Please Click Me

#VMY2014

Sunday, December 7, 2014 § 0

*Post ini ditulis 10 bulan yang lepas, tapi aku lupa untuk publish. So baru lah teringat nak Publish hari ini*

Sekali lagi Tahun Melawat Malaysia datang. Antara tahun Melawat Malaysia yang dok ingat adalah 1990. That's it. Praaaap, 24 tahun lepas tuh ada sekali lagi. Bila buka Wikipedia baru tau rupanya kita ada Visit Malaysia Year 1990, Visit Malaysia Year 1994, Visit Malaysia 2007 dan Visit Malaysia 2014 atau di'hashtag'kan sebagai #VMY2014.

Aku sebenarnya suka Tahun Melawat Malaysia. Bukan aku tak suka pergi keluar negara, tapi seberang laut aku pernah pergi pun barulah Brunei, Jakarta, Bandung, Phuket dan Bangkok. Singapore pun aku tak pernah sampai. Aku tak macam student sekarang tak abeh study lagi dah travel negeri ada salji. Aku suka travel dalam negara tanpa ada sebarang alasan kukuh. Cuma sekarang aku confuse aku suka explore dalam negara as in aku explore Shopping Mall dalam Malaysia atau macam mana. I would never know.

Tapi daripada New Year membawa ke pertengahan Februari aku dah pusing Semenanjung banyak kali. Setakat Penang tu dah macam balik kampung. Last time kami travel dari Kota Bharu ke kampung nama Mangkuk kat Setiu dan duduk tepi pantai makan sotong goreng tepung. Kemudian bergerak ke Kerteh, bandar Petronas. Tengok wayang dan makan. Satu benda yang menarik perhatian kami adalah bandar Kerteh tu adalah tumpuan engineer dari segala tempat, tapi still dorang jual nasi goreng pada harga yang munasabah. Dan Mall dia pun takda lah merepek. Nak kata lengkap tu takdalah, just satu tingkat tapi benda-benda yang kita perlu semua ada. Paling utama tak ada lah masalah escalator rosak kat situ.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Segamat/Pagoh menerusi jalan Muadzam Shah. Surprisingly, bandar Segamat lagi tersusun dan mudah daripada well you know, tempat mana lagi aku nak bandingkan. Pagi tu kami dok lepak kat Pagoh, which is sebenarnya lebih kurang 30 minit ke Segamat atau jarak perjalanan daripada Kubang Kerian ke KB Mall pada pukul 3 petang hari bekerja. Kat sana segala yang kami wish hampir semua jadi kenyataan. Expectation untuk tidur dan mandi, sekali nah dapat Maharaja Lawak Mega, dapat makan sarapan dan tengah hari dua hidangan setiap satu. I mean, breakfast ada dua meal dan lunch pun dua meal. Kemudian dapat makan cheese cake atau kek bodo. Katanya kalau kek pandai dia lapis-lapis. Hospitality pun sangat menyenangkan dan family dorang sangat welcoming. Katanya dah biasa dah orang datang ke rumah.

Siap makan kenduri bergerak masuk ke Melaka untuk solat di Masjid Negeri. Dan berkenalan dengan Mydin Melaka yang besar. I mean kalau setakat Mydin Kubang Kerian tu, celah gigi jek. Kami juga bekenalan dengan definisi sebenar LALUAN ALTERNATIF. Expressway dua lane ye. Bukan jalan kampung yang tiba-tiba signboard kata "Screw you, find your own way". Perjalanan ni jugak membuktikan kelewatan itu bersifat exponential. Kadang ada kereta slow 5 saat kat 50 KM di hadapan boleh menyebabkan kami 50 KM di belakang merasai kelewatan sebanyak 40 minit. Yeap, true and sad. Aku masih tak paham sikap slow kenderaan untuk tengok orang accident dekat laluan sebelah, lane paling hujung di atas PLUS.

Kalau berjalan masa cuti perayaan kita akan nampak pattern pada lebuh raya. Cuti nya sekarang adalah Tahun Baru Cina. So akan ada kesesakan yang hebat di Ipoh. Aku rasa kat Penang pun mesti sama jugak dan sekitar Johor membawa ke Melaka. Memang, kami nak masuk Ipoh okey lagi tapi yang keluar daripada Ipoh adalah amat menggerunkan. So kalau nak masuk bandar-bandar kena rancang, sebelum cuti, semasa cuti atau selepas cuti. So far kami hanya bertemu kesesakan di Tangkak, Melaka dan Seremban. Tetapi tidak di Kerteh, KL, Petaling Jaya dan Ipoh. So we win bitch. Owh btw, Ipoh pun ada Mydin yang besar. Dan kalo banding Mydin Kubang Kerin pun masih celah gigi, parking free dan convenience.

Merujuk kepada perenggan di atas "Kalau berjalan masa cuti perayaan kita akan nampak pattern pada lebuh raya" juga apply di atas Gerik. Kami mendapati banyak kenderaan menuruni bukit bukau Gerik menuju ke belah Pantai Barat, sama ada Perak, Penang atau Kedah. Kalau di Pantai Barat patternnya adalah orang keluar daripada Ipoh (dan aku percaya keluar daripada Penang), tetapi di atas Gerik pattern adalah memasuki kedua-dua tempat ini. So kami membuat inferens bahawa banyak orang Kelantan kerja luar daripada negeri mereka. Yesss, memang banyak kereta yang pergi ke Pantai Barat melalui Gerik dan kebetulan esoknya adalah hari Isnin.

Sebenarnya banyak tempat menarik kat Malaysia nih walaupun takda salji apa bagai tuh. Dan aku rasa berjalan dalam negara tak semestinya kita nih miskin atau perjalanan tu membosankan. Well dalam 22 Habits of Unhappy People (#22HoUP) #2 Retail Therapy.


If you can't afford to get away, become a tourist in your own city.  Skydive, bungee jump, go to the beach alone, take a hike on an unknown trail, go up to a complete stranger and invite them for coffee, hell… read a book; there are so many things you could be doing that will enrich your life that doesn't involve buying things.


See, aku cuba untuk get rid #22HoUP sebab aku sekarang hidup dalam keadaan tidak gembira. Olrite setakat ini dahulu.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading #VMY2014 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...