Please Click Me

Kek Dengan Kaseh Sayang

Wednesday, June 25, 2014 § 0

Hallo hallo, dah pernah rasa belum kek hat aku buat? Rugi dunia tak pernah rasa agi. Buat pengetahuan semua, aku sebenarnya tak ada lah pandai sangat nak buat kek. Aku baru saja belajar 3, 4 tahun lepas. Kemudian aku suka explore dan experiment sendiri. Maka, taaddaa jadi lah seperti sekarang. Buat kek tak ada lah susah mana. Aku tak paham yang dok reyyaauu kata susah sangat. Benda pertama sebelum buat adalah, kena Google resipi dahulu. Biasanya aku akan klik kat Myresipi atau Dayang Jack sahaja. Dua ni antara belog resipi yang aku minat untuk buat sebagai rujukan.

Dah cari resipi dan dah tahu kek apa nak buat, next of course adalah membeli bahan-bahan buat kek. Kat Penang ka, Kelantan ka, aku suka membeli kat Tesco. Sebab alley Tesco ni besau. Senang nak tolak trolley. Bila dok Kelantan memang aku prefer Tesco lagi. Sebabnya dah tak banyak pilihan kedai laen. Mydin Kubang Kerian (walaupun murah) tapi disaster kowt.
Tak banyak sebenarnya membeli bahan. Ramai imagine macam beli bahan bertimbun-timbun

Dah siap beli-beli bahan, kena pastikan diri, perkekitaran, tangan serta peralatan yang digunakan dalam keadaan bersih. Ikat rambut kemas elok-elok. Cuci tangan bersih-bersih. Cuci telor. Sental sampai bersih. Lepas tu sediakan semua peralatan atas meja. Timbang apa yang patut. Gula, tepung, horlicks, biskut marie semua tu kena timbang. Kisar apa yang patut. Sebab nak buat kek kita kena pastikan bahan pepejal kering dalam keadaan serbuk. Oleh itu gula ka, biskut marie ka kena kisar.
Susun elok-elok. Bagi persekitaran tempat kerja kemas dan bersih.

Timbang bahan-bahan dengan tepat. Biasanya satu cawan bersamaan 200-250 gram. Kena pandai buat unit conversion daripada metrik ke perkakas rumah. Ounce ke Gram. Apply jugak Sains Kimia aku. Ehe
Kebanyakkan kek lapis, step pertama adalah pukul mentega dan gula dahulu sampai kembang. Apa maksud kembang? Biasanya penanda aras aku adalah bila gula dan mentega dah sebati dan adunan tu warna seakan-akan kuning cream (bukan kuning mentega seperti selalunya).
Ada sesetengah kek memerlukan kita untuk menggaulkan mentega dengan susu terlebih dahulu.


Next adalah teloq. Ada sesetengah kek menginginkan kita untuk meletakkan kuning sahaja. Tapi selalunya kek aku pakai telor kuning dan putih. Kena pandai lah asingkan kuning telor. Dan kalau nak masukkan telor dalam adunan, please jangan pecah tepi mangkuk adunan dan terus letak telor. Pertama kena pecahkan dalam mangkuk yang berasingan, check ada bendasing seperti kulit telor ka apa ka, pastikan telor elok tidak busuk baru masuk dalam adunan. Masuk sebijik demi sebijik. Jangan pemalas sangat. Dah sebati telor pertama baru proceed ke seterusnya. Kebersihan kena jaga sebab kita nak jamu kawan-kawan kita makan.
Kaedah klasik mengasingkan kuning dan putih telor

Jarang kek aku guna kuning sahaja. Biasa guna sebiji telor terus.

Kemudian barulah masukkan bahan-bahan yang laen. Ikut resipi lah. Susu, seri kaya, horlicks, biskut marie, kacang, tepung, milo dan sebagainya. Sukatan kena betoi. Pukul sampai sebati. Typical kek lapis biasanya kita guna adunan yang sama tadi kemudian dibahagikan ikut lapisan. Kemudian letak lah pewarna. Namun ada jugak kek lapis tak payah bahagi macam nih. Guna adunan yang sama kemudian bakarkan sahaja. Warna perang pada atas lapisan tersebut akan mewujudkan visual lapis pada kek kita.
Ini kalau buat dua warna. Aku tak rajin sebenarnya banyak sangat warna nih.

Kek Lapis Bumi atau Kek Germany (aku saja namakan begitu). Actually kaedah letak nescafe itu adalah salah. Nescafe kena bancuh guna ayaq panaih, baru letak dalam adunan. Ni style orang pemalas.
Sebelum dibakar, sediakan loyang dahulu. Lapik bawah loyang dengan kertas minyak. Kalau aku pakai kertas A4 ja. Lepas tu gris ja kertas tu dengan mentega. Setel masalah. Kalau kukus pastikan ayor dah mendidih. Kalau bakar plak kena tengok oven dah panas ke idok.

Kemudian lapis lah selai demi selai. Sama ada guna periuk kukus atau oven. Jangan guna microwave plak. Kalau kukus make sure atas loyang tu ditutup dengan aluminium foil. Nanti air kukusan masuk dan membanjiri kek kita plak. Masa mengukus vary. Antara 5 ke 10 minit. Kena pandai tengok dan agak. Bila lapisan dah masak barulah letak lapisan seterusnya. Kalau tak nanti lapisan bawah tu kemek. Dah sampai lapisan terakhir, kukus selama satu ke dua jam macam tu.
Lapis dan lapis
Kalo bakor, lapisan pertama kena bakor guna api atas dan bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Bila membakar, jangan bakar sampai kek terlalu kering. Biasanya dalam 3 ke 7 minit macam tu. Sebab bila terlalu kering, kek tak melekat sangat dan nak makan pun tekak tak celuih sebab kering. Kita nak kek ni ada rasa moist. Itu sedapnya. Dan itu beza antara kek Dayang Salhah dengan kek yang kita jumpa masa Hari Raya. Kek commercial macam Dayang Salhah dorang akan bakar kering sebab nak bagi tahan lama. Bila plak nak boh lapisan seterunya? Yess kalo dah nampak atas lapisan tu dah perang-perang masa tu larh kita boh lapisan seterusnya. Filling macam kacang, coklat, asam hawflakes dan sebagainya diletakkan masa ni lah. Susun dan letak elok-elok.
Kena lapis elok-elok. Itu membezakan tuan rumah ni pemalas ka, teliti orangnya. Baru senang nak cari calon menantu semasa hari raya. Hehe
So macam mana, tak susah kan. Boleh lah buat sendiri okeyh. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA.

Buhbye

YZYZ  

What's this?

You are currently reading Kek Dengan Kaseh Sayang at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...