Please Click Me

Archive for June 2014

Kek Dengan Kaseh Sayang

Wednesday, June 25, 2014 § 0

Hallo hallo, dah pernah rasa belum kek hat aku buat? Rugi dunia tak pernah rasa agi. Buat pengetahuan semua, aku sebenarnya tak ada lah pandai sangat nak buat kek. Aku baru saja belajar 3, 4 tahun lepas. Kemudian aku suka explore dan experiment sendiri. Maka, taaddaa jadi lah seperti sekarang. Buat kek tak ada lah susah mana. Aku tak paham yang dok reyyaauu kata susah sangat. Benda pertama sebelum buat adalah, kena Google resipi dahulu. Biasanya aku akan klik kat Myresipi atau Dayang Jack sahaja. Dua ni antara belog resipi yang aku minat untuk buat sebagai rujukan.

Dah cari resipi dan dah tahu kek apa nak buat, next of course adalah membeli bahan-bahan buat kek. Kat Penang ka, Kelantan ka, aku suka membeli kat Tesco. Sebab alley Tesco ni besau. Senang nak tolak trolley. Bila dok Kelantan memang aku prefer Tesco lagi. Sebabnya dah tak banyak pilihan kedai laen. Mydin Kubang Kerian (walaupun murah) tapi disaster kowt.
Tak banyak sebenarnya membeli bahan. Ramai imagine macam beli bahan bertimbun-timbun

Dah siap beli-beli bahan, kena pastikan diri, perkekitaran, tangan serta peralatan yang digunakan dalam keadaan bersih. Ikat rambut kemas elok-elok. Cuci tangan bersih-bersih. Cuci telor. Sental sampai bersih. Lepas tu sediakan semua peralatan atas meja. Timbang apa yang patut. Gula, tepung, horlicks, biskut marie semua tu kena timbang. Kisar apa yang patut. Sebab nak buat kek kita kena pastikan bahan pepejal kering dalam keadaan serbuk. Oleh itu gula ka, biskut marie ka kena kisar.
Susun elok-elok. Bagi persekitaran tempat kerja kemas dan bersih.

Timbang bahan-bahan dengan tepat. Biasanya satu cawan bersamaan 200-250 gram. Kena pandai buat unit conversion daripada metrik ke perkakas rumah. Ounce ke Gram. Apply jugak Sains Kimia aku. Ehe
Kebanyakkan kek lapis, step pertama adalah pukul mentega dan gula dahulu sampai kembang. Apa maksud kembang? Biasanya penanda aras aku adalah bila gula dan mentega dah sebati dan adunan tu warna seakan-akan kuning cream (bukan kuning mentega seperti selalunya).
Ada sesetengah kek memerlukan kita untuk menggaulkan mentega dengan susu terlebih dahulu.


Next adalah teloq. Ada sesetengah kek menginginkan kita untuk meletakkan kuning sahaja. Tapi selalunya kek aku pakai telor kuning dan putih. Kena pandai lah asingkan kuning telor. Dan kalau nak masukkan telor dalam adunan, please jangan pecah tepi mangkuk adunan dan terus letak telor. Pertama kena pecahkan dalam mangkuk yang berasingan, check ada bendasing seperti kulit telor ka apa ka, pastikan telor elok tidak busuk baru masuk dalam adunan. Masuk sebijik demi sebijik. Jangan pemalas sangat. Dah sebati telor pertama baru proceed ke seterusnya. Kebersihan kena jaga sebab kita nak jamu kawan-kawan kita makan.
Kaedah klasik mengasingkan kuning dan putih telor

Jarang kek aku guna kuning sahaja. Biasa guna sebiji telor terus.

Kemudian barulah masukkan bahan-bahan yang laen. Ikut resipi lah. Susu, seri kaya, horlicks, biskut marie, kacang, tepung, milo dan sebagainya. Sukatan kena betoi. Pukul sampai sebati. Typical kek lapis biasanya kita guna adunan yang sama tadi kemudian dibahagikan ikut lapisan. Kemudian letak lah pewarna. Namun ada jugak kek lapis tak payah bahagi macam nih. Guna adunan yang sama kemudian bakarkan sahaja. Warna perang pada atas lapisan tersebut akan mewujudkan visual lapis pada kek kita.
Ini kalau buat dua warna. Aku tak rajin sebenarnya banyak sangat warna nih.

Kek Lapis Bumi atau Kek Germany (aku saja namakan begitu). Actually kaedah letak nescafe itu adalah salah. Nescafe kena bancuh guna ayaq panaih, baru letak dalam adunan. Ni style orang pemalas.
Sebelum dibakar, sediakan loyang dahulu. Lapik bawah loyang dengan kertas minyak. Kalau aku pakai kertas A4 ja. Lepas tu gris ja kertas tu dengan mentega. Setel masalah. Kalau kukus pastikan ayor dah mendidih. Kalau bakar plak kena tengok oven dah panas ke idok.

Kemudian lapis lah selai demi selai. Sama ada guna periuk kukus atau oven. Jangan guna microwave plak. Kalau kukus make sure atas loyang tu ditutup dengan aluminium foil. Nanti air kukusan masuk dan membanjiri kek kita plak. Masa mengukus vary. Antara 5 ke 10 minit. Kena pandai tengok dan agak. Bila lapisan dah masak barulah letak lapisan seterusnya. Kalau tak nanti lapisan bawah tu kemek. Dah sampai lapisan terakhir, kukus selama satu ke dua jam macam tu.
Lapis dan lapis
Kalo bakor, lapisan pertama kena bakor guna api atas dan bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Bila membakar, jangan bakar sampai kek terlalu kering. Biasanya dalam 3 ke 7 minit macam tu. Sebab bila terlalu kering, kek tak melekat sangat dan nak makan pun tekak tak celuih sebab kering. Kita nak kek ni ada rasa moist. Itu sedapnya. Dan itu beza antara kek Dayang Salhah dengan kek yang kita jumpa masa Hari Raya. Kek commercial macam Dayang Salhah dorang akan bakar kering sebab nak bagi tahan lama. Bila plak nak boh lapisan seterunya? Yess kalo dah nampak atas lapisan tu dah perang-perang masa tu larh kita boh lapisan seterusnya. Filling macam kacang, coklat, asam hawflakes dan sebagainya diletakkan masa ni lah. Susun dan letak elok-elok.
Kena lapis elok-elok. Itu membezakan tuan rumah ni pemalas ka, teliti orangnya. Baru senang nak cari calon menantu semasa hari raya. Hehe
So macam mana, tak susah kan. Boleh lah buat sendiri okeyh. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA.

Buhbye

YZYZ  

Ondewei Mencari Bandel

Tuesday, June 10, 2014 § 0

Year 2014 is Year for Malaysia. Visit Malaysia 2014, #VMY2014 . We have gazillion the nicest place to visit. Last weekend was used to explore Ipoh, Perlis and Alor Setar. You are most welcomed to read Ipoh So Vintage by clicking the link.

Ayat pembuka feeling-feeling nak Ingles sebab Adsense reject permohonan aku. Katanya bahasa dalam blog ni takleh detect. Harree. Takpa la noh.

Walaupun begitu, marilah kita mengikuti kisah kami Ondewei Mencari Bandel ke Peghelis. Dah 3 hari dok pinda-pinda tarikh maka kami gagahkan juga untuk gi hari Ahad lepas. Walaupun ada orang tu da nak exam. Ehe. Ada 3 bundle kami sempat pergi. Ada 2 kat Perlis dan 1 kat Gunung Keriang.

Bundle pertama apa entah namanya tapi area-area Taman Desa Sentua. Kat sini banyak bundle kasut. Serata-rata tu kasut. Malangnya aku tanak carik kasut. Nak carik benda alah laen. Kat situ aku dok berkenan kat satu Kemeja. Tapi nokharomm mahal. Walaupun begitu serious bundle ni style gak. Tengok barang macam dari belah-belah Hong Kong, Jepun. Tapi ada gak tengok macam dari belah-belah US. Anyhoo kalau rasa nak carik kasut boleh larh mai sini.


Next plak adalah Mega Bundle kat Jalan Kaki Bukit. Bapak nokharom besar bandel. Dan yang utama kat sini ada kostum. Boleh buat lagu Serangga Pilihan. Tapi bandel besar macam ni kena pandai mencari dan mata kena tajam untuk tengok mana yang smart. Elakkan terbeli benda-benda merepek yang tak style. Banyak corduroy kat sini, malangnya potongan semua straight. Sorri, weols tak pakai straight weols pakai slim. Ehe.
video

Kendian jalan-jalan kat tepian pantai dan celah mana plak mai mamat-mamat motor bebanyakkan ini. Dik, takde masalah nak berkumpul ramai-ramai naek motor, namun utamakan keselamatan ya. Pakai helmet dan jangan menunggang secara merbahaya. Pesanan ikhlas daripada belog Hook Up With Syahmi. Puihhh.

Next, kat Jalan Gunung Keriang. Namanya Jepan Bundle. Dia longgok satu kali dan duduk baring-baring larh kat atas longgokkan tersebut carik baju sampai pengsan. Banyak pakaian yang rare dan ada style kat sini. Kena pandai gali larh. Benda pun murah senanya. Aku amek selai seluar dan selai long jacket yang tebal baru RM3.00. Alkisah kejadian maen baling-baling underwear sampai mak cik sebelah pun ikut maen sama.


Dan alangkah bahagianya kalo bandel kat Mergong tu buka. Kalo dak mesti bertambah lagi banyak benda nak kena beli. Sangat suka. Dan sepanjang perjalanan ni, kami sangat suka Malaysia sebab banyak tempat-tempat best.


See, Malaysia sangat seronok sebenarnya untuk diterokai. Aku semenjak setahun lebih nih rajin nau memuji tempat-tempat kat Malaysia. Dulu takde pun macam ni. Datang Kuala Terengganu merembes, datang Kuantan merembes, Kertih pun sama. Ipoh larh, Kangar larh, Batu Pahat larh dan paling excited sampai bandar kecik macam Raub, Bentong, Kuala Kangsar, Keluang dan Segamat pun aku puji. Paling kritikal bila aku puji Merapoh dan Pagoh. Haha. Nampak tak apa benda yang aku cuba sampaikan. Haha.

Buhbye

YZYZ

Ipoh So Vintage

Monday, June 9, 2014 § 0

Bermula dapat kad jemput datang kenduri kawen di Ipoh. Kemudian makan-makan dan terus berjalan merata-rata. Ipoh adalah antara tempat yang cantek untuk dilawati kat Malaysia. Tapi laen mata laen pandangan. Ada yang tak suka Ipoh. Tapi pada aku, suka jah. Dan buat pengetahuan, aku pernah dok kat Ipoh selama sebulan, yeaarrhh...


Kenduri kawen Mak Hayam di Klebang. Kemudian dengan sesat-sesat bagai, kami berjaya menjejak kaki ke Thumb's Cafe. Kedai ini asalnya adalah asrama anak yatim macam mana entah. Kedai kayu yang sangat cantek sehingga merembes-rembes. Makanan pun sedap dan murah. Area kat Greentown. Nak cerita pun tak berapa nak pasti acaner jalan dia.


Gagah nak mencari Burps and Giggles. Tapi dah totop. Maka tukarnya plan ke yang seterusnya. Namanya Plan B. Yeap memang itu nama kedainya. Seronok dan benda pertama aku perasan adalah dia gantung quote daripada buku Yasmin Ahmad serata kedai dia. Cheese cake dia mantap kowt. Aku ada cita-cita nak buka rumah kopi (Coffee House) yang siap ada couch macam nih. Inspired by FRIENDS. Hehe.


Konon nak mencari mee kicap tidak berapa nak ada luck, maka makan yong tau foo di dataran sahaja. Pun sesat jugak nak ke sini. Kalau nak lepak tempat yang affordable sambil open air boleh larh kalo nak datang sini.

So far aku sangat suka Ipoh. Bandar dia takdelah sesak sangat macam KL atau Penang. Tapi benda-benda tu lengkap dan rare dan yes juga vintage. Bersih, cantik dan ada signature yang tesendiri. Antara tempat yang aku nak duduk adalah Ipoh. Tapi cane entah, Tuhan ni kerjaNya bermisteri. Dia tak bagi aku dok Ipoh dihantarnya ke KB yang hmmm. Tamau arh cakap lelebih. Olrite.

Buhbye

YZYZ

#TeamAdam #TeamMelanie DOLLHOUSE

Wednesday, June 4, 2014 § 0

It's been like for months Melanie promoting her new EP called Dollhouse. Since her first appearance on The Voice Season 3, singing her own rendition of Toxic, I know this gal is something. Her former coach Team is supporting her as well.

This darker side of her persona really shown in the song as well in the video. Please please please support her and I'm waiting her EP to arrived in Malaysia. Yeap.

Buhbye

YZYZ

Bread Bertelor Bersosej Bercheese

Tuesday, June 3, 2014 § 0

Ramai orang dok share cara masak tu, masak ni dengan mudah. Sebenarnya depa tu betul betul buat atau saja saja share. Semalam aku cuba larh jugak satu resipi yang dok share dalam 9gag ka mana entah. Cuma aku pakai microwave. Aku pun tak tau apa entah haram jadah nama benda tu tapi berikut step by step aku buat. Hoho.
Potong tepi roti. Tapi jangan sampai tembus plak. Potong sikit-sikit dah arh.

Tekan-tekan roti bahagian tengah sampai jadik base. Pastu boh lah mentega kaa..

Makanan orang yang tak vege kena daging untuk protein. Don't judge me. Ini jah yang ada dalam refrigerator. Hehe

Letak larh teloq. Ni sebab telor ada banyak kat umah. Terbeli lebih masa buat kek aritu.

Yeap, cheese plak.

Masuk dalam Microwave. Aku ada function Pizza. So aku pilih tu jah. Bergantung pada oven memasing larh.

Taadaaa!!!
Ini larh hobi aku kat umah dari dulu sampai sekarang. Godek-godek asal boleh jadik, masak dah siap. Haha.

Buhbye

YZYZ

Sangat Tidak Sopan

§ 0

Salam,

Pagi ni aku sekali lagi teruji dengan sikap masyarakat "negara ini". Perlu diingat perkataan negara dibezakan dengan kehadiran tanda pembuka dan penutup kata. Besar bezanya itu. Dah lama pendam tapi nak buat acanor. Ada orang kata, sabar. Pungkoq hang berbulu sabar.

1. Bersembang Dekat Pos Kawalan Pintu Masuk
Kadang akan ada Pegawai Keselamatan yang dok tunggu di tepi palang. Tujuannya cukup murni untuk memastikan mereka berada dekat jika ada masalah. Juga untuk memantau keadaan trafik keluar masuk. Mereka juga terkenal dengan slogan KAMI SEDIA MEMBANTU. Disapa dengan senyuman paling ikhlas menjadikan pagi-pagi kita sentiasa ceria. Namun ada jenis manusia bangang yang menyalah anggap senyuman itu sebagai senyuman ajak bersembang di kedai kopi. FUCK YOU yang dok bersembang dekat palang sedangkan kereta-kereta banyak kat belakang tengah queue untuk masuk. Kalo Pegawai berkenaan tak layan, masuk FB plak kata Pak Guard sombong. Siap tag gambar yang mengandungi moto-moto dorang. Bangang berlapis-lapis.

2. Kaunter Ekspress
"10 Unit Barang dan ke Bawah Sahaja"... Ada aku kesah. Selagi boleh masuk, aku masuk. FUCK YOU jugak manusia tak ada sivil yang membayar barang dengan kuantiti 11 unit ke atas kat kaunter ekspress. Paling FUCK YOU bila barangnya satu troli. Deyyy orang lain pun nak cepat jugak. Tapi aku hairan yang konon-konon kiasu bayar kat kaunter ekspress nih, bila berjalan lembap nokharom juga

3. Keluar Simpang Tergesa-gesa Kemudian Drive Slow
Apa jenis bangang entah. Masa nak keluar tak menyempat tak cukup tanah. Bila dah atas jalan utama jadik slow. Paling FUCK YOU bila jalan 2 meter terus park keta kat tepi sebab nak pergi kedai makan.

4. Parking Tepi Jalan
Buka larh beratus kedai makan, kedai jagung, kedai kacang, kedai tudung dan daftar perniagaan dengan alamat Tepi Jalan. Itu adalah bangang yang pertama. Tengah drive nampak jagung bakar yang dikhuatiri kebersihannya. Kona stereng terus park keta kat tepi jalan, tak rasa nak bagi signal, kadang slow nokharom, kadang laju haram jadah. FUCK YOU dah setel. Tak rasa bersalah langsung dengan orang belakang. Itu adalah bangang yang kedua.

5. Tunggu Dalam Ni dan Alih Kalau Halang Trafik
Rasanya ayat ni tak pernah wujud kowt kat "negara ini". Tujuan tunggu dalam kereta adalah untuk alih kereta in case halang trafik. Ni takde. Haram jadah FUCK YOU tegar duduk dalam kereta tak nak alihkan seinci pun. Biarlah belakang tu panjang mana pun kereta dok tunggu. FUCK YOU balik bila orang yang ditunggu tu buat pigwalk plak nak masuk kereta. Eh haram jadah, kalau jalan laju kaw mati ekh?

Cukup larh lima dulu carut marut. Next time plak ekh.

Buhbye

YZYZ

Imbas Dokumen Kini Semakin Mudah

Monday, June 2, 2014 § 0

Dalam dunia serba kiasu dan boleh berbunuhan atas kelewatan 1 saat, banyak inovasi baru yang dicipta oleh R&D pelbagai jenama kat dunia nih. Kiasu dan Sustainable adalah antara kombinasi yang sedap. Umpama makan Waffle Peanut Butter campor Blueberry. Atau cicah French Fries kat Sundae Cone.

Bila nak menghantar surat, old school adalah untuk print surat sekeping sekeping kemudian fax pun sekeping sekeping. Print dah pakai kertas. Faks pun receiver akan print atas kertas. Semua itu dah tak perlu. Kerana itu, transformasinya adalah scan surat dan hantar melalui emel.

Sapa kata anak muda jiwanya muda. Ramai jugak anak muda yang tak amal scan surat atas alasan susah nak carik scanner. Memang diakui, scanner sangat payah untuk dijumpai. Rare kowt. Kerana itu, terima kasih atas penciptaan Google Drive Android Kit Kat ke atas.

Sekarang nak scan dah tak perlu beli machine scanner ribu-riban. Boleh scan atas camera phone Android Kit Kat dan automatic akan ubah setting kepada PDF. Senang kan. Lepas scan boleh emel terus. Apple ada tak Scanner macam nih. Kalo ada, mesti mantap arh.

See, sebenarnya nak seribu daya tanak seribu dalih. Bila nak tu, macam-macam usaha boleh buat. Bila tanak macam-macam alasan boleh bagi.

Selamat menDrive.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...