Please Click Me

Archive for May 2013

Tadi Tengah Hari

Monday, May 27, 2013 § 2

Pernah tak korang rasa macam hopeless gila. Bila melangkah keluar daripada sebuah kedai yang menghidangkan nasi bersama ayam goreng dan ayam gulai di atas kertas, kemudian korang menuju ke kereta. Bila sampai ke kereta, korang rasa macam tak mau masuk kereta, sebab tengah menyaksikan satu kesesakan trafik yang sangat menakutkan. Bukan kerana banyaknya kereta, tapi kerana pemandu yang tak mau beralah. Mana yang nak ke kiri, mana yang nak ke kanan. Dengan sekeliling penuh pembinaan.

Kemudian bila nampak satu-satunya kereta degil tadi dapat meloloskan diri, korang masuk dalam kereta. The moment korang memasukkan gear reverse, nenjiya, ada seorang pak cik tua dengan kereta gabaknya telah memparking dengan tersangat hampir dan sedikit memblok kereta korang. Korang pun cuba memasukkan gear reverse semula, dengan harapan pak cik tersebut memberi laluan. Tapi laluan yang diberikan hanya kurang seinci kehadapan dan senyuman yang bukan pun senyuman. Bila nampak kita ke depan, ke belakang nak mengeluarkan kereta, reaksi yang diberikan hanya isyarat tangan kata belakang masih muat walau sensor macam nak pecah berbunyik. Setelah jenuh gear satu dan gear reverse disilih ganti dimasuki, dapat jugak kereta tu keluar. Kemudian korang rasa macam, adakah aku memandu di atas jalan raya yang mempunyai undang-undang atau di dalam permainan BUMPER Car.


Maka, semua yang berlaku itu, aku rasai tengah hari tadi.

Buhbye

YZYZ

Mari Mengenal Kelantan - Breakfast

Friday, May 24, 2013 § 0

Dah lebih 3 bulan aku stay di Kelantan. Aku mendapati, Kelantan adalah sebuah negeri yang unik. Dari segi rakyatnya, semangatnya, politiknya. Selaku orang luar, yess, post ini tidak bertujuan untuk bash negeri ini ya. So kalau ada sapa-sapa nak buat cyber bully towrds me, hmm, maybe satu page yang salah lah kiranya.

Antara yang unik mengenai kelantan adalah, semestinya NASI. Maybe sebab ini negeri Melayu, maka nasi akan didapati di mana-mana, pada BILA-BILA masa. Biasa breakfast kita akan makan kuih, roti atau sumber karbohidrat lain macam mee, bihun. Paling berat pun mungkin nasi lemak. Di Kelantan, pagi-pagi lagi kita dah jumpa NASI BERLAUK. Oleh itu, jika kita makan breakfast dengan hidangan seperti ikan ke, ayam ke, daging ke, so we call it KELANTAN STYLE.
Ni Nasi Kerabu, Jumpa kat Yati Ayam Percik

Ni Nasi Itik, jumpa kat kedai Cina Muslim

Jadi, pagi-pagi kalo ada kedai best, mohon sahre ye kepada saya. nak try pelbagai kedai NASI BERLAUK di Kelantan. Hehe.

Buhbye

YZYZ

Mari Buat Bajet Macam Syahmi

Thursday, May 23, 2013 § 0

Cess, ini semua rentetan daripada being broke pada bulan lepas. Sedih kowt. Tiba-tiba jah xdak duit. Mengorek tabung-tabung yang ada. Maka selepas dapat gaji, aku telah bertekad untuk membuat perancangan bajet. Hehe. Maka pada kali ini, aku telah menggunakan pecahan-pecahan yang biasa aku buat pada zaman kontrak dahulu.

Betapa overnya aku, bila aku pecahkan belanja kepada 4 perkara utama iaitu:
A - Wajib Bayar
B - Keperluan
C - Special This Month
D - Pleasure

Benda yang terkandung dalam Wajib Bayar adalah seperti sewa rumah, bill Astro, kereta dan yes duit kepada ayah aku serta lain-lain lagi. Kemudian di dalam bahagian Keperluan adalah dandanan (ni kira berus gigi, sabun mandi, potong rambut bagai larh), makan, dobi etc.
Banyak kena rahsiakan. Hehehe
Pada bulan ini, aku kena servis kereta, so kena lah spare siap-siap dan pada kali bahagian pleasure hanya ada shopping. Hmm, don't get me wrong, sebab shopping ni adalah membeli pakaian serta keperluan asas lain. Tak kan lah aku nak pakai spender yang sama sampai dah berlubang kowt kan. So tak salah kan kalo nak berbeli sikit.

Setelah dikira-kira, hmm, keuntungan hanya RM50. So, boleh larh, kumpul selama 2 tahun boleh dah beli henpon baru. Bahaha

Sedih, RM 50.00 sahaja
Buhbye

YZYZ

Talking To The Crotch

Monday, May 20, 2013 § 0

Phoebe Buffay when seeing Ross talking to the unborn baby he's having with Rachel.

Buhbye

YZYZ

The Voice Season 4

Tuesday, May 7, 2013 § 0

Baeklah, The Voice Season 4 daaaaaaah pun bermula agak lama. Seakrang ni dah tayang kat US adalah Live Playoff. Ini adalah stage untuk memilih 12 orang untuk masuk Live Show. Dari segi format, tak banyak sangat bezanya kali ini. Coach plak, 50% berubah. Haaa.
Promo for The Voice
Bagi musim kali ni, Adam dan Blake masih lagi. Tapi Christina dan Cee Lo digantikan sementara oleh Shakira dan Usher. The Daouble C's expected to come back during the 5th Season. Expected tayangan pada Fall 2013. Pada mulanya, aku ingat Shakira ni light-light jah. Sebab masa Blind Auditions, dia antara orng yang paling tak fight untuk dapatkan artis, paling sedikit menang 4-chair. Tapi bila masuk stage seterusnya, baru tunjuk, dia memang deserve untuk duduk di kerusi merah itu.

Dari segi format, ia masih menuruti Season 3, which is bermula dari Blind Auditions, diikuti oleh Battle Rounds, Knock Out, Live Playoff dan seterusnya Live Shows. Bilangan artis ke Live Shows so far masih sama iaitu 12 orang. STEAL masih digunakan semasa Battle Rounds. Tetapi bilangan ahli dalam team telah dikurangkan seperti Season 2, iaitu hanya seramai 12 orang. You do the mathematics, plus 2 STEALS from each coach, so dah jadik berapa.

Kalau dulu, aku sokong #TeamXtina dan #TeamAdam, tapi dengan tiadanya Christian, so my full support pada #TeamAdam. Tapi serious, Team laen pun boleh tahan jugak bestnya. Kalau dulu, aku sokong Melanie Martinez and following closely Amanda Brown, Bryan Keith; kali ni aku dah jumpa faveret aku untuk Season 4. Nendia!!!! Judith Hill
Ghad kata, dia nih Afro-Jap. Aku kata, WHAT? Who's Afro Jap,. Owh rupanya gabungan rambut Afro dan Japan 
Dia ni dulu pernah nyanyi bersama Michael Jackson. Konsert This Is It tu pun dia terlibat. Sebenarnya banyak dah back up singer atau team penyanyi yang masuk The Voice. Back up singer Alicia Keys larh, Lady GaGa larh, apa entah lagi.

Sekarang ni, aku tengah dok syok dengan dia ni jugak. Caroline Glaser. Dia ni takdalah killer note macam geng-geng American Idol tu. Suara dia light-light jah, tapi jenis sepesen macam Melanie Martinez. I mean ada sesuatu kalau dia nyanyi, dan yess, she's very the cute mute. Macam nak cium cium jek dia nih. Hissh, astaghfirullah, da boleh kawen dan Syahmi nih. Hah haaa.
Arh, cutenya dia nih. Dengan lesung pipitnya itu. Nak cium-cium jek. Hehe.
Olrite, aku pun tak sabar sapa yang akan masuk Live Shows dan sapa akan menang. Namun antara prediction aku, yang akan shine very the bright, of course Judith Hill, Shasha Allen. Maybe Amber Carrington (took down two 4-chairs in battle and knock out), Justin Rivers (one-chair yang mengalahkan 3-chairs Savanah Berry dalam knock out). Mungkin jugak The Swinners: The Swon Brothers. Hmm. EXCITED!!!
Semasa Amber mengalahkan the first 4-Chair, Shasha Allen. Kemudian she took down Midas Whale, another 4-Chair dalam Team Adam. Wow, she is something. Amber yang putih itu (gila racist, hehe, word of the day). Nasib Shasha ni kena Steal oleh Shakira and proceed to Live Playoff. Maybe she could make it to the Live. Hmm.

Ini lagi sorang, something juga. From Team Usher. Quirky artist macam ni seronok tengok. Daripada tengok  penyanyi nak nyanyi high note macam American Idol. Pastu nak dengar Nicki Minaj ketuk-ketuk meja sambil bercakap sengau. Tak perlu.

Their name is The Swon Brothers. They call themselves The Swinners. Hat adik yang kurus tu, serious kendu.

Buhbye

YZYZ

Hari Buruh 2013 - Perjalanan Super Excited

Monday, May 6, 2013 § 0

Yearh, ia bermula daripada satu text kepada Puteri Salamah, nak ajak kuar makan. Maka selepas menipu dia, Pida Bakri dan Ikki Al-Jeffry tentang kebutaan warna aku, kami pun makan di kedai apa entah. Haha, berjaya tipu dorang tentang dunia hitam putihku itu. Haha, kalau aku teruskan, silap-silap dorang boleh buat tabung khas pembedahan plastik untuk aku kowt. Haha.

Lepas siap makan, kami pun bertanya, bosan la plak kalau balik awal sebab esoknya adalah cuti hari pekerja. Maka tiba-tiba tersebut Terengganu. Yearh, semua setuju untuk menerjah Terengganu. Ikki Al-Jeffry takleh pergi. Kemudian ajak larh lagi beberapa orang teman. Kemudian hasil penggodaan, kami berjaya mengajak Aizat untuk memergi sekali. Yearh.
Muka rombongan tatkala dalam perjalanan balik

Bertolak dalam jam 11.34 malam (menurut jam waktu Pida menelefon emaknya) dan finally, Syahmi pun berjaya memasuki pintu gerbang Selamat Datang ke Terengganu. Ini menandakan, berakhirlah penantian Syahmi untuk merasai kesemua 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia. Yaiy.

Kami meniba di Kerteh dalam lebih kurang jam 4.45 pagi begitu. Selepas setengah jam tido di RnR seram kat Bukit Besi, siap amek gambar-gambar kempen PRU13 di sekitar Terengganu. Asal nampak sahaja kempen yang cantek, kami U-Turn, berenti dan amek gambar. Seriously, whoever yang buat benda-benda ni semua, sebenarnya boleh carik duit. I mean, dorang ada bakat dan kebolehan, apa kata kembangkan bukan sahaja semasa musim Pilihanraya sebegini. Kat Kelantan pun bersepah replika sebegini.
Besaq ya Penyu ini, gigih dorang buat.

Roket daripada bendera PAS, apa signifikan taktau.

Kalau dari Kelantan, 1Malaysia ni terbalik. Tapi tengok kut depan, terus jadik betol balik.
Sesudah meniba di Kerteh, mencari McD untuk makan, caj telefon, merungut muffin tak sedap, tiba-tiba "Kuantan 90 KM jek". Hmmm. Mall kat Kerteh pun buka mesti dalam kol 10 pagi. Wayang terhampir mesti dalam kol 12 tengah hari. Nak tido plak, kat mana. Maka, hmmm, zoom kami terbang pula ke Kuantan. Syahmi da tak drive. Dia tido dalam perjalanan. Keh keh keh.

Meniba di bandar Kuantan dalam jam 6.40 pagi terus kalut nak carik tempat Solat Subuh. Terus terbang ke Airport ylls. Lepas solat, tido jap, dah kol 8.30 pagi. Lapaq plak, mencarik kedai makan. Maka akhirnya lepas berpusing-pusing mencari kedai makan, dan makan, kami terus ke East Coast Mall. The Most Happening Place ylls. Gila. Seperkara aku suka kat Kuantan adalah, jalan raya dia tenang jek. Adakah sebab masih awal pagi ka camna, tapi memang tenang. Takda cocok-mencocok, takda parking di bahu jalanan, tiada semua itu.
Di sini larh kami solat Subuh sambil tido seketika untuk recharge tenaga.

Puteri Salamh ni suruh letak gambar ni dalam belog. Haha
Setibanya di Mall, hazabnya The Most Happening Place ni. Hmm, Mall okeylarh, tapi awat sikit sangat escalatornya. Dah tu tak function plak tuh. Mall kol 10 da buka, tapi escalator kol 11 lebih baru nak gerak. Kalau dia statik gitu sahaja takpa lagi. Ni dah la tak gerak, tak bagi orang lalu plak tuh. Kalaularh Mall tu runtuh, macam mana larh orang nak melarikan diri dengan escalator yang tersangat tersedikit itu.
Cess, tak nampak plak tag line The Most Happening Place itu. Haha
Seperkara lagi yang aku suka di Kuantan (selaen pemanduan yang tenang) adalah seronot tengok Melayu, Cina, India dan lain-lain kuar bersama-sama. Macam di mana-mana dalam Mall tu nampak sekumpulan orang yang tona kulit yang sangat berbeza tapi jalan-jalan bersama-sama. Maka aku assume kalau tona kulit berbeza itu, makanya dia berlainan kaum dan ras. Haha. Dah tu, diakui banyak sepesis jejanz kendu jugak di sini. Wanita-wanita pun banyak yang santek. Maybe aura Pantai Timur kowt. Bersih mata dicuci kat sini, sebab segala jenis jantinanya elok. Haha, gila bisexual ayat.

Kami pun mentengok Iron Man 3. Wah, kali ini saya tidak tidor ya. Iron Man 1 dan 2, saya tertidor dalam wayang ya. Tapi kali ini walaupun Cinemanya jaoh, penat drive, duduk seat nomor 3 paling depan, tak mandi, tak berus gigi, tapi saya tidak tertidor. Haha. Pertama kali menyukai awek Iron Man, sebab dia dah tak annoying macam biasa. Dia badass kali ini. Dia siap bunoh kowt watak jahat itu. Yaiyyy.
Sementara nak menunggu wayang, kami memilih Baskin Robbins sebab, hari tu adalah PINK Day. Tapi sebab utama, kerana situ ada plug, boleh caj telefon. Haha

Cepat larh amek gambar, nak letak dalam Instagram nih, kata seseorang.
Siap tengok wayang dah kol 2 lebih. Oh, Damn, si Puteri Salamah ni dah la ada bas nak kena kejor kol 8.30 malam. Maka kami pun berkejaran berlarian untuk balik Kubang Kerian. Tolak dari Kuantan kol 2.45 petang, sampai Kubang Kerian kol 7.00 petang. Yaiyyy, nasib sempat. Hmm, dorang siap mandi lagi. Aku ja lah yang maintain busuk. Haaaa.

Begitulah saya menghabeskan cuti hari pekerja saya. Yaiyy, walaupun penat tapi seronok. Syahmi suka fly tanpa plan nih. Haaa. Kalau dah pergi Phuket pun less than 12 hours punya plan boleh gerak, takkan gi Kuantan tak boleh. Haha. Saya masih baru lagi dalam plan terkejut tergempaq nih. So lepas ni, kalo nak buat, bolehlarh maklumkan ya. Saya pun nak merasa gi pelbagai tempat, terutama kat Malaysia. Duta Coti-Coti Malaysia sangat. Hahaha.
Just Give Me A Reason

BTW, ini ja lah aktiviti yang tak sempat nak buat, iaitu karaoke. Skrin paparan karaoke ini, diambil di Penang, iaitu sehari selepas kejadian ke Kuantan ini. Syahmi dia balik Penang ylls. Haaa

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...