat Kool ATau Paddle Pop. Tak sure lah

Aku tak kenal nama budak tu, tapi biodata secara samar-samar tu tau lah. Aku pada masa tu adalah seorang PPMS (sekali lagi bukan Pre-Menstrual Syndrome nah, Pembimbang Pelajar Minggu Suai Kenal), so aku akan mudah cam student yang baru masuk nih. Dia adalah batch di bawah aku, atau dalam kata lain adalah batch terakhir sebelum APEX. Dia budak lelaki, badan kurus dan tak ada lah tinggi mana. Lebih kurang fizikal si Haziq tu lah, kalo korang kenal. Dia student Sains Komputer dan sepanjang aku ternampak dia di Kafe Tekun, dia nampak macam seorang yang ceria. So andaian kata dia tu ada masalah mental ka apa ka, boleh tolak tepi. Rasanya pernah satu sem kowt kami berada pada aras yang sama. Ye lah, budak sains kat Tekun selalu dok aras yang sama. Tapi andai kata dia muncul semula pun, mesti aku da tak ingat balik muka dia. Student datang dan pergi, sure aku takkan ingat muka sorang-sorang. Mana yang signifikan ja lah aku akan ingat. Selepas kejadian tu pun, aku memang tak pernah bertegur dengan dia. Aku just gelar dia, BUDAK BAGI AISKRIM.

Inilah Ais Krim yang dibeli oleh bebudak tu tadi petang
So hari ni, bila ada student yang gigih beli ais krim kat aku, teringat jugak lah kejadian nan silam. Thank you nah ais krim tersebut. Hehe, merasa jugak. Dan kepada budak junior tersebut, I owe you a very long THANK YOU sebab belikan ais krim. I guess I never got a proper chance to say thank you, walaupun tindakan anda itu mengundang beribu tanda tanya. Pernah ada member aku kata dia bagi ais krim yang dah diguna-guna. Cilakak punya member. Alhamdulillah aku selamat lagi sampai sekarang. Hehehe.

Buhbye

YZYZ

Terima Kasih Atas Post Itu

Saturday, March 2, 2013 § 0

Alceritanya, bila ada sorang blogger super duper sengal dan juga Kakak kepada aku, telah membuat satu post balas dendam terhadap diri aku. Yeah, rasanya ramai dah kowt yang baca post tersebut. Jika belum, anda boleh baca di sini: TENTANG KHAIRUL SYAHMI BRAHIM.

Sebenarnya aku sangat TERHARU atas post tersebut. Sebab banyak nilai tentang diri aku, yang dalam aku tak sedar, sebenarnya wujud. Aku tak pernah sangka sekecil-kecil perbuatan aku, juga mampu memberi impak kepada orang lain. Apa yang aku percaya, apa yang aku amalkan dan apa yang aku selalu impikan.

Membaca post itu, memberi satu panggilan bangun tidur (wake up call) buat aku. Panggilan yang memberitahu perlunya untuk aku terus melakukan perkara-perkara yang baek. Bukan untuk dikenang jasanya tetapi cukup untuk memberi inspirasi kepada orang laen. Dan sememangnya itu adalah kewajipan kepada kita kan, untk berbuat baek sesama manusia, regardless of bangsa, agama atau kepercayaan.

Malam ini, aku diizinkan untuk membaca satu petikan yang membuat aku berfikir seketika:

Betapa sayangnya Allah terhadap hambaNya.

Aku sememangnya sayang kawan-kawan aku. Selagi mana mereka hormat aku sebagai seorang manusia, hormat pendirian serta pemikiran, tidak merendahkan apa yang aku percaya, apa yang aku amalkan, selagi itu aku sayang mereka. Berulang kali aku dah cakap tentang perkara ni kowt dalam post yang terdahulu. Kita manusia diciptakan berbeza-beza. Apa salahnya memahami perbezaan itu. Kadang kita tak boleh lari dari memberi snap judgement, namun kalau boleh elak, silalah elak. Kalau dah ditegur, mohon untuk diterima.

Kerana itu jugalah aku amat menyayangi adik-beradik aku di USM. Setiap mereka punyai pendirian yang kukuh terhadap diri mereka. Aku cuba menghormati pendirian mereka, sedia menadah telinga bila tahu mereka bermasalah dan menyayangi mereka pada amount yang betul dan tepat.

Terima Kasih atas post tersebut. Saya amat menghargainya. Sama-samalah kita MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK.

Buhbye

YZYZ

Apa Cerita Jan dan Feb

Friday, March 1, 2013 § 0

Jika diikutkan, banyak perkara yang berlaku bermula hujung tahun lepas, membawa kepada penghujung Februari. Namun apa yang berlaku tidak dikhabarkan di dalam Belog. Namun aku ingin menarik beberapa status FB aku yang mendapat LIKE atau komen yang banyak sepanjang dua bulan ini. Agak janggal sebenarnya bila mendapat LIKE lebih dari sepuloh. Sebelum ni, bukan takat LIKE, seen pun xde kowt lam status aku ni. Meh kita tengok nah.
Yess, ini adalah pada malam terakhir sesi teh tarik. Esoknya plak terus pergi Bengkel Penilaian Modul PIMPIN Siswa. Then patah balik semula plak untuk interview Pegawai Tadbir USM. Masa ni emosi sangat melankolik dan pelbagai. Antara sedih, takut, gembira dan pelbagai. Sebabnya aku akan resign pada hujung Disember 2012 sebab dapat offer kerja di luar
Ini maksudnya memulakan sesuatu yang baru, sebab dapat kerja kat Ipoh. Literally translate adalah bila aku terlupa nak beli buku nota untuk mencatat. Gila perasaan masa tu. Macam kali pertama.

Tiba2 aku rindukan kawan-kawan aku. Malam tu jugak aku BBM kepada dongsaeng aku. Aku tak ingat dia masok dalam mimpi itu atau tidak, tapi aku membincangkan betapa aku merindui orang terakhir dalam mimpi aku. Masa tu, aku ada dia ja lah tempat untuk meluah segala. Walau akhirnya aku akan kena carut balik. Hareee tol lah dia tuh

Ini semasa isu listen naik. Babi aku kena carut kowt. Tengok-tengok la ni, dah sengap semula. Sat jah la kita kecoh


Kisah berjumpa dengan pemakai tudung ni. Sekali nenjiiiyyaaaa, kat Kelantan faymes kowt tudung nih. Tertekan aku. Hahah

Ni gambar kontroversi. Hare betoi. Tak pasal aku kena fire. Haha. Aku pun tak sangka lah nak amek gambar segala maknika petang tu. Lagipun hari Khamis kan, ari last kerja kat Kelantan. Aku tak plan la nak pakai apa. Tambah baju pun tak dan nak bawak kuar dari dalam beg lagi. Sekali, nenjiiiyyaaa, kena fire kaw kaw punya. Hahah

Aiyok, aku pegang bola pun jarang, sekali kena panggil guna nama APEK. Haha.


Aku agak perak bila dapat LIKE more than 5 nih sebenarnya. Aku bukanlah dalam kalangan orang yang popular. Sekali dapat lebih dari 5, mestilah aku rasa macam WOW jugak. Hahaha, biasalah, baru nak tau apa dia LIKE nih. Hehehe.
 
Haha, setakat ini dahulu.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...