Please Click Me

Archive for November 2013

Ke Mana Aku?

Monday, November 25, 2013 § 0

Sebenarnya entry ini plan nya mahu dibuat pada 21 November. Tapi banyak plak kesahnya, terus tertangguh. Maka, aku buat pada hari ini sahajalah.

2 November 2013

21 November 2013

Dalam tempoh 20 hari, aku dah berjalan sebanyak 2,115 KM. Bermakna secara purata 105.75 KM setiap hari. Weeeooowwwiiieeeee. Aku pergi mana ja sebenarnya nih.

Buhbye

YZYZ

Bila Bayan Bersahut-sahutan

Wednesday, November 20, 2013 § 0

Kadang masa bila kita tengah jalan berjalan...
Tiba-tiba kita terdengar bunyi-bunyi bayan berbisik,
Bersahut-sahutan...

Maka kita pun berenti berjalan dan mencari mana datangnya bunyi itu
Kemudian diselidiki mana punca
Mana sumber
Mana dalil

Kemudian tanpa sedar, kita terleka dari tujuan perjalanan
Lebih teruk berpatah balik

Baammmmm,
Bayan bertepuk tangan
Seronok tengok kita tidak lagi meneruskan perjalanan ini

Maka, jika kita terdengar sok sek sok sek di belakang, pedulikan.
Fokus utama harus dipentingkan.
Jangan bazirkan tenaga muda untuk benda yang tidak perlu
Teruskan berjalan.

Dan makan coklat. Eh,

Buhbye

YZYZ

Think About Power

Tuesday, November 19, 2013 § 0

Petang nan damai ini, selepas dekat sejam plan beberapa projek yang perlu dilakukan dalam masa terdekat ini, aku ternampak gambar ini dalam Twitter:

Dan sebagai pelajar Kimia, aku rasa stress sebab aku tak berapa nak paham apa benda yang cuba disampaikan. Rasanya aku amek paper dan belajar benda-benda nih.

Namun aku tertarik, sebab ia berkaitan dengan penjimatan tenaga dan kelestarian.
Selepas ini, sentiasa beringat untuk menutup suis yang tidak perlu.
Gunakan cahaya semula jadi.
Mandi pakai air sejuk, kurangkan pakai water heater.

Bersama-sama kita memastikan kelestarian hari esok

Buhbye

YZYZ

Jalan Yang Gelap

Monday, November 18, 2013 § 0

Achewah, tajuk nak gempak. Hehe.

Baidewei, semalam aku teringat satu kisah.
Lima tahun yang lepas, aku telah pergi ke Ulu Kenas.
Masa tu kursus PPMS (sekarang PPSL).
Satu malam kami kena jalan dalam gelap sorang-sorang.
Aku jalan, dan jalan, dan jalan, dan tido di atas jalan.
Long story short, aku selamat larh kiranya.
Cuma lepas abes tu, aku berlari nak gi toilet. Sejuk kowt.

Fast forward, dah balik Kampus.
Dan dah siap melalui kursus Fasa 2 yang dalam dewan itu.
Kemudian kena pindah dari IK pergi CG. Punya malas nak membawa beg.
Kemudian kami request nak transport.
Pastu ada sorang pegawai bagitau macam ni
"Jalan dalam hutan gelap-gelap boleh plak, jalan dalam bandar siang-siang nak transport"

Semenjak ke'sarcasm'an tersebut, aku selalu semat dalam hati.
Bila mana aku jumpa kepayahan dan menyebabkan aku STOP.
Aku selalu fikir, kalau dalam gelap aku boleh jalan, juga sama dalam kegelapan ini.
Dan aku masih ingat segala detail kejadian itu, walaupun dah 5 tahun berlalu (Jun, 2008)

Buhye

YZYZ

Bangun Pagi Secara Elegen

Sunday, November 17, 2013 § 0

Jika buka-buka mata, kita rasa sangat berat
Kita tau banyak orang tak suka kita
Jangan down, terus buka mata
Bangkit dari tilam dan lambai-lambai orang sekeliling
Sambil update kat Twitter
Gemoning Uolsss

Hehe...

Buhbye

YZYZ

Kalau Aku Sebut Babi

Thursday, November 14, 2013 § 0

Pertamanya..

#Eh, belog dah bersawang
#Eh, belog dah berhabuk

Selfie gambar jaket masuk dalam belog.


Keduanya,

Sukakah kita mendengar
"Kaw BABI, kaw dan kawan kaw BABI, kaw dan keturunan kaw BABI"

Bukan setakat sensitif dengan perkataan BABI, membayangkan kawan kita menjadi seekor BABI pun sudah cukup memberikan imej yang mengganggu.

Tapi kita paling sayang dengan BABI. Setiap waktu doa kita diselang dengan BABI. Secara literal mahupun figuratif.

Malah, kadang kalau aku sebut AYAM, hmm, contoh tak sesuai nanti macam promote belog orang laen. Kadang kalau aku sebut ITIK pun, kaw tetap kata aku bicara BABI.

Apatah lagi kalau aku sebut BINATANG KAKI EMPAT, pun kaw akan kata aku sebut BABI.

Macam mana kalau aku sebut, EKORNYA PINTAL-PINTAL HIDUNGNYA KEMEK. Itupun BABI pada kaw.

Mungkin binatang kaki empat tu aku rujuk pada kambing. Dan mungkin ekor pintal-pintal hidung kemek tu aku rujuk pada cik Kiah yang baru buat pigtail pada rambutnya. Alarh, ikatan rambut macam bentuk ekor babi tu.

Makanya, tidakkah kita kesian dengan BABI. Selalu dikaitkan dengan kejahatan. Memang banyak pautan atau kongsian tentang keburukan daging BABI. Tapi apa yang penting, macam mana kita nak buang KEBABIAN dalam diri kita, kemudian baru kita fikir apa KEBABIAN kita kepada orang laen yang telah dilakukan.

Sekian.

Buhbye

YZYZ

Apa Petuanya Hidup Bahagia

Wednesday, November 13, 2013 § 0

First of all,

#Eh, belog dah bersawang
#Eh, belog dah berhabuk

Selfie gambar jaket masuk dalam belog.


Second of all,

Terus kepada post. Sebenarnya apakah punca kebahagian?
Adakah dengan banyak duit, reta, gegads slash jejanz hot?
Well, itu ayat typical drama.

Atau adakah dengan sentiasa berasa rendah diri, memaafkan orang laen, makan makanan berkhasiat?
Itu plak ayat typical pencinta alam semula jadi.

Bagaimana pula ayat typical alim ulamak, mereka yang teguh dengan agama?
Sentiasa berzikir, bertasbih, bertahmid mengingat Allah.
Itu juga bukan typical mereka yang berserban berkopiah bertudung labuh, juga ayat typical Melayu yang terasa susah dalam hidup dan pada itu baru nak hafal segala ayat Al-Quran.

Maka setiap hari kita selalu ja akan berasa gundah gulana. Tidak hidup tanpa rasa risau, tidak berdiri tanpa rasa malap. Well, penggunaan kosa kata BM aku tidaklah cantik macam penjual buku yang selalu masuk USM, tapi aku paham apa yang aku cuba sampaikan.

Maka, kita ambil jalan meroyan. Dulu nak meroyan cukup payah. Kena cari laki. Lepas dapat laki kena pi senggama dulu, merasa seksanya malam pertama. Kemudian bunting. Cukup sembilan bulan, kuar baby uwek, uwek. Baby mati. Baru boleh merasa MEROYAN.

Sekarang meroyan tak perlu dah nak rasa sakit kena tusuk waktu malam. Duk mengadap twitter dan nampak orang yang kita benci tengah update benda yang menggumbirakan, terus automatik meroyan. Dunia cukup mudah kini.

Maka itu, marilah kita ambil gambar selfie kita dan kendian upload di instagram. Dapat LIKE maka boleh larh kita caption, SAYA RASA BAHAGIA.

Sekian.
Tada, selfie typical. me sooooo typical. mari raikan typical.

Buhbye

YZYZ


Belog Dah Bersawang, #EH

§ 0

Owh, dah lama tak update belog...
Rasa dah bersawang dah..
Rasa dah berhabuk dah..

Arini amek gambar guna jacket baru..
Upload larh..

Hashtag TYPICAL..

Di atas adalah pelajaran baru aku dapat daripada Gegads Hengusan sekalian yang berkecimpung dalam dunia flashmob.. Haha

Nak tengok balik Looney Tunes

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...