Please Click Me

Dua Minggu Puasa 2013

Tuesday, July 23, 2013 § 0

Ohoiy, Alhamdulillah. Sudah dua minggu kita berpuasa. Aku, hmm, Alhamdulillah full lagi puasa. Belum ada memonteng. Cuma harap Allah menerima segala amalan aku. Berharap agar puasa aku menjadi ibadah. Bukan dapat lapar dan letih sahaja.

Special puasa kali ini adalah, first time dilakukan kat Kelantan. Aku tak pernah jangka kowt. Pernah larh tahun lepas aku puasa kat sini. Tu pun sebab hadiri mesyuarat. Kemudian merasa larh berbuka sekali, soq dua kali. Tapi kali ni, wow, aku betul-betul puasa kat sini.
Ni gagah balik Penang masa first week puasa. Nak anta orang balik puasa ngan family katanya. Haa
Masa mula-mula nak puasa, aku dapat sakit perut yang amat. Maybe sebab terkejut sangat kowt. Haa larh, sebelum nak posa tu, melantak gila babei punya. Dua hari punya soq kan. Lepas tu dah okey dah.

Ni potluck pejabat sehari sebelum puasa. Ada staf yang yang nak bersedekah. Gambaq ni juga boleh jumpa dalam Instagram aku
Puasa kedua dah pakat lari ke Penang dah. Katanya nak antaq budak balik puasa dengan family. Ceh, begitularh kununnya. Tapi sakan tengok sampai 3 movie. Tapi budak tu tengok dua muvie ja larh. Kami yang sakan sampai 3. Sementelah (ada ka perkataan ni) teringat ni, aku nak buat review memuvie (satu lagi perkataan tercipta, iaitu plural Muvie dalam BM -_-!) yang ktorang tengok recently. Maybe bermula daripada kisah terkejut tergempak pergi Penang yang kontroversi tu kowt. Owh, tidak dapat disangkal, saya memang suka tengok muvie. Mohon jangan dipolitikkan plak minat saya ini. Saya tak FITNAH dan KACAU hidup ampa kaaannn.
Kat luar GSC. Supposedly Iron Man tu akan nampak 3D. Haha, mana-mana larh.
Sepanjang puasa kat sini, Alhamdulillah. Mungkin terawih saya tak dapat ikut secara penuh lantaran ada banyak perkara perlu setel pada sebelah malam. Namun saya mencuba untuk mengerjakan juga. Aku buat dekat Masjid dalam USM jek.

Mengenai buka puasa, hmm, setiap petang ada sahaja plan. Either beli dekat bazaar kemudian makan kat mana-mana food court, ada orang masak untuk ktorang atau berbuka di mana-mana kedai. Ada lagi family kecil aku hidup kat sini. Diorang ni larh yang rajin bawak gi buka puasa. Rasanya sekali ja kowt pernah buka puasa kat masjid. Tu pun sebab ada program buka puasa dan aku jadik MC. Yeaarrhh.
Gambar ni serious gelabah katanya nak kawen dah. Hahaha. Maka masa ni tengah jadik MC majlis.
Ni masa nak membeli barangan dapur untuk majlis berbuka puasa dengan spaghetti. Gambar chef tak masuk nih. Marah chef. Hahaha
Hidup merantau ni seronok sebenarnya. Kita dapat rasa hidup kat banyak tempat. Kalo nak bercerita tu, sedap sikit larh. Bukan main bantai BACA BELOG YANG SUKA MENGUTUK DAN MEMFITNAH. Kemudian SHARE BELOG MEREKA DALAM MANA-MANA SOCIAL NETWORK. Cina share gambar makan dalam Facebook kena penjara. Hmm, orang Islam yang memfitnah sesama saudara seIslam dalam bulan Ramadhan ni, dibenarkan plak.


Ya Allah, jauhkanlah aku daripada dosa fitnah, hasad dengki, buruk sangka. Jauhkan aku daripada melakukannya dan jauhkan aku daripada terkena fitnah, hasad dengki dan buruk sangka orang lain. Ya Allah, maafkan mereka yang memfitnah sesama Islam, dan ampunkan aku jika aku ada melakukan dosa terhadap Mu. Tiada yang lebih berkuasa mengampun melainkan Engkau, maha pengampun. Amin.

Alhamdulillah, sapa-sapa yang baca belog ni, pada masa yang sama turut membaca doa yang ditulis di atas. Sama-sama kita maafkan mereka yang melakukan dosa fitnah dan buruk sangka ini. Semoga kita selalu berada dalam lingkungan hidayahNya. Aku masih tidak pandai, aku masih belajar. Bimbinglah aku. Tegurlah aku. Namun bukan secara mengaibkan aku.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Dua Minggu Puasa 2013 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...