Please Click Me

Syahmi dan Batang Ais Krim

Sunday, March 3, 2013 § 3

Aiyoo, tajuk post. Bikin carutan jek. Hehe. Actually aku tengah teringat satu kejadian nan silam, bila ada student yang gigih nak bagi ais krim kat aku tadi petang. Kejadian tu berlaku ketika sem ketiga aku di USM. Kira second year lah baq ang. Zaman ketika aku kurus keding lagi. Maka berlaku satu kejadian yang begini ceritanya....

Pada satu tengah hari ka petang yang aman (tak sure lah, tapi yang ingat mmg kejadian tu siang, eh tak pun pagi), aku sedang memakan seorang diri di Kafe Tekun. Aku memakan nasik ka apa entah yang dibeli kat kedai sebelah mini mart kat Kafe Tekun tu. Orang-orang Tekun tau lah kowt. Keadaan ketika itu, tidaklah ramai orang. Ada lah sorang dua yang aku lihat makan sorang-sorang macam aku jugak. Semua nak feeling2 forever alone. Lantaklah.

Tiba-tiba salah sorang dari mereka itu telah berdiri dan menuju ke mini mart yang terdapat di situ. Diselaknya peti sejuk yang menjuali ais krim. Di ambilnya sebatang dan dibayarnya. Kemudian, berlalulah dia menghampiri aku yang sedang makan nasik. Kemudian diberinya aku ais krim tadi, kemudian berlalulah dia pergi, meninggalkan aku tertanya-tanya. Aku yang kebetulan baru pas abes makan nasik, apa lagi, dapat ais krim percuma, terus makan lah.
Jenama Ais Krim yang diberi itu, berkemungkinan adalah Mat Kool ATau Paddle Pop. Tak sure lah

Aku tak kenal nama budak tu, tapi biodata secara samar-samar tu tau lah. Aku pada masa tu adalah seorang PPMS (sekali lagi bukan Pre-Menstrual Syndrome nah, Pembimbang Pelajar Minggu Suai Kenal), so aku akan mudah cam student yang baru masuk nih. Dia adalah batch di bawah aku, atau dalam kata lain adalah batch terakhir sebelum APEX. Dia budak lelaki, badan kurus dan tak ada lah tinggi mana. Lebih kurang fizikal si Haziq tu lah, kalo korang kenal. Dia student Sains Komputer dan sepanjang aku ternampak dia di Kafe Tekun, dia nampak macam seorang yang ceria. So andaian kata dia tu ada masalah mental ka apa ka, boleh tolak tepi. Rasanya pernah satu sem kowt kami berada pada aras yang sama. Ye lah, budak sains kat Tekun selalu dok aras yang sama. Tapi andai kata dia muncul semula pun, mesti aku da tak ingat balik muka dia. Student datang dan pergi, sure aku takkan ingat muka sorang-sorang. Mana yang signifikan ja lah aku akan ingat. Selepas kejadian tu pun, aku memang tak pernah bertegur dengan dia. Aku just gelar dia, BUDAK BAGI AISKRIM.

Inilah Ais Krim yang dibeli oleh bebudak tu tadi petang
So hari ni, bila ada student yang gigih beli ais krim kat aku, teringat jugak lah kejadian nan silam. Thank you nah ais krim tersebut. Hehe, merasa jugak. Dan kepada budak junior tersebut, I owe you a very long THANK YOU sebab belikan ais krim. I guess I never got a proper chance to say thank you, walaupun tindakan anda itu mengundang beribu tanda tanya. Pernah ada member aku kata dia bagi ais krim yang dah diguna-guna. Cilakak punya member. Alhamdulillah aku selamat lagi sampai sekarang. Hehehe.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Syahmi dan Batang Ais Krim at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Syahmi dan Batang Ais Krim”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...