Please Click Me

Imbas Dokumen Kini Semakin Mudah

Monday, June 2, 2014 § 0

Dalam dunia serba kiasu dan boleh berbunuhan atas kelewatan 1 saat, banyak inovasi baru yang dicipta oleh R&D pelbagai jenama kat dunia nih. Kiasu dan Sustainable adalah antara kombinasi yang sedap. Umpama makan Waffle Peanut Butter campor Blueberry. Atau cicah French Fries kat Sundae Cone.

Bila nak menghantar surat, old school adalah untuk print surat sekeping sekeping kemudian fax pun sekeping sekeping. Print dah pakai kertas. Faks pun receiver akan print atas kertas. Semua itu dah tak perlu. Kerana itu, transformasinya adalah scan surat dan hantar melalui emel.

Sapa kata anak muda jiwanya muda. Ramai jugak anak muda yang tak amal scan surat atas alasan susah nak carik scanner. Memang diakui, scanner sangat payah untuk dijumpai. Rare kowt. Kerana itu, terima kasih atas penciptaan Google Drive Android Kit Kat ke atas.

Sekarang nak scan dah tak perlu beli machine scanner ribu-riban. Boleh scan atas camera phone Android Kit Kat dan automatic akan ubah setting kepada PDF. Senang kan. Lepas scan boleh emel terus. Apple ada tak Scanner macam nih. Kalo ada, mesti mantap arh.

See, sebenarnya nak seribu daya tanak seribu dalih. Bila nak tu, macam-macam usaha boleh buat. Bila tanak macam-macam alasan boleh bagi.

Selamat menDrive.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Imbas Dokumen Kini Semakin Mudah at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...