Please Click Me

KeSIALan Sebelum dan Selepas Bali

Tuesday, July 8, 2014 § 0

Tiga bulan lepas aku telah menggedikkan diri untuk pergi ke Bali. Well, sot so on my plan pun nak ke sana. Dah tempah apa bagai, dah apply cuti, sekali aku baru tau, tarikh tutup MyCSD pun dekat-dekat tu jugak. Nokharroomm. Blessed not so bless aku pergi lah jugak. Namun aku bukanlah mahu bercerita apa berlaku kat sana bleh bleh bleh, tapi nak ceritakan kejadian sebelum terbang ke Bali dan selepas tiba di Malaysia

Well, mula-mula aku saja book flight daripada KL. Konon murah. Memang murah. Dalam kepala plan samada naek bas atau train daripada KB ke KL. Dah dekat-dekat tarikh, aku pun book lah train. Dapat Second class yang ada katil. Dok plak kat tingkat atas. Okey larh.

25 April 2014, bersamaan dengan hari Jumaat. Train aku gerak kol 6.17 petang. Kol 5.45 aku tak kuar rumah lagi. Pasainya aku tak siap packing apa haram jadah lagi. Ambek budak-budak kat Nurani dan Murni dan shoot ke Stesyen KTM kat Wakaf Bharu. Bapak cuak sial. Tet tet tet, dah kol 6.16 petang. Kelam kabut nak kuar keta tak sempat nak salam-salam dan  pak cik tu dah push suruh masuk lam coach. Masuk lah, carik katil aku. Dapat rasa train dah gerak. Seluk punya seluk punya seluk, DAMN, Smartphone aku tertinggal dalam keta. Seluk suma poket jumpa basic phone aku. Gagah call dorang dalam keta bagitau phone tertinggal. Dorang kata nak ligan keretapi.

Nak dijadikan cerita jugak, dengan segala kekusutan yang melanda dan segala makneka misscomm, aku dah sampai Tanah Merah, dorang baru sampai Pasir Mas. Celaka nokharom. Dorang sempat camwhore lagi. Bila dah macam tu, aku pun decide untuk turun daripada train bila dah sampai Kuala Krai. Aku punggah segala barang-barang aku dan kuar.

Malam tu jugak aku book flight ke KL. For what I know, aku pun dapat tiket pada harga plus minus seratus. Okey larh. Kemudian kol 3 pagi aku try nak check in. Sekali dia bagitau website dalam maintenance since 10 o'clock tadi. Phewwww naseb sempat book flight.

Nak dijadikan cerita jugak, aku tak sempat nak exchange duit. Plan asal nak tukar je kat KL Sentral. Okey takpe takpe, aku tukar sikit dulu dalam RM100 macam tu kat LCCT dan the rest tukar kat Bali nanti. Exchange rate kat airport serious mahal. Tapi apa jadahnya aku terus hulur semua duit Malaysia aku kat dia dan tukar jadik IDR dan USD. Bila dah siap terus aku memaki diri sendiri sekali lagi.

Nak charge phone. Malas nak carik plug point, korek-korek beg, NICE. Power bank tertinggal pulak. Bapak suwey gila kowt. Naek kapal terbang. Okey nice, semua flight crews pakai casual. Aku tido dan aku rasa seperti ada orang dok gesek-gesek pungkoq dia kat aku. Lantak lah dorang ni nak buat kerja. Sampai lah aku mendarat dan ketua crew pun membuat exclaimation "Waaaaa, welcome to Bali"!!! 


++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa nak balik pun sama jugak suwey tu tak berenti lagi. Flight awal-awal pagi. Aku hanya ada USD dan sedikit IDR sahaja lagi. Bila dah sampai airport, NICE, IDR aku tak cukup nak bayar taxi. Bagi USD, supir tu xde small change plak. Last sekali aku suruh dia keep the change. Dah rugi dekat RM20 kat situ. Takpelah, sedekah amal jariah.

Buat makluman semua, aku akan terbang ke India plak sesudah Bali. So aku kena setelkan VISA aku kat KL. Mendarat sahaja, terus book flight untuk balik KB. First thing first. Amek taxi dan menonong terus ke Mont Kiara. Sebabnya dalam borang VISA yang kena isi online tu tulis alamat Embassy kat Mont Kiara. Kena taxi RM84. Sampai ja kat Mont Kiara, alangkahnya ringannya mulut aku nak mencarut apabila dapat tahu tempat nak hantar borang VISA  tu kat CM sahaja. Cilakak. LCCT nak ke CM tu cost dia RM12 ja kowt. RM10 untuk aerobus dan RM2 LRT. Kalau kedekut, jalan kaki pun boleh. Sudahnya aku amek taxi gi CM dah kena RM20++.

Aku ingatkan lama lah urusan kat pejabat ni, so aku amek last flight ke KB. Sekali tak sampai 20minit bang. Kol 1.30 tengah hari suma dah setel. Babi babi babi. Apa aku nak buat sementara nak tunggu flight. Last sekali aku naek bas gi LCCT. Dok lepak sana, makan apa bagai. Naek bas gi KL Sentral balik. Lepas jalan-jalan kat Mall dan patah balik ke LCCT naek bas semula. Ulang alik. Yesss, sampailah flight aku dalam kol 10 gitu.

Begitulah serba sialnya perjalanan aku. Namun aku seronok gi Bali. Dapat jumpa balik kawan lama. Dapat jalan-jalan, dapat segalanya. Namun looking back, aku suka perjalanan serba sial macam ni. Well-plan vacation bukanlah impian aku. Nak carik perfection carik orang laen, bukan aku. Aku bangga dengan diri aku yang tidak sempurna ini. Ehe.

#BaliNaughtyEscape

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading KeSIALan Sebelum dan Selepas Bali at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...