Please Click Me

TOT PIMPIN Siswa ke berapa entah - 2013

Tuesday, July 9, 2013 § 0

Dalam petang yang aman dan damai ini, semasa sibuk nak buat perancangan yang pelbagai di pejabat, meh nak share satu entry yang rasanya tetiap tahun buat kowt. Entry TOT Tenaga Penggerak PIMPIN Siswa.

Sudah 5 tahun PIMPIN Siswa dilaksanakan. Dah macam-macam design baju yang keluar. Dah bersilih ganti tenaga penggeraknya. Kalo kumpul dari 2009 sampai lah yang baru dilatih dan bakal dilatih baru-baru ni, ada rasanya dekat 1000 orang kowt.

Ini merupakan post wajib, kecuali tahun 2011 tak sempat. Masa tu kelam kelibut sangat. Banyak benda berlaku. Oleh tu, tak dan nak menulis-nulis belog nih. Baeklah, terus kepada cerita.

Macam-macam jenis gambaq dah buat dah.
TOT kali ni, sure berbeza yang amat. Dari segi penggeraknya, mungkin tiada apa yang nampak berbeza, namun dari segi pentadbirannya pasti nampak kelainan. Kali ni, aku tak lagi bertindak sebagai PKS di PPKSP. Aku sekarang sedang berkhidmat di BHEPP Kampus Kesihatan. Pada TOT kali ini jugak pertama kalinya tiada penyertaan daripada Kampus Kesihatan kerana jadual akademik yang berbeza dan pelbagai kekangan lain. Namun pertama kali jugak, TOT berasingan untuk bakal Tenaga Penggerak PIMPIN Siswa daripada Kampus Kesihatan akan dilaksanakan sendiri oleh tenaga kerja BHEPP Kampus Kesihatan. Good Luck.

Kalau sebelum-sebelum ni, aku hanya bertindak di belakang tabir. The one yang menyediakan statistik dan maklumat, persiapan barangan, recce segala tempat. Tapi kali ini, aku telah mencuba sesuatu yang baru dengan mengendalikan sendiri modul. Diakui memang banyak perkara yang kita terlupa, dan terima kasih kerana Team banyak membantu aku dalam memastikan perjalanan modul dilaksanakan dengan sebaiknya.

Pada kali ini aku diberi peluang untuk mengendalikan modul ice-breaking. Aku telah memperkenalkan beberapa variants binantang bagi aktiviti Eagle Dance selain yang biasa dilakukan di kem-kem. Nanti bila fasi-fasi ni masuk ke kem, bolehlah mereka membuat inovasi yang bersesuaian terhadap perlaksanaan modul. Falsafah tidak lari. Selain itu, aku juga diberi tanggungjawab untuk melakukan amanah. Sebenarnya aku tak prepare untuk itu. Aku hanya ready 10 minutes before modul. Nasib banyak back up yang membantu aku. Namun itulah cabarannya.
Aku ni, dah gemuk ka, apa ka, entah larh. Biaqlarh
Aku ingat habeh dah kena, sekali nenjiya kena plak untuk modul penyelesaian masalah yang tak selesai-selesai lagi. Kemudian kena plak untuk ekspresi kumpulan. Pastu boleh plak kena panggil untuk buat sesi persembahan spontan faci. Hareee, aku tak prepare apa-apa pun woiy.

TOT kali ni jugak kami kena Durian-Poisoning bila mana durian yang tanpa segan silunya meluruhkan diri dengan sangat banyak. Makan durian dah macam makan nasik. Puddiiooww. Sampai tahap sekarang ni kalau nampak durian dah rasa nak muntah. Tapi kalau tiba-tiba hidang depan mata, sure aku akan makan jugak. Bahaha.

Moment paling menakutkan bila aku main teka-teki dengan Tuan KF. Gila dia punya permainan psikologi, memang kalah teruk aku. Aku selaku yang kontrol the game boleh kalah teruk woiy. Tapi sempat main satu game teka-teki jek. Actually permainan tu kena amal selalu, nanti lupa. Permainan yang "Ini adalah ujian pendengaran", "Ini adalah ujian penglihatan". Motto kami adalah, "The Closer You Look, The Less You'll See".

TOT ini juga kami telah launching satu brand baru iaitu Dr. Mary. Yes, beliau adalah Bunda kami iaitu Dr. Rahimah yang telah dijenamakan sebagai Dr. Mary oleh Dr. Peter. Sian kat Bunda sebab a day before TOT tu, dia kena langgar dengan kereta. Dia terpelanting atas jalan tar. Bunda tengah jalan sambil ralit pegang iPad, sekali ada satu kereta reverse tak tengok kiri kanan belakang, terus langgar Bunda. Namun Bunda gagah jugak datang ke TOT.
Bunda dan anak-anak
Baeklah setakat ini dahulu laporan. Nanti kita akan baca lagi laporan untuk TOT Kampus Kesihatan nah.
Dorang kata "Kami pun main lumpur" Puddiiooww
Boss dan boss. Over tau Dr. Peter nih.
Yaiyyy

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading TOT PIMPIN Siswa ke berapa entah - 2013 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...