Please Click Me

Mimpi yang Sungguh Rare

Thursday, March 6, 2014 § 0

Baeklah, ceritanya pagi tadi aku telah bermimpi suatu yang sangat rare. Begini kisahnya.

Aku bersama dua orang kawan pompuan aku, watak dorang ala-ala macam Kat Dennings dan Beth Behrs dalam 2 Broke Girls. Kami ni entah macam mana bekerja dalam sebuah rumah orang-orang kaya. Dah macam Devious Maids lah macam tu. Lepas tu kami ni punya nakal sampai pergi berparti dalam bilik mandi tuan rumah kami yang sangat super duper. Parti punya parti punya parti sekali kantoi dengan tuan rumah dan dia pun halau kitorang. Gigih masuk dalam kereta untuk melarikan diri.

Kemudian tuan rumah pun panggil polis untuk siasat latar belakang kami ni sebab porak perandakan rumah dorang. Siasat punya siasat salah sorang ketua polis ni perasan ada benda yang tak kena dalam rumah tuh. Dia perasan macam ada satu top secret agent punya klu yang dia tak boleh paham. Dia cuba untuk mencari maklumat sapa dia entah kami tiga orang nih.

Scene seterusnya, anak pompuan tuan rumah tu pergi berjoli. Kemudian kami 3 orang pakai baju ala-ala spy dan spandex. Pastu masuk watak sorang lelaki gemuk botak (cliche lelaki jahat hollywood plak) dok mengekori anak pompuan tuan rumah tu. Kemudian kami call polis yang cam identiti kami tadi untuk stand by kat satu location.

Sampai-sampai ja kat location, lelaki gemuk botak tadi tengah kepung anak pompuan tuan rumah. Rupa-rupanya dorang ni adalah sindiket pelacuran yang menculik anak-anak orang kaya kat sekitar tu. Kami 3 orang ni penyiasat untuk menyelesaikan sindiket berkenaan. Penculik ni dapat maklumat anak-anak orang kaya daripada Facebook dan jual kepada pembida paling tinggi dalam internet (macam cerita Taken larh). Kami 3 orang jah. Aku dah berlawan tempat lawan. Lagi dua orang tu plak struggle nak lawan sebab musuh ramai. Polis plak tak percaya kami dan delay bantuan. Last sekali salah sorang member aku tu bagi anak orang kaya tu telan kapsul pengesan supaya kalau dorang takleh pertahankan dia, so dorang boleh detect kedudukan anak orang kaya tu. Kemudian dorang bagi anak orang kaya tu pakai kostum keselamatan yang kami prepare. 

Daaaaaan pada masa ni larh aku terjaga pada jam 6.45 pagi.

Apakah kesudahan mimpi nih. Aku tak mau sambung sebab aku nak kejar mimpi yang sebenar. Chewaahh. Ayat motivasi sangat.
2 Broke Girls

Devious Maids

Taken

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Mimpi yang Sungguh Rare at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...