Please Click Me

Ipoh So Vintage

Monday, June 9, 2014 § 0

Bermula dapat kad jemput datang kenduri kawen di Ipoh. Kemudian makan-makan dan terus berjalan merata-rata. Ipoh adalah antara tempat yang cantek untuk dilawati kat Malaysia. Tapi laen mata laen pandangan. Ada yang tak suka Ipoh. Tapi pada aku, suka jah. Dan buat pengetahuan, aku pernah dok kat Ipoh selama sebulan, yeaarrhh...


Kenduri kawen Mak Hayam di Klebang. Kemudian dengan sesat-sesat bagai, kami berjaya menjejak kaki ke Thumb's Cafe. Kedai ini asalnya adalah asrama anak yatim macam mana entah. Kedai kayu yang sangat cantek sehingga merembes-rembes. Makanan pun sedap dan murah. Area kat Greentown. Nak cerita pun tak berapa nak pasti acaner jalan dia.


Gagah nak mencari Burps and Giggles. Tapi dah totop. Maka tukarnya plan ke yang seterusnya. Namanya Plan B. Yeap memang itu nama kedainya. Seronok dan benda pertama aku perasan adalah dia gantung quote daripada buku Yasmin Ahmad serata kedai dia. Cheese cake dia mantap kowt. Aku ada cita-cita nak buka rumah kopi (Coffee House) yang siap ada couch macam nih. Inspired by FRIENDS. Hehe.


Konon nak mencari mee kicap tidak berapa nak ada luck, maka makan yong tau foo di dataran sahaja. Pun sesat jugak nak ke sini. Kalau nak lepak tempat yang affordable sambil open air boleh larh kalo nak datang sini.

So far aku sangat suka Ipoh. Bandar dia takdelah sesak sangat macam KL atau Penang. Tapi benda-benda tu lengkap dan rare dan yes juga vintage. Bersih, cantik dan ada signature yang tesendiri. Antara tempat yang aku nak duduk adalah Ipoh. Tapi cane entah, Tuhan ni kerjaNya bermisteri. Dia tak bagi aku dok Ipoh dihantarnya ke KB yang hmmm. Tamau arh cakap lelebih. Olrite.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Ipoh So Vintage at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...