Please Click Me

Archive for November 2014

Poor and Broke

Tuesday, November 4, 2014 § 0

Tajuk tak nak mengalah. Mesti nak kena bahasa Inggeris. Tulis, tak ada plak dalam English.

Para kedua, aku dah kembali tengok 2 Broke Girls. Aku suka hidup dorang yang poor and broke. Aku pun pernah berada dalam kasut seperti mereka. Bukanlah sekarang aku ni kaya dan berada, tapi bolehlah cakap, money is not a big issue anymore. Kalau dulu hmmmm. Semuanya bermula lepas aku konvo. Ni nak amek semangat budak-budak yang baru nak Konvo. Welcome to the real world, it's suck and you're gonna love it.



Nak dijadikan cerita, aku dulu belum habis study memang dah dapat kerja. Tapi berapa sangatlah bayarannya. Dan nak dijasikan cerita, aku ada hutang dengan USM tau. So sapa-sapa lepas ni nak graduate, rajin-rajinlah check akaun anda. Kadang kita terlupa nak bayar certain yuran atau ada certain denda. Tapi alhamdulillah, aku berjaya gak bayar dengan jerih dan perih. Siap buat installment dan agreement okey.

Fast forward, aku berenti kerja, balik Sarawak, pergi Johor, kena reject, nomad sebulan, squatting sana sini, aku dapat balik kerja lama aku. Journey ke arah itu memang jauh ya btw. Since kejadian itu, aku tak pernah jejak kaki lagi balik ke rumah aku kat Sarawak.

Sepanjang fasa kedua aku bekerja, memang aku fokus. Aku start masuk rumah sewa dan bermulalah era aku menjadi housemate yang superpower. Setiap pagi aku pergi kerja jalan kaki. Dari rumah sewa aku ke tempat kerja ada lebih kurang 30 minit berjalan. Sampai je tempat kerja gagah salin baju t-shirt jadi baju kerja. Spray lah minyak wangi Faizal Tahir yang beli RM39.90... dan masih ada lagi sampai sekarang ya.

Makan memang catu. Aku akan buat calculation. Bila dapat gaji aku akan tolak siap-siap semua perbelanjaan wajib. Kemudian baki yang tidak seadanya itu aku akan bahagi 30 untuk setiap hari aku hidup sehingga gaji seterusnya. The next day aku akan repeat benda yang sama tapi bahagi 29 hari sehinggalah hari gaji yang seterusnya.

Balik petang plak, aku akan stay kat pejabat. Sebab malam aku akan buat part-time mengajar tuisyen. Adalah 2, 3 tempat tuisyen aku mengajar. Aku pun pernah jugak buat home tuition. Gaji tak seberapa, tapi cukuplah nak tampung hidup sebulan.

Pengangkutan utama aku adalah bas Rapid Penang. Selain jalan kaki gi kerja, aku akan pergi ke tempat-tempat lain naik bas. Ke tempat tuition, Tesco, Mydin semua naek bas. Aku rasa seronok naek bas. Tambang baru berapa ringgit. Dan sebulan aku akan allocate RM50 untuk tambang bas.

Dengan gaji tak seberapa aku pun berusaha dapatkan lesen memandu, SENDIRI. Aku usaha sendiri. Alhamdulillah lepas beberapa kejadian (yang anda boleh cari sendiri dalam belog ini) maka aku pun dapat juga lesen memandu. Dan dengan duit-duit yang ada juga lah aku berjaya membeli kereta pertama aku.

Kalau aku teringin nak membeli sesuatu, aku akan plan betul-betul saving aku. Contohnya macam masa aku nak beli TV. Hambek. Memang plan betul-betul dan siap buat kajian pasaran. Akhir sekali aku beli kat Seng Heng dan siap jadi member lagi. Memang berbaloi-baloi. Haha.

Maka begitulah serba ringkas hidup aku zaman dulu-dulu. Walaupun selalu broke tapi aku rasa bahagia sentiasa. Rasa hidup ni senang. Keinginan untuk survive tu memang membantu kita untuk hidup bersederhana.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...