Please Click Me

Jerebu

Monday, June 24, 2013 § 0

Ohoiy, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hamboiyh, semangat bagi salam bagai.

Dalam beberapa hari ini, well kita sekali lagi berhadapan dengan musibah bencana alam tanpa sempadan, iaitu JEREBU. Katanya jerebu kali ini lebih dahsyat dari yang berlaku pada 1997, 2005 dan 2006. Dengarnya indeks IPU melebihi 700. That's pretty hazardous.

Throwback masa 1997, krisis jerebu yang sangat teruk itu, I was 9, 10 years old. I was highly affected. Aku adalah seorang pengidap asthma. The way my family found out aku dapat asthma, pretty amusing as long as I could remember. Masa tu darjah satu, 1995, dan kami baaaaaru ja berpindah. Pada satu tengah hari, entah macam mana konon merajuk ka apa ka, menangis teresak-esak. Tiba-tiba aku rasa, aku takleh stop daripada esakan tersebut dan batuk dengan sangat kuat. My mom yang tersedar terus rapatkan telinga ke lung aku dan immediately angkat aku bawa masuk kereta vroom ke hospital. Bila sedar aku dah pakai mask oxygen. Dan pling, aku ada asthma.

1997, sepanjang yang aku ingat, hampir setiap hari aku tak dapat pergi sekolah. Aku selalu berada di hospital dan setiap kali mak aku kerja, dia akan bawa aku sekali. Kalau mak kena shift malam, dia akan bawak aku dan aku akan tidor di katil hospital. Keadaan memang sangat teruk. My dad tak ada kat rumah. It's my mom yang banyak bantu aku ketika itu. Saaaaampailah satu pagi, bila kerajaan umumkan darurat di Sarawak disebabkan oleh jerebu tersebut.
Ni aku RT daripada seorang yang sangat SINGAPORE.. hehe. Iye, dia ni mmg orang Singapore.
Keadaan waktu tu memang teruk. Aku sentiasa kena pakai face mask. Dok dalam rumah pun kena pakai gak. Inhaler usung merata-rata, just in case something might happens. Nenek aku tanam cili. Hasil daripada jerebu tu, cili tak mau tumbuh. Katanya cahaya matahari pun samar-samar nak sampai ke Bumi.

Tiada siapa yang mahu jerebu ini datang ke negara kita. Oleh itu, mohon jangan sesekali isu ini dipolitikkan ka, apa ka. Cukup larh. Bila lagi kita nak bersatu dalam menghadapi musibah. Bila kita mendapat sesuatu kejayaan, Alhamdulillah semua rakyat akan bersatu. Namun bila dilanda musibah semua dok tuding jari. Hmmm. Oleh itu, sama-samalah kita Memastikan Kelestarian Hari Esok!!!

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Jerebu at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...