Please Click Me

Archive for October 2014

Diari-diari Vampire

Tuesday, October 21, 2014 § 0

Dari dulu lagi, pilihan rancangan TV, bacaan, aku berkisar tentang satu kumpulan manusia (atau supernatural) yang mempunyai pelbagai kebolehan tetapi bersatu untuk mencapai matlamat yang sama. Sebab tu dulu masa kecik aku pilih untuk Baca Misteri Naga (Dragon Quest, Dai No Daibouken) daripada Mutiara Naga (Dragon Ball). Bila membesar aku tengok FRIENDS walaupun aku rooting Everybody Loves Raymond. Aku dengar Super Junior daripada TVXQ dan macam-macam lagi.

Kini my new craze adalah The Vampire Diaries. Nak dijadikan cerita aku tengok series ni masa pilot lagi tahun 2009. Tapi penat sial nak kena tunggu seminggu-seminggu episode baru. Lepas episode 162 Candles aku fed up. Pertamanya Lexi mati. Pompuan tu mantap kowt. Lepas tu aku stop konon nak bagi perabes satu Season baru start balik. Tak satu Season lah, dah Season 5 baru tengok balik. Happy sikit sebab watak Lexi selalu recurring dan dia sentiasa muncul dalam keadaan yang mantap.

Kenapa aku minat The Vampire Diaries. Sebab utama adalah ada kepelbagaian watak dalam ni.

Of course ada Vampire


The Original Family


Werewolf


Vamp plus Wolf = Hybrid


Witches Bitches


Doppelganger


Ghost.. wooo Spooky


Hunter. The Brootherhood of Five


Travelers

Setiap satu ni ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Kemudian dalam ni jugak dorang berpegang kepada the balance of nature. Do not upset the mother nature, because nature is one crazy bitch if you pissed them off. Semua benda ada loopholes serta peraturan tersendiri. Nak menjelma jadi apa-apa kena ada price to be pay.

Sebenarnya juga ada banyak perlambangan terhadap kehidupan dalam series ni. Moral value paling tinggi dalam series ini adalah kekeluargaan. Contohnya The Original Family. Always and Forever. The Salvatore’s brother pun tunjuk benda yang sama juga. Parents yang cuba protect anak dorang walaupun anak-anak tu benci kat dorang macam Isobel and John yang cuba protect Elena.

Contoh lain yang paling aku suka sebenarnya adalah sired bonds. Penarangan lanjut adalah pada print screen di bawah ini.

Selain daripada memiliki rupa paras yang hot, gorgeous, handsome, body yang mantap mengiurkan, sebenarnya para pelakon dalam TVD sangat berbakat. Terasa penghayatan dorang dalam setiap lakonan. Contohnya seperti Nina Dobrez. Dia melakonkan dua watak, Elena Gilbert – protagonist dan Katherine Pierce a.k.a Katerina Petrova – antagonist. Setiap kali ada watak yang mati mesti akan rasa kesakitan watak-watak ini. Kemudian kebolehan untuk menukar watak Caroline Forbes daripada obnoxious kepada vampire yang mantap.

Banyak guest star termasuk The Original Family bercakap menggunakan accent non-American. Ada British, Australian, New Zealand. Merembes kowt dengar especially British Accent. Aku paling suka dengar Accent Klaus dan Kol.

Setakat ini dahulu. Dari masa ke semasa aku akan update lagi.

Buhbye


YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...