Please Click Me

Budak Kecik

Friday, July 5, 2013 § 0

Sudah sering kali aku membuat post macam ni, kalo korang perasan larh. Actually tak ada sebab kukuh pun untuk aku menulis. Maka sebelum apa-apa, berhentikanlah segala spekulasi dan serkap jarang anda. Haha, begitulah serba sedikit mukadimah.

Sebenarnya ada beberapa intention kenapa post ini ditulis. Antaranya kerana perasaan kesal. Namun, aku akan berusaha membuatkan post ini dibaca dengan cukup indah. BERUSAHA ya, tak janji. Haa. Pada mulanya kami berkenalan, adalah secara tidak sengaja. Waktu tu, tahun 2011, dan aku sibuk dengan satu program, PIMPIN Siswa Lanjutan. Baru sudah balik dari Lumut, terus kena carik peserta untuk ke Langkawi. Kebetulan salah seorang member aku, suruh dia nih join. Dari situ larh first time jumpa dia. Dengan innocentnya, sambil gosok-gosok rambut belakang. Then next thing that I know, ktorang gi Langkawi sama-sama tapi kami tak bercakap pun. Takdak komunikasi.
Movie terakhir tengok bersama dia sebelum dia abes degree. White House Down
 Balik dari Langkawi, dia Add aku dalam FB. Pastu ada la plak member aku nih, gi chat ngan dia thru FB. Baek punya sembang, pastu budak ni tegor aku dalam alam nyata. Aku pun check balik FB, rupanya, haaare, member aku yang dok sembang ngan dia.

Lepas tu, dia selalu PM inbox FB aku tanya tentang PIMPIN Siswa. Dia kata dia berminat nak jadik fasi. Pastu selalu jugak bersembang ngn dia thru FB. Aku suruh dia anta borang. Kemudian cerita larh segala-gala tentang PIMPIN Siswa. Pas raya, dia kena balik kampus awal, sebab dia nih budak ConvEx. So dia minta aku gi amek dia di Sungai Nibong. Time tu awkward lagi. Pastu aku selalu minta bantuan dia dan rakan-rakan ConvEx dia yang lain untuk bantu aku buat persediaan PIMPIN Siswa. Kami selalu stayback sampai lewat malam.

Boboi dan Yaya. Maskot kegemaran #TeamPeter
Then masa nak pergi TOT, dia clash plak dengan bola. BTW dia nih budak bola. Masa tu dilemma gak larh. Finally dia pergi gak TOT. Rasanya bola tu, either tunda or just friendly. Tak ingat. Kemudian, dia kena serap masuk dalam #TeamPeter ... Team yang penuh harmoni dan warna warni. Minggu pertama gi kem ja, dah buat kontroversi. Namun, apa yang berlaku dalam kem, biarlah stay dalam kem sahaja ya.
Aktiviti kegemaran, makan jambu cicah mak bee sambil bergossip

#TeamPeter yang telah merapatkan kami. Terima kasih keluarga
Banyak kenangan dengan dia nih. Paling selalu, dia akan suruh aku gi amek dia kat Sungai Nibong. Dah la bas dia nih selalu awal-awal pagi. Pastu akan suruh dia call aku sebelum nak naik bridge. Tapi realitinya, dia dah turun bas baru kejut aku. Memang meraba-raba larh aku nak turun gi amek dia. Pernah sekali, dia tunggu dekat sejam kowt aku, sebab time tu aku kena gi Nibong Tebal. Dia gagah gak tunggu aku.

Antara aktiviti yang kami suka buat adalah, Tengok WAYANG!!! Hampir setiap movie yang keluar, kami akan tengok bersama-sama. Sampai satu tahap tu, dia pernah kata "Eh, bukan kita tengok sekali ke movie tu?" Walhal aku baru jek sampai dari Kelantan. Celah mana entah kami gi tengok sekali. Minggu terakhir sebelum pindah Kelantan setiap malam kami tengok wayang berdua, sebab aku tengah sedih gila kena pindah Kelantan. Aku tak cakap, tapi serious aku sangat sedih. Malam sebelum pergi Kelantan tu, aku peluk dia erat-erat sebab aku tengah down yang amat.

Aku selalu paksa dia karaoke dengan aku. Semua tau dia tak suka karaoke. Tapi aku jahat, suka paksa dia. Kemudian aku akan pilih lagu-lagu untuk dia. Selalunya aku akan amek lagu-lagu Coldplay. Dia paling suka nyanyi Viva La Vida. Lagu-lagu dari band macam Neon Trees, The Killers pun dia suka.

Masa PRU yang lepas, serious aku terkejut ngan dia nih. Sebab aku balik Penang. Aku tak dan nak balik mengundi sebab tiket mahal. Pastu malam tu aku BBM dia, tanya kat mana. Tapi tak reply. Esok pagi dalam kol seploh dia reply kata dia ada kat Bangi, balik umah. Kemudian aku keluar larh jenjalan. Pastu balik umah kol 10 malam, dia BBM tanya aku katne. Rupanya dia dah ada kat Penang malam tu. Jumpa dia, tanya awat balik tiba-tiba. Dia kata esok ada kerja kat Kedah. Malam tu, kami mengada nak gi Seberang. Nak carik Nasi Ganja katanya. Sekali, nah hengkau, nokhorom, kami terperangkap dalam traffic more than one hour. Sebab kat bulatan Seberang Jaya tu depa buat bodoh, pergi berarak pa tak tau. Sudahnya kami U-Turn, makan kat Abu sahaja. Another favourite spot kami.

Dah mention tadi, dia nih budak bola. Dia main untuk Liga IPT dan Restu. Masa Sukad, Restu dapat Emas. Then dia selalu update dia main apa kat liga IPT. Dia pernah datang Kelantan, main kat sini lawan UMK. Masa lawan Sukad, aku ada kat Penang. Pas abes game Semi, kami keluar makan-makan. One thing lead to another, terjalan sampailah malam. Dah la kol 8 malam tu, dia kena lawan final. Abes lawan Final (which btw Restu menang), kami keluar lagi tengah malam saaaaampailah esok pagi. Balim rumah tido, sambung plak kuar jenjalan. Kemudian baru balik Kelantan.

Tapi despite all that, aku tak pernah tengok walau sekalipun dia main. Walau jarak antara padang dengan aku, dah sangat hampir. Masa kat UMK, aku tak gi, masa final Restu lawan Nurani, aku tak gi. Last sekali perlawanan terakhir pun aku tak gi. Walau masa tu aku balik Penang. Sebenarnya, inilah intention yang disebut di dalam para yang kedua itu. Perasaan kesal itu.

Sekarang dia da nak abes study kat USM. Antara adik-adik yang aku ada, dia antara yang terapat dan paling baik pernah aku ada. Aku akan selalu doakan dia selalu berjaya di luar sana. Habis degree hanyalah satu permulaan. Jauh lagi perjalanan untuk membina kerjaya, keluarga, kehidupan dan paling utama membina agama. Harap dia lepas nih akan terus berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Jangan sesekali lupa USM, kembali membantu USM semula dalam apa cara jua. Kita mahukan bakal alumnus seperti dia nih, tertanam hasrat untuk membantu semula Universiti.

Tahniah kerana bakal bergraduan. Tahniah kerana dah dapat kerja. Tahniah segala-galanya atas perhubungan adik-beradik yang kita bina. nanti jangan lost contact. Selalulah drop by either thru whatsapp ka, FB ka, apa jua medium. Keep in touch. Dulu budak kecik, sekarang dah jadik budak dewasa yang macho, yang hensem, yang gagah. And yes, hyung love you dongsaeng!!!
Makan di kedai pecal lele ibu. First time dia makan situ, aku bawak dia
Malam sebelum aku balik Kelantan. Buhbye Haziq.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Budak Kecik at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...