Please Click Me

Tadi Tengah Hari

Monday, May 27, 2013 § 2

Pernah tak korang rasa macam hopeless gila. Bila melangkah keluar daripada sebuah kedai yang menghidangkan nasi bersama ayam goreng dan ayam gulai di atas kertas, kemudian korang menuju ke kereta. Bila sampai ke kereta, korang rasa macam tak mau masuk kereta, sebab tengah menyaksikan satu kesesakan trafik yang sangat menakutkan. Bukan kerana banyaknya kereta, tapi kerana pemandu yang tak mau beralah. Mana yang nak ke kiri, mana yang nak ke kanan. Dengan sekeliling penuh pembinaan.

Kemudian bila nampak satu-satunya kereta degil tadi dapat meloloskan diri, korang masuk dalam kereta. The moment korang memasukkan gear reverse, nenjiya, ada seorang pak cik tua dengan kereta gabaknya telah memparking dengan tersangat hampir dan sedikit memblok kereta korang. Korang pun cuba memasukkan gear reverse semula, dengan harapan pak cik tersebut memberi laluan. Tapi laluan yang diberikan hanya kurang seinci kehadapan dan senyuman yang bukan pun senyuman. Bila nampak kita ke depan, ke belakang nak mengeluarkan kereta, reaksi yang diberikan hanya isyarat tangan kata belakang masih muat walau sensor macam nak pecah berbunyik. Setelah jenuh gear satu dan gear reverse disilih ganti dimasuki, dapat jugak kereta tu keluar. Kemudian korang rasa macam, adakah aku memandu di atas jalan raya yang mempunyai undang-undang atau di dalam permainan BUMPER Car.


Maka, semua yang berlaku itu, aku rasai tengah hari tadi.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Tadi Tengah Hari at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Tadi Tengah Hari”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...