Please Click Me

Archive for February 2014

Spider Pig - The Simpsons Movie

Sunday, February 16, 2014 § 0

Spider Pig!
Spider Pig!
Does whatever a spider pig does!
Can he swing from a web?
No he can't He's a pig
Lookout!
He is the spider pig!!




Buhye

YZYZ

TV Series

Sunday, February 9, 2014 § 0

Ekcuwali, dah banyak belog buat tulisan tentang kutuk drama Melayu dan siap compare dengan series US. Adalah aku baca. memang kaw-kaw larh. So aku pun senanya teringin jugak nak buat. Tapi memandangkan aku tak banyak follow drama Melayu (melaenkan Adamaya dan CINTA) so aku tak banyak comparison. Aku maybe just boleh buat apa yang terkandung dalam cerita US tapi takdak (pada pandangan aku) dalam drama Melayu. Tapi pikir balek, aku pun bukan bagus sangat, so, waddehek aku just tulis kenapa aku suka tengok Sitkom US. So, aku pun tak buat jahat. Ehe.
Aku selalu imagine macam mana larh tetiba aku kena jaga anak orang sebab parent dia larikan diri ke apa ka. Hehe.

Aku pun tak banyak larh nak follow series dari US nih. Adalah a few. Dulu aku follow Scrubs, Futurama, Everybody Loves Raymond, FRIENDS, How I Met Your Mother, The Simpsons blah blah blah dan sekarang aku tengok 2 Broke Girls and Baby Daddy. On the top kenapa aku suka sebab kebanyakkan dorang ni adalah struggle untuk hidup.

Apartment Hunting
Lepas abes study, dan bila aku mula serious nak kerja aku merasakan sebenarnya amat payah untuk carik rumah yang kita suka. Dah jumpa rumah, amat payah plak nak cari housemate yang best. Aku syukur sebab aku dapat jumpa dua orang the best housemate evah. Walaupun depa dua orang suka buat projek dan ketepikan aku, tapi aku tetap berasa syukur. Hehe. Kalo dalam series, memang akan ada selalu konflik carik apartment atau menghias rumah dorang. Aku suka tengok cara dorang hias rumah dengan TV, kerusi etc.

Interview, Job and The Fear
Biasanya dalam sitkom US, pekerjaan paling faymes adalah Waiter/ess. At least ada jugak variety daripada Ceo-slash-Secretary if you got what I mean. Dan biasanya kerjaya watak-watak dalam sitkom nih berkembang vertically. I mean daripada waitress jadi PA, jadik Assistant, Junior Exec, Senior Exec, Manager dan blah blah blah. Kerjaya dorang tak berkembang dengan bangun tido kemudian gantikan bapak jadi CEO, if you got what I mean again. Sure semua ini berlaku dengan adanya a miracle session we called The Interview. Kita kadang perlukan, berapa, 100 interview untuk dapatkan kerja yang kita idamkan. Tiada yang datang dengan mudah. Kemudian bila kita dapat kerja, kita mungkin akan berada dalam keadaan membenci pekerjaan itu. Pada itulah wujudnya term The Fear, iaitu berhenti kerja, menjadi jobless dan takut akan segala keberangkalian.
Aku dulu pernah berangan nak jadik doktor lepas tengok Scrubs. Tapi end up kerja kat sekolah perdoktoran plak. Universe punya function ni kadang-kadang funny jugak ekh.

Love Game
Memang tidak dinafikan cerita daripada US memang selalu gambarkan lelaki dan pompuan bercium dan buat seks. Yesss, memang itu berlaku. Tapi aku lebih suka love game dorang. Bila seorang pompuan berjaya tarik perhatian sorang lelaki, kemudian dorang akan tukar phone number. Call dan ajak keluar, which is the first dating. Kemudian akan ada the second, third, fourth date. Daripada hanya dating, kemudian next step untuk tahu adakah mereka in love atau hanya keluar dating. Live together, propose dan kawen. Actually lagi banyak step, tapi pada aku sepatutnya adalah begitu. Put aside segala kissing missing dan seks itu. Kita terlalu memuja Love At The First Sight. Baru nampak saaaaat jah terus kata, itulah love of our live. Kemon Malays, cepatnya jatuh cinta. Kalo kena reject terus masuk Page Confession. Haishhh. Kadang aku geli tengok budak-budak cerita tentang cinta. Apa ko tahu tentang cinta. Nasik pun mak bapak ko belikan lagi. Life is greater than falling in love easily.

Friends are the second family
Tak semua orang itu hidup dalam fairy tale. Tak semua orang masa keciknya makan guna sudu perak dan tunggang unicorn. Banyak yang berjauhan daripada keluarga biologi mereka. Dan realitinya bila ini berlaku, kawan-kawan lah yang akan jadi keluarga kedua. Bromance, Sister, Bro's dan segala macam maknika lagi. Sebenarnya aku lebih banyak belajar the value of friendship dalam sitkom nih. For sure the best one daripada FRIENDS.

Pembahanan Yang Sangat Teruk
Yess, sitkom US nih biasanya punchline merata-rata. Senyum pun boleh jadik punchline. Daaaaan dorang sangat suka membahan sesama dorang, SECARA TERUK. Memang haram jadah larh ayat yang digunakan. Aku selalu nak praktik benda nih, tapi biasanya akan ada dua condition, pertama punchline tak sampai dan kedua member sentap. Ehe. Sarcasm yang digunakan pun saaaaaangat larh best.
Dalam Two and A Half Men dorang ada set bantal yang aku suka. Nak carik dalam eBay. Haha

Typical Komedi dan Gemuk
Memang banyak sebenarnya pelakon komedi kat US tu gemuk-gemuk. Tak dinafikan. Fat guy always funny. Tapi banyak dalam sitkom nih, pompuan dorang lawa-lawa dan ada boobs yang cantik. Laki plak body toned dan kemas. I mean di samping pelakon komedi yang gemuk dorang pun ada comedian yang cantik dan hensem yesss dan berilmu jugak.

Plot yang menarik
Dalam satu episode, biasanya akan ada dua tiga cerita. Ini juga yang menjadikan sesuatu series itu kemas atau tak. Ada yang buat messy, ada yang buat secara elok. Dan amat payah untuk menyama tarakan diantara cerita-cerita yang pelbagai itu. Contoh paling aku suka adalah FRIENDS Season 6 Episode 9 The One Where Ross Got High. Pertama, Monica ada masalah untuk beritahu parent dia yang dia dan Chandler sekarang duduk sekali sebab Jack and Judy benci Chandler. Ross dapat tahu ini berpunca daripada fitnah yang Ross buat sebab dia kantoi hisap pot masa kolej dan salahkan Chandler. Meanwhile, Ross dan Joey in a rush untuk keluar daripada dinner tu sebab nak pergi party rumet perempuan Joey dan Joey terpaksa ajar cara berlakon kepada semua orang untuk elakkan dorang butthurt Rachel sebab Rachel mess up dessert dorang. Supposedly an English Triple bertukar jadik Half-Trifle-Half-Shepard-Pie. Rachel plak consult Phoebe yang accidentally ada crush dengan bapak Monica selepas satu sensual dream yang akhirnya decide untuk break up sebab Jack curang dengan Phoebe di dalam mimpi dan end up Phoebe crush kat Jacques Cousteau. Ross yang terpaksa divert attention Rachel terpaksa mengaku dia masih ada perasaan terhadap Rachel yang akhirnya semua benda ni terluah dalam masa 30 saat di hadapan Judy. Dan dorang buat episod ni sangat kemas. 20 minit untuk tampung semua cerita-cerita nih.

Rasanya setakat ni larh dulu kowt. Nanti kalo ada apa-apa, aku akan update semula. Hehe.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...