Please Click Me

Ondewei Mencari Bandel

Tuesday, June 10, 2014 § 0

Year 2014 is Year for Malaysia. Visit Malaysia 2014, #VMY2014 . We have gazillion the nicest place to visit. Last weekend was used to explore Ipoh, Perlis and Alor Setar. You are most welcomed to read Ipoh So Vintage by clicking the link.

Ayat pembuka feeling-feeling nak Ingles sebab Adsense reject permohonan aku. Katanya bahasa dalam blog ni takleh detect. Harree. Takpa la noh.

Walaupun begitu, marilah kita mengikuti kisah kami Ondewei Mencari Bandel ke Peghelis. Dah 3 hari dok pinda-pinda tarikh maka kami gagahkan juga untuk gi hari Ahad lepas. Walaupun ada orang tu da nak exam. Ehe. Ada 3 bundle kami sempat pergi. Ada 2 kat Perlis dan 1 kat Gunung Keriang.

Bundle pertama apa entah namanya tapi area-area Taman Desa Sentua. Kat sini banyak bundle kasut. Serata-rata tu kasut. Malangnya aku tanak carik kasut. Nak carik benda alah laen. Kat situ aku dok berkenan kat satu Kemeja. Tapi nokharomm mahal. Walaupun begitu serious bundle ni style gak. Tengok barang macam dari belah-belah Hong Kong, Jepun. Tapi ada gak tengok macam dari belah-belah US. Anyhoo kalau rasa nak carik kasut boleh larh mai sini.


Next plak adalah Mega Bundle kat Jalan Kaki Bukit. Bapak nokharom besar bandel. Dan yang utama kat sini ada kostum. Boleh buat lagu Serangga Pilihan. Tapi bandel besar macam ni kena pandai mencari dan mata kena tajam untuk tengok mana yang smart. Elakkan terbeli benda-benda merepek yang tak style. Banyak corduroy kat sini, malangnya potongan semua straight. Sorri, weols tak pakai straight weols pakai slim. Ehe.
video

Kendian jalan-jalan kat tepian pantai dan celah mana plak mai mamat-mamat motor bebanyakkan ini. Dik, takde masalah nak berkumpul ramai-ramai naek motor, namun utamakan keselamatan ya. Pakai helmet dan jangan menunggang secara merbahaya. Pesanan ikhlas daripada belog Hook Up With Syahmi. Puihhh.

Next, kat Jalan Gunung Keriang. Namanya Jepan Bundle. Dia longgok satu kali dan duduk baring-baring larh kat atas longgokkan tersebut carik baju sampai pengsan. Banyak pakaian yang rare dan ada style kat sini. Kena pandai gali larh. Benda pun murah senanya. Aku amek selai seluar dan selai long jacket yang tebal baru RM3.00. Alkisah kejadian maen baling-baling underwear sampai mak cik sebelah pun ikut maen sama.


Dan alangkah bahagianya kalo bandel kat Mergong tu buka. Kalo dak mesti bertambah lagi banyak benda nak kena beli. Sangat suka. Dan sepanjang perjalanan ni, kami sangat suka Malaysia sebab banyak tempat-tempat best.


See, Malaysia sangat seronok sebenarnya untuk diterokai. Aku semenjak setahun lebih nih rajin nau memuji tempat-tempat kat Malaysia. Dulu takde pun macam ni. Datang Kuala Terengganu merembes, datang Kuantan merembes, Kertih pun sama. Ipoh larh, Kangar larh, Batu Pahat larh dan paling excited sampai bandar kecik macam Raub, Bentong, Kuala Kangsar, Keluang dan Segamat pun aku puji. Paling kritikal bila aku puji Merapoh dan Pagoh. Haha. Nampak tak apa benda yang aku cuba sampaikan. Haha.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Ondewei Mencari Bandel at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...