Please Click Me

Gen Y: Pencetus Tranfsormasi

Sunday, April 28, 2013 § 0

Alhamdulillah, semalam sempat jugak aku menjadik VIP lagi sekali untuk satu forum di Kampus Kesihatan. Semalam aku telah sedaya upaya untuk menjaga tingkah laku, tapi last sekali tak leh jugak. Damn you 1 Litre of Mineral Water, menyebabkan aku terasa ingin nak kencing. Gelisah nak tunggu, bila larh nak abes. Bila dah abeh, DAMN, tak tau plak toilet kat mana. Anak-anak Hayam yang dibawa ketika menonton forum tu pun kelam kelibut jugak menunjukkan toilet. Arh, lega.... Akhirnya dapat dah kontrol perangai. Hehehe.

Tajuk forum semalam adalah Gen Y Pencetus Transformasi: Emosi atau Intelek. Warh, katanya ahli panel ni, blogger yang meletop letop ylls. Bawak Anwar Hadi dan Thoyba Mursyidah mai. Rupanya depa dua orang ni, now pursuing study kat IPG Penang hat yang belakang Tesco Jelutong tu. Anwar Hadi tu plak Ex Sultan Abdul Hamid, hmmmm, kawan sekolah Ikki dan junior Abang Azhar larh tu.
Ini gambar cilok dari fB Pida Bakri. Henset mati ylls. Sanggup korbankan henset sendiri demi dapat bermain Logo Quiz. Mulia tak perbuatan tersebut. Har har har

Baeklah, sebenarnya semalam, semasa menonton tu, sambil-sambil main Logo Quiz sampai ESTRI MINI tu drain battery, aku punya banyak benda untuk dikongsikan. Namun bak kata ahli panel dan juga audience, aku adalah ORANG MALAYSIA, yang punya keraguan yang kuat untuk bercakap melontarkan idea di khalayak ramai. *Ayat ini boleh dibaca secara tegas, sinis, sarcams atau apa cara jua*. Baeklah, kita lompat perkara itu.

Sebenarnya sehingga semalam, aku ingatkan, Y itu merujuk kepada YOUNG, YOUTH, YOUNGSTER sahaja. Rupanya ia juga merujuk kepada WHY (apabila disebut, bunyinya seakan huru Y) iaitu KENAPA. Owh, baru tau. Cesss.

Baeklah, semalam aku terpanggil (namun yes, sebab aku berdarah anak Malaysia, aku mendiamkan diri) untuk bertanya kepada panelis dan juga kepada moderator satu dua perkara. Pertama, semenjak kebelakangan ini, aku punyai perasaan paranoia kepada ahli akademik dan mereka yang lebih senior. Perasaan ini bertitik tolak daripada pelbagai perkara. Kadang, kita selaku generasi muda (well, umoq aku dan panelis tu beza dua tahun sahaja) selalu dipandang rendah oleh mereka yang lebih senior. Pandangan dan percakapan kita selalu dianggap berbaur emosi. Adakalanya ada anak muda yang mampu bercakap menggunakan fakta, namun gaya penyampaian mungkin ada sedikit tegas, dicampur dengan penguasaan gajet dan info yang terkini serta selalu berani untuk mengusik ego mereka yang lebih tua akan disenyapkan dengan balasan hujah, KAMI LEBIH TUA, MOHON HORMATI KAMI. Well, respek akan datang sendiri kalau ORANG TUA JUGA TAHU NAK RESPEK ORANG MUDA. Saya tidak kira respek itu datang sehala. Ia harus datang dari dua belah pihak.

Ni gambar yang diguna sebagai back drop semalam. Yesss, dia ni ada aura2 retis sikit. Walaupun semalam aku mendapat banyak carutan, tapi aku respek jugak dia nih. Curse all of you yang carot aku. Haha. Takdelarh. Saya sayang anda semua. Muah muah. Haha

Keduanya ramai anak muda sekarang tidak berani atau tidak sanggup untuk menyalahkan diri sendiri atau menerima kesalahan. Ramai yang terlalu defensive. Put blame on others. Bila ditanya siapa yang perlu bertanggungjawab, ramai yang akan jawab, saya bawa jek benda ni, orang laen yang bersalah. Hmm, saya kira itu bukanlah satu semangat berpasukan yang baek. Jika suatu projek itu melibatkan kita, dan ada kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak di dalam jawatankuasa, saya kira itu tanggungjawab bersama untuk menegur, membaiki serta mengambil tindakan. Penat larh kalau kerja dalam satu team, tapi bila part salah nak tuding ke orang lain. Part riak, semua plak nak sekali. Ramai anak muda terlalu dahagakan pujian serta pengiktirafan. Perkara ini juga disentuh oleh ahli panel. Namun setakat mana kita hidup sekadar untuk pujian dan penghargaan semata? Bila di alam pekerjaan, amat jarang kita akan menerima pujian. Semua itu kadang boleh mendatangkan riak, rasa bagus dan sebagainya. Cukuplah penghargaan itu datang sekali sekala. Tak kan lah gantung banner pun nak bising satu donia kowt. Apa pun yang kita buat, pastikan ia ikhlas kerana Allah Taala.

Saya kira, penganjuran program semalam berjaya. Ramai juga audiens yang datang. Soalan yang ditanya juga bagus. Namun saya amat berharap agar anak muda sentiasalah berbangga dengan jati diri kita. Memang kita rakyat Malaysia lemah dari pelbagai sudut. Jangan mengeluh kerana itu. Kita selaku satu team di dalam pembentukan jati diri rakyat Malaysia yang gemilang ini harus mengambil peranan. Jangan sesekali merasa jaded dengan majoriti sikap rakyat kita. Prove them what it takes to be the true Malaysian. Right. Kita satu bangsa, kita satu negara. Bersama-sama kita bina ia.
Yaiyyy, semalam dapat Novel dari Thoyba. Bila nak baca pun tak tau. Okey larh jugak. Ni jugak menjadi props Put ketika amek gambar ngan Thoyba. Over larh minah "Chinese-Look" itu. Haha

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Gen Y: Pencetus Tranfsormasi at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...