Please Click Me

Cuti Awal Bulan (Jun)

Saturday, July 6, 2013 § 0

Kalo awal Mei lepas, aku bergetaway sampai ke Kuantan nun haa, semata-mata nak tengok movie. Awal Jun plak terbang aku ke Penang. Segalanya bermula daripada satu plan makan tengah hari pada jam 4.00 petang. Woiy, punya lewat makan lunch. Haha.
Ini bukanlah Restoran Syakilla tersebut ya. Ini dah di Queensbay
Hoiy, tempat plan di restoran Syakilla depan Balai Islam. Kol 5 petang tak tau nak buat apa. Kemudian terpikir jom gi KB Mall. Huh bosan. Dah la escalator rosak. Jom gi pantai. Huh, bosan jugak. Dah la panas. Banyak sampah plak tuh. Jom tengok wayang kat Kuantan. Tapi gi Kuantan dah 4 jam. Kalo gi Penang tambah lagi 30 minit, dah dapat rumah yang ada balkoni kat toilet. Yess, kami pun memplan untuk pergi Penang.

Balik USM dah kol 6. Bersungguh la ajak ahli rombongan. Sekali lepas aksi pujuk memujuk dan convince menconvince, maka rombongan pun siap sedia. Kami bertolak dalam kol 7.00 begitu lebih kurang. Bawak kereta sampai lah tiba di Petronas Jeli sebab ada orang tu, tersangat larh lapaqnya. Dia diam jek sepanjang perjalanan sebab lapar yang amat katanya. Dah sampai di Petronas Jeli, dah beli bekalan, dah dapat makan, nah, terus keluar nokhorom segala carutan. First kena carut adalah, kedai mesra Petronas tu da macam kedai runcit. Siap ada jual pampers katanya. Biaqlah. Haha.

Dah sampai Gerik, kami berenti kejap dan tukor driver. Sedikit peringatan, kalo Aizat bawak kereta, kena standby duit minyak banyak sikit sebab dia akan pederaih keta bersungguh. Dari gerik ke Sunway Carnival dia lajak sejam jek. Tapi kan, actually aku pun biasa bawak sejam jek jalan tu, tapi minyak aku turun satu bar jek. Hehe.

Tiba di Sunway Carnival, nah ni adalah tanah jajahan Aten. Tung tang tung tang, da naek GSC, dah kol 1230am, terus amek tiket Fast and Furious 6, terus masuk panggung wayang. Nasib cerita tu okey. Tapi light-light larh.

Dah kol 3, masuk Pulau, kelaparan plak. Ni ada plak Singaporean sesat mana entah dalam kereta dok sebok wah wah. Katanya Penang macam Singapore tahun 90-an. Kuwajaq. 
Ini adalah pemadangan Penang dari tingkap rumah aku

Ini plak pemadangan Penang dari atas car park Queensbay
Kemudian kami terus kepada destinasi kami iaitu kedai ABU. Warh, dorang terkesima tengok mamak ABU tu buat kerja mengambil order dan mengira bayaran. Haaa.
Satu-satunya signboard di Kedai ini. Haaa

Salah satu hidangan pelik kat kedai nih

Mampu nak hapai segala menu kedai nih. KSB tu juga mungkin bermaksud Khairul Syahmi Brahim.

Siap makan kami plan nak balik. Singgah sat Shell, tanya ahli rombongan nak pi mana? Last sekali, budak yang dok ketaq lapaq tadi jawab dengan tegas. Dah dah balik. Tak sembahyang lagi nih. Haa, terus semorang balik. Sampai rumah, siap-siap kan tempat tidor dan solat bagai. Semorang tidor dengan excitednya sebab toilet ada balkoni. Haha.

Lebih excited sebab bangun esok ada orang nak masuk swimming pool katanya. Tapi swimming apa kejadahnya kalo dah bangkit tidoq kol 11 pagi. Pastu Aten kena troll dengan Singaporean. Si Maliq tu bagitau, "Eh tu swimming pool". Aten gegas gi jengok kat tingkap, sekali lopak air. Haha. Tapi memang betol tau rumah aku tu ada swimming pool.

Pastu bergegas semua orang mandi dan bersiap. Budak kelaparan tadi tu bawak buku study, sambil tengok Melodi. Leka tengok Awal Ashaari lah tu. Kemudian kol 1 petang, kami pun bergerak menuju ke Queensbay. Makan-makan. Terus, eh jom tengok KIL. Owh, tayang kol 4.30 petang plak. Takpe larh. Tengok jer larh. Nasib cerita tu SUPER DUPER BEST.


Keluar wayang, terus tanya, ke mana lagi kita? KAROK? Terus Mew the Lapar Boy jawab dengan tegas. BALIK. KITORANG NAK EXAM NIH. Dah sudah. Semua pun balik Kelantan. Tapi nak dijadikan cerita, keluar jek dari jambatan terus ajak ktorang singgah Giant larh, singgah lawat sedara mara dia larh, melawat tu ini larh. Hmmm. Tapi sebab Syahmi tegas, dia kata BALIK. KORANG NAK EXAM NIH. Haaa, Habang-habang tak?

Sesekali nak buat pose gambaq gegedik. Haaa. Ni tengah nak tunggu waktu Subuh. Bagus jugak bawak Mew nih. Selalu ingatkan waktu solat. So Kak Fuzah.
Depa dua orang ni, dok bergaduh ja lah. Haaa.
Begitularh ceritanya kami keluar masa awal Jun lepas. Masa tu cuti kalo tak silap. Cuti apa pun tak ingat. Nak dijadikan cerita jugak, ada orang yang terlebih caring dengan cerita kami kuar tengok wayang nih. Maka saya post larh dalam belog ini. Sila larh baca. Jangan diganggu adik-adik saya kalau mereka keluar berhibur bersama saya. Kasihanilah saya. Dah la saya tak ada keluarga kat sini, kawan-kawan plak ada kat Induk. Inilah mereka-mereka yang ada untuk menemani saya di sini. Kalau itu pun ampa nak kacau, nanti sapa nak kawan ngan saya. Tolong ekh. Di pejabat, saya cuba larh menjadi profesional. Dekat luar, saya masih seorang muda remaja belia yang buat perkara-perkara bodoh, dambakan perhatian dan bercakap secara tidak matang, namun berusaha untuk menjadi seorang insan yang berguna buat Agama, Bangsa dan Tanah Airnya, sama seperti anda semua. Betol tak. Hamboiyh, dan lagi nak berkempen.


Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Cuti Awal Bulan (Jun) at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...