Please Click Me

The One with 400th

Saturday, April 27, 2013 § 0

Yeah, finally, sudah pun mencecah pos yang ke 400 blog yang tidak seumpamanya ini. Maklumlah, kita ni bukannya retis pun. Sampai kena carot belog ni tak faymes. Haha, ada aku kesah. Tak tergugat pun dengan mulut-mulut tersebut. Gitu.

Baeklah, setelah berfikir-fikir, apakah post yang sesuai untuk ditulis sempena post ke-400 ini maka aku telah mendecide untuk membuat tulisan tentang perjalanan balik aku ke tempat aku membesar. Yeah, setelah lebih 8 tahun aku meninggalkan Saratok, aku kembali semula ke situ.

Hareeee, nama sekolah aku sering menarik perhatian member2. Unik tau, sebab tu  Bahasa Malaysia aku TERSANGAT BAGUS. Haha. Mohon jangan carut ya.
Pada mulanya saja ja ingat nak balik Sarawak. Tapi fikir, baik aku balik terus melawat segala ceruk kan. Buat pengetahuan semua, aku berasal dari Sarawak dari sebuah bahagian di antara negara Brunei yang bernama LIMBANG. Bila umoq aku mencecah 7 tahun, kami sekeluarga berpindah ke Saratok yang terletak di tengah Sarawak, sebab my late Mom masa tu nak jaga my late grandparent. My Mom adalah anak tunggal so takda sapa lagi yang nak jaga. Maka aku pun membesar di Saratok dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah sampailah aku 17 tahun, iaitu selepas SPM maka aku pun kembali semula ke Limbang. Kemudian masuk Matrik di Labuan, terus masuk USM dan jadi orang Penang sampai lah sekarang kerja kat Kelantan. Itu adalah sejarah ringkas aku.
Ini adalah kubur arwah mak aku. Rasanya dalam 8 tahun tersebut, ni adalah kali kedua aku betul-betul berpeluang untuk menziarah. Dah ada kerja tetap nih, mudahan lebih diberi kemudahan.

Ni adalah salah satu peninggalan arwah nenek aku, salah satu tanah dia yang melambak. Aku pun tak tau  celah mana lagi entah tanah dia.
Selepas aku keluar dari saratok, aku tak pernah lagi balik ke sana. Aku tak tau apa benda yang berlaku. Kalau kat Sarawak kitorang panggil "buang batu" dah tu. Maka aku telah menggagahkan diri untuk drive dari Kubang Kerian balik ke Penang. Setibanya di Penang, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan sampai kol 3 pagi, balik rumah packing dan terus shoot ke Airport. Sampai je Kuching terus drive 4 jam plak untuk sampai ke Saratok dan seterusnya Check In di Kampung my Mom kat Nyabor. It was a long and tiring journey, tapi sangat menyeronotkan.

Kami stay 3 hari jek kat sana. Banyak lah jugak tempat yang dituju. Melawat kubur mak aku, nenek aku kemudian pergi melawat rumah sodara-mara. Dah umpama hari raya plak dah. Bila balik kali ni jadik seronok jugak sebab banyak benda-benda yang takda kat Semenanjung aku dapat jumpa kat situ. Antaranya macam mee kolok, suman, umai dan macam-macam lagi. Cuma laksa Sarawak jek tak sempat jumpa.
Ni Mee Kolok Special. Tapi dia tak letak telur tetapi letak sotong dan udang. Hah, Mampu?

Ni plak umai ikan apa entah. Dan campor plak dengan umai obor-obor. Ikan dan obor-obor mentah tau. Haaa, serious sedap.

Cemuih dok jumpa kerang bakaq, kerang rebuih. Kali ni Kerang yang dimasak dengan segala jenis masakan ada. Malam tu kami order kerang masak soy sauce kowt. Entahlah apa nama dia.
Ini adalah proses membuat SUMAN tersebut. Ia macam otak-otak, tapi sangat berbeza. Bahan dia guna tepung sagu, kelapa kering, letak garam sikit, kemudian letak larh segala aneka seafood. Macam aritu depa letak udang dan hati ikan pari. Mak aih, punya lah tebal dan banyak udang dalam satu bungkus tu. Memang dok rasa udang sahaja. Merembes terus.

Ini rupanya selepas siap dibakaq. Hmmm, terlioq teruih.

 Lepas setel kat kampung halaman, kami balik ke Kuching dan malam tu, kuar plak dengan penunggu setia di Kuching iaitu Erin Ulat. Keluar makan satay dan tengok wayang di GSC pertama di Kuching. Wah, seriously Kuching dah semakin maju. Dah banyak shopping complex. Masa aku balik kampung pun jalan dah semakin elok compare to 8 years ago. Makanya lepas abes tengok wayang dah jam 2 pagi. Aku terus ke airport dan tido kat sana. Yess, kalau flight Kuching-Penang memang aku akan prefer tido kat Airport sahaja. Takut terlajak flight. Sampai ja airport, carik port faveret aku, dush terus tido sampailah announcement da masuk waktu Subuh. Terus solat, terus breakfast di McD, terus segala benda, terus naek flight. Landed di Penang tunggu adik aku mai amek plak.
Kedai makanan laut yang menjadi kunjungan pelabagai, kaum dan agama. Yeah, serious sini makan pun not bad. Apa ntah nama, Top Spot apa ka entah.

Excited ylls, nak try GSC baru kat Sarawak. Walaupun seat rasa kecik, tapi not bad larh. Cess, mcm mana entah pekerja leh lupa tutup lampu.

Begitulah ceritanya aku balik Sarawak tempoh hari. Sedikit cliche tapi lantak larh. Hehe

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading The One with 400th at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...