Please Click Me

Hari Buruh 2013 - Perjalanan Super Excited

Monday, May 6, 2013 § 0

Yearh, ia bermula daripada satu text kepada Puteri Salamah, nak ajak kuar makan. Maka selepas menipu dia, Pida Bakri dan Ikki Al-Jeffry tentang kebutaan warna aku, kami pun makan di kedai apa entah. Haha, berjaya tipu dorang tentang dunia hitam putihku itu. Haha, kalau aku teruskan, silap-silap dorang boleh buat tabung khas pembedahan plastik untuk aku kowt. Haha.

Lepas siap makan, kami pun bertanya, bosan la plak kalau balik awal sebab esoknya adalah cuti hari pekerja. Maka tiba-tiba tersebut Terengganu. Yearh, semua setuju untuk menerjah Terengganu. Ikki Al-Jeffry takleh pergi. Kemudian ajak larh lagi beberapa orang teman. Kemudian hasil penggodaan, kami berjaya mengajak Aizat untuk memergi sekali. Yearh.
Muka rombongan tatkala dalam perjalanan balik

Bertolak dalam jam 11.34 malam (menurut jam waktu Pida menelefon emaknya) dan finally, Syahmi pun berjaya memasuki pintu gerbang Selamat Datang ke Terengganu. Ini menandakan, berakhirlah penantian Syahmi untuk merasai kesemua 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia. Yaiy.

Kami meniba di Kerteh dalam lebih kurang jam 4.45 pagi begitu. Selepas setengah jam tido di RnR seram kat Bukit Besi, siap amek gambar-gambar kempen PRU13 di sekitar Terengganu. Asal nampak sahaja kempen yang cantek, kami U-Turn, berenti dan amek gambar. Seriously, whoever yang buat benda-benda ni semua, sebenarnya boleh carik duit. I mean, dorang ada bakat dan kebolehan, apa kata kembangkan bukan sahaja semasa musim Pilihanraya sebegini. Kat Kelantan pun bersepah replika sebegini.
Besaq ya Penyu ini, gigih dorang buat.

Roket daripada bendera PAS, apa signifikan taktau.

Kalau dari Kelantan, 1Malaysia ni terbalik. Tapi tengok kut depan, terus jadik betol balik.
Sesudah meniba di Kerteh, mencari McD untuk makan, caj telefon, merungut muffin tak sedap, tiba-tiba "Kuantan 90 KM jek". Hmmm. Mall kat Kerteh pun buka mesti dalam kol 10 pagi. Wayang terhampir mesti dalam kol 12 tengah hari. Nak tido plak, kat mana. Maka, hmmm, zoom kami terbang pula ke Kuantan. Syahmi da tak drive. Dia tido dalam perjalanan. Keh keh keh.

Meniba di bandar Kuantan dalam jam 6.40 pagi terus kalut nak carik tempat Solat Subuh. Terus terbang ke Airport ylls. Lepas solat, tido jap, dah kol 8.30 pagi. Lapaq plak, mencarik kedai makan. Maka akhirnya lepas berpusing-pusing mencari kedai makan, dan makan, kami terus ke East Coast Mall. The Most Happening Place ylls. Gila. Seperkara aku suka kat Kuantan adalah, jalan raya dia tenang jek. Adakah sebab masih awal pagi ka camna, tapi memang tenang. Takda cocok-mencocok, takda parking di bahu jalanan, tiada semua itu.
Di sini larh kami solat Subuh sambil tido seketika untuk recharge tenaga.

Puteri Salamh ni suruh letak gambar ni dalam belog. Haha
Setibanya di Mall, hazabnya The Most Happening Place ni. Hmm, Mall okeylarh, tapi awat sikit sangat escalatornya. Dah tu tak function plak tuh. Mall kol 10 da buka, tapi escalator kol 11 lebih baru nak gerak. Kalau dia statik gitu sahaja takpa lagi. Ni dah la tak gerak, tak bagi orang lalu plak tuh. Kalaularh Mall tu runtuh, macam mana larh orang nak melarikan diri dengan escalator yang tersangat tersedikit itu.
Cess, tak nampak plak tag line The Most Happening Place itu. Haha
Seperkara lagi yang aku suka di Kuantan (selaen pemanduan yang tenang) adalah seronot tengok Melayu, Cina, India dan lain-lain kuar bersama-sama. Macam di mana-mana dalam Mall tu nampak sekumpulan orang yang tona kulit yang sangat berbeza tapi jalan-jalan bersama-sama. Maka aku assume kalau tona kulit berbeza itu, makanya dia berlainan kaum dan ras. Haha. Dah tu, diakui banyak sepesis jejanz kendu jugak di sini. Wanita-wanita pun banyak yang santek. Maybe aura Pantai Timur kowt. Bersih mata dicuci kat sini, sebab segala jenis jantinanya elok. Haha, gila bisexual ayat.

Kami pun mentengok Iron Man 3. Wah, kali ini saya tidak tidor ya. Iron Man 1 dan 2, saya tertidor dalam wayang ya. Tapi kali ini walaupun Cinemanya jaoh, penat drive, duduk seat nomor 3 paling depan, tak mandi, tak berus gigi, tapi saya tidak tertidor. Haha. Pertama kali menyukai awek Iron Man, sebab dia dah tak annoying macam biasa. Dia badass kali ini. Dia siap bunoh kowt watak jahat itu. Yaiyyy.
Sementara nak menunggu wayang, kami memilih Baskin Robbins sebab, hari tu adalah PINK Day. Tapi sebab utama, kerana situ ada plug, boleh caj telefon. Haha

Cepat larh amek gambar, nak letak dalam Instagram nih, kata seseorang.
Siap tengok wayang dah kol 2 lebih. Oh, Damn, si Puteri Salamah ni dah la ada bas nak kena kejor kol 8.30 malam. Maka kami pun berkejaran berlarian untuk balik Kubang Kerian. Tolak dari Kuantan kol 2.45 petang, sampai Kubang Kerian kol 7.00 petang. Yaiyyy, nasib sempat. Hmm, dorang siap mandi lagi. Aku ja lah yang maintain busuk. Haaaa.

Begitulah saya menghabeskan cuti hari pekerja saya. Yaiyy, walaupun penat tapi seronok. Syahmi suka fly tanpa plan nih. Haaa. Kalau dah pergi Phuket pun less than 12 hours punya plan boleh gerak, takkan gi Kuantan tak boleh. Haha. Saya masih baru lagi dalam plan terkejut tergempaq nih. So lepas ni, kalo nak buat, bolehlarh maklumkan ya. Saya pun nak merasa gi pelbagai tempat, terutama kat Malaysia. Duta Coti-Coti Malaysia sangat. Hahaha.
Just Give Me A Reason

BTW, ini ja lah aktiviti yang tak sempat nak buat, iaitu karaoke. Skrin paparan karaoke ini, diambil di Penang, iaitu sehari selepas kejadian ke Kuantan ini. Syahmi dia balik Penang ylls. Haaa

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Hari Buruh 2013 - Perjalanan Super Excited at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...