Please Click Me

Saya Sudah Dewasa

Tuesday, April 30, 2013 § 2

Yaiyyy, hari ini saya sudah dewasa. Bukanlah saya masuk jawi buat kali kedua, tapi saya sudah dapat lesen BESAQ. Yaiyyy. Dengan segala susah payahnya nak dapatkan Lesen L tiga tahun yang lepas, sekarang sudah dapat Lesen Besaq. Dah lepas Lesen P. Mari buka LINK ini untuk baca semula bagaimana kesusahan aku untuk mendapat Lesen L dahulu kala.
Perkembangan Lesen aku
Tarikh keramat penamatan Lesen P aku adalah pada 28 April 2013. Tapi pada 29 April 2013 try pergi pejabat post, tapi tak boleh renew kat situ. Kena pergi ke JPJ pulok. Maka pada pagi 30 April 2013, saya menyeret Tengku Princess Maraoune Logo Quiz (meletopsnya nama) untuk menemankan aku pergi membesarkan Lesen aku itu. Yearh, sekarang saya sudah dewasa.
Muka paling gembira memperolehi lesen memandu
Upacara pencabutan pelekat P
Terima kasih kepada semua orang yang telah banyak membantu aku selama ini. Saya tak ke mana tanpa korang. Syukur kepada Allah yang membenarkan ini semua terjadi. Ewah, dah macam terima award plak.
Which one do you prefer?

Saya berjanji untuk terus memandu dengan sopan santun di atas jalan. Memberi signal untuk membelok, mematuhi lampu isyarat serta menghormati pelbagai jenis kenderaan dan makhluk lain yang berada di atas jalan. Yearh. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersopan-santun di atas jalan raya atau dalam bahasa Sarawak kita panggil JERAYA.

Buhbye,

YZYZ

What's this?

You are currently reading Saya Sudah Dewasa at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Saya Sudah Dewasa”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...