Please Click Me

Mimpi Supernatural

Wednesday, August 20, 2014 § 0

Belog aku ni memang banyak cerita tentang mimpi-mimpi aku yang pelik-melik. Aku tak tahu lah apa dia tahap pelik orang lain. Tapi nama pun dah mimpi.

Semalam aku banyak kali bermimpi. Normal tidur lah kowt mimpi banyak. Tapi ada tiga kejadian yang paling bermakna dalam ingatan. Ia adalah seperti berikut:

MIMPI 1
Aku tengah tengok bola kat TV. Malaysia lawan negara apa entah. Baru berapa minit kita dah bolos. Sial betul. Aku boleh mimpi Team Malaysia kalah. For the record, aku sentiasa menyokong TEAM MALAYSIA. Biar kalah, biar menang. Hehe. Amek semangat patriotik sempena BULAN KEMERDEKAAN. Sambung, lepas pasukan lawan tu jaringkan gol tiba-tiba dia injured. Kena tackle dengan pemain Malaysia. Dia menjerit-jerit. Bila paramedic sampai tengok dah berdarah-darah. Masa nak cabut boot bola tiba-tiba kaki player tu tercabut. Tercabut dari lutut dan betis. So putus tiga lah. Peha masih bersambung dengan badan. Gila horror tengok player tu mengangis-nangis. Apa dahsyat sangat main bola sampai tercabut kaki.

MIMPI 2
Aku rasakan rumah aku ni ada satu kuasa Supernatural. Ada benda yang haunted. Tapi aku tak berapa pasti sebab ni macam sambungan mimpi malam sebelumnya. Cuma nampak vision pintu, tingkap dan gelap.

MIMPI 3
Okey, ini climax dia. Aku nampak pemain bola tadi tengah terbaring atas katil. Tiba-tiba datang seorang lelaki dan dia scratching muka pemain yang terbaring di atas katil itu. Kelar wrist dia sendiri dan bagi minum darah tersebut kat pemain bola berkenaan. Rupa-rupanya manusia yang terbaring pada katil tersebut adalah lelaki yang berwajah menyerupai pemain bola berkenaan. Player berkenaan sebenarnya adalah makhluk Supernatural.

Player itu mempunyai kuasa menyembuhkan diri sendiri dengan regenerates tubuh badan yang rosak. Seperti zombie, tetapi bukan ia. Sesiapa yang meminum darahnya akan mempunyai DNA serupa. Dibakarnya lelaki di atas katil itu seolah dia sendiri membunuh diri.

Pada masa ni ternampak bayang-bayang Witches, Vampires dan Werewolves. Masa mimpi dah nak sampai part yang menarik, dan jam loceng aku berbunyi. Nampaknya aku takkan tahu kesudahan perlawanan Supernatural berkenaan.
Dalam The Vampire Diaries aku paling minat The originals jadik villain. Dorang sangat cool. Mikael (Father), Esther (Mother), Finn, Elijah, Niklaus, Kol, Rebekah and Henrik. Sayangnya Henrik mati masa kecik. Dorang ada accent yang sangat mengiurkan especially Klaus dan Kol.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Mimpi Supernatural at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...