Please Click Me

Terima Kasih Atas Post Itu

Saturday, March 2, 2013 § 0

Alceritanya, bila ada sorang blogger super duper sengal dan juga Kakak kepada aku, telah membuat satu post balas dendam terhadap diri aku. Yeah, rasanya ramai dah kowt yang baca post tersebut. Jika belum, anda boleh baca di sini: TENTANG KHAIRUL SYAHMI BRAHIM.

Sebenarnya aku sangat TERHARU atas post tersebut. Sebab banyak nilai tentang diri aku, yang dalam aku tak sedar, sebenarnya wujud. Aku tak pernah sangka sekecil-kecil perbuatan aku, juga mampu memberi impak kepada orang lain. Apa yang aku percaya, apa yang aku amalkan dan apa yang aku selalu impikan.

Membaca post itu, memberi satu panggilan bangun tidur (wake up call) buat aku. Panggilan yang memberitahu perlunya untuk aku terus melakukan perkara-perkara yang baek. Bukan untuk dikenang jasanya tetapi cukup untuk memberi inspirasi kepada orang laen. Dan sememangnya itu adalah kewajipan kepada kita kan, untk berbuat baek sesama manusia, regardless of bangsa, agama atau kepercayaan.

Malam ini, aku diizinkan untuk membaca satu petikan yang membuat aku berfikir seketika:

Betapa sayangnya Allah terhadap hambaNya.

Aku sememangnya sayang kawan-kawan aku. Selagi mana mereka hormat aku sebagai seorang manusia, hormat pendirian serta pemikiran, tidak merendahkan apa yang aku percaya, apa yang aku amalkan, selagi itu aku sayang mereka. Berulang kali aku dah cakap tentang perkara ni kowt dalam post yang terdahulu. Kita manusia diciptakan berbeza-beza. Apa salahnya memahami perbezaan itu. Kadang kita tak boleh lari dari memberi snap judgement, namun kalau boleh elak, silalah elak. Kalau dah ditegur, mohon untuk diterima.

Kerana itu jugalah aku amat menyayangi adik-beradik aku di USM. Setiap mereka punyai pendirian yang kukuh terhadap diri mereka. Aku cuba menghormati pendirian mereka, sedia menadah telinga bila tahu mereka bermasalah dan menyayangi mereka pada amount yang betul dan tepat.

Terima Kasih atas post tersebut. Saya amat menghargainya. Sama-samalah kita MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Terima Kasih Atas Post Itu at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...