Please Click Me

Archive for 2015

2015 Di Dalam Cengkerang Kacang

Thursday, December 31, 2015 § 0

Baeklah, actually aku malas sebenarnya nak buat post ni. Ingat nak bergantung kat #2015bestnine tu je. Tapi mostly best nine aku semua post yang ada hashtag EXP.. Sangat tidak menggambarkan keseluruhan hidup aku sepanjang 2015.. EXP tu satu bulan ja, which BTW aku akan tulis jugak. Silalah baca dan klik iklan la weah...






JANUARI
Ni adalah bulan aku menerima Ben dan Lexi. Dorang ni sangat buas, tapi sangat manja especially Ben... Semua orang sayang kat dorang. Senang nak jaga tapi kuat makan lah lahanat. Sekarang dorang pun dah ada anak, lahir 18 Oktober lepas. Tapi 3 hari sebelum kelahiran anak-anak dorang, Ben hilang. Dua bulan lepas tu jumpa balik, tengok-tengok dia dah sangat kurus, telinga koyak dan ada jangkitan fungus kat muka... Sekarang Ben dalam proses recovery. #Pray4Ben 


FEBRUARI
Bulan Februari adalah masa nak support member-member. Masa ni lah Put bertunang, masa ni jugaklah nak buat konsert, masa ni lah jugak nak buat program tu program tu, program ni. Member lama si Nana pun kawen masa ni jugak. Kenang member, maka kita pun pergi semuanya. Gagah drive ke sana ke sini. Haha. Kelantan, Penang, KL, Temerloh merata engkau pergi tanpa penat dan ragu.



MAC
Mac adalah antara bulan yang aku sangat kerap balik ke Penang dan feeling-feeling sendu macam mana entah. Maybe sebab birthday month kowt. So sendu dia lain macam pulak.


APRIL
April adalah antara bulan yang buatkan aku selalu tak tido malam. Aku dah mula balik tak tido malam bermula bulan ni, selepas recover dari penyakit tak nak tido buat sekian lama. Semua bermula lepas aku jadi rapat dengan Assif. Kitorang sebenarnya awkward kalau berdua, kena ada the third person. Tapi macam mana entah, kitorang TERkarok berdua selama dua jam dan lepas tu, our perspective towards each other pun jadi lain. Aku ni baek sebenarnya. Haha. Lepas tu, kitorang pun jadi rapat macam mana entah. Tapi jangan sembang benda ilmiah kat dia. Sebab dia budak master, kalo kuar lepak nak bincang benda ilmiah, baek masuk kelas. Haha. Gambar kat atas diambil the morning after kejadian karok dua jam dan menjelajah tiga restoran mamak dalam satu malam and it was 7.30 am btw.



MEI
Mei adalah masa aku melebarkan circle aku. Friends of my friends are my friends. Haa macam tu. So makin banyak kenal dengan manusia-manusia. Mana dari circle Aki, mana dari circle Gob, mana dari Circle Assif, mana dari circle Tasya. Semua kasi campur, kuah banjir. Dan yes bulan Mei pun aku masih tak boleh tido malam lagi lah sial!!!!!!

JUN
Bulan ni, kerap kali jumpa member-member lama. Selain Pah dan Kak Ira Super Junior, ada lagi beberapa orang aku jumpa sepanjang Jun.

JULAI
Bulan Hari Raya. Aku balik kampung, tapi highlight mesti adalah trip aku pergi ke Hat Yai/Krabi. Tanpa ada perancangan, main redah ja. Merajuk punya pasal bawa hati duka lara. Kalau tengok gambar ni, pelis jangan merembes lama-lama dengan puting aku. Macam mana entah boleh terstim plak. Tapi lantak la. Hahah. Lepas balik dari Krabi, terus meredah berhari raya di Ipoh sampai tak mandi, tak apa semua. Nasib ada Nik Syazne dan Gob, boleh jalan-jalan kat area Ipoh dan kena bahan dengan mak Gob, "Syahmi paling tua". Alhamdulilah, aku pegang pesan mak cik ye.. haha..

OGOS
Bermula bulan "buat-buat busy" bagi seorang Syahmi. Sebab masa ni la nak kena urus PPSL, kena urus Program Siswa Lestari, PIMPIN Siswa, Pemilihan MPP dan segala maknika core business. Semua mai serentak. Sempena bulan kemerdekaan, aku pun pakai baju berkenaan. Tapi serious aku sangat berpuas hati dengan PPSL tahun ini. As usual like I said, setiap batch ada keistimewaan masing-masing. Namun, trust dan faith aku pulih sikit tahun ni. Lepas sort of "collateral damage" ka macam mana, aku mula from the scratch. Ini la orang kata gajah sama gajah bergaduh, kancil mati kat tengah-tengah. Tak paham jenis bergaduh tapi mangsanya mesti adalah geng-geng collateral damage, macam aku. Sian kat aku. Hehe.

SEPTEMBER
Bulan EXP. Mula-mula buat kat Kelantan, lepas lebih sebulan ditangguhkan. Aku punya cuak tu macam ayam ja. Kita buat projek dengan member, dan bila ada kesilapan kat belah kita mesti cuak punya. Macam kita ni betray trust depa. Tapi Alhamdulillah berjaya juga buat dan seminggu lepas tu, EXP pun buat The Grand Finale. Ni adalah semasa The Grand Finale kat PISA. Nak support member punya pasal, aku ada Variasiswa at 8pm, kemudian bagi makan gelandangan at 11 pm, siap dalam kol 4 pagi. Lepas tu gagah gi PISA tengok member. Kol 6 pagi balik rumah siap-siap terus gi PISA. Tapi dalam 5 jam jugak aku tido kat bilik gerakan. Hehe... Tahniah kat EXP Speakers, especially kat housemate, abang Azhar dan Solihin. Aku kagum dengan kesungguhan dorang buat kerja.

OKTOBER
Actually banyak benda berlaku dalam bulan Oktober ni. But I choose nak highlight Abang Azhar Kahwin. Lapan tahun kenal weah, dari aku first week duduk kat USM lagi. Dia la yang banyak ajar aku buat banyak benda. Sampai masa EXP pun dia masih banyak tolong dan ajar aku buat benda. Kira dia ni macam Pendekar Penyu la dalam Dragon Ball atau Mahaguru Avan dalam Misteri Naga. Haha. Gila tak terharu tengok dia kawen. Masa aku takda tempat tinggal pada awal tahun 2011 pun dia yang amek aku dan bagi aku tempat tinggal, sampai la ke tahap aku sekarang. Thank you Abang Azhar!!!

NOVEMBER
Weah, Ibu ni elemen penting untuk warga USM tau. Selama 6 bulan dia tutup sebab nak sambut puasa slash raya slash pergi menunaikan iabadah haji. Bila dia buka balik, kegembiraan warga USM tak dapat dibendung. Ibu dah selesaikan masalah "Makan Kat Mana?" pada waktu tengah hari buat warga USM. Lepas ni kalau aku amek Assif balik kelas setiap tengah hari, tak ada lah duduk dalam kereta selama 30 minit untuk fikir nak makan kat kedai mana, dan end up pusing-pusing Penang for another 30 minutes untuk mencari kedai yang kena selera. Yearhhh!!!!

DISEMBER
Setiap Disember aku akan pastikan aku balik Sarawak, especially kampung untuk lawat saudara-masa dan kubur mak aku. Biarlah ada malaun biadap pernah sound aku kata "nak berdoa tak payah tepi kubur, doa jauh-jauh pun sampai jugak". Aku serious fucked up kowt. Tapi sebab kenang dia orang tua ja dan parents to someone else, kalau tak mesti aku dah ke tali gantung dan 5 tahun yang lepas. Tapi anyhoo, balik kali ni sedikit emosi jugak. First, bila cousin yang rapat dan banyak tolong kami meninggal sebabkan accident kereta. Keduanya bila kami reunion with my mom best friend, I cannot hold my tears bila tengok dia start menangis seeing all of us adik-beradik. Paling aku sebak adalah bila dia kata dia terkenang mak aku sampai terbawa-bawa dalam tidur, masa buat air dan macam-macam lagi. Bila tengok kami masing-masing dah kerja lagi la dia sebak. Dia kata kesian sebab mak tak sempat nak tengok kami semua membesar up to this point. Now you all know my secret of being so cold and without emotions. Kalau aku benarkan emotion masuk dalam hidup aku, aku serious takkan boleh moved on dengan my mom's death. Just imagine, after sebulan setengah tak jumpa dan bila jumpa balik she's already dead. Hidup kena diteruskan, no tears. She taught us to be strong, to endure the pains. rest in peace Mom.

Baeklah setakat ini dahulu post kali ini. Terima kasih buat semua orang yang datang dan jadikan 2015 aku sangat bermakna. Hopefully 2016 akan datang dengan cabaran dan penceritaan yang lagi mencabar. Dan harap-harap aku jumpa jodoh 2016 ni... Nak anak weah!!!! waaarrgghhh

Buhbye

~Ruff Ruff~

Keinsafan Di Hujung Tahun

Sunday, December 27, 2015 § 0

Hello…

Dah lama gila belog ni terabai. Dengan perkembangan yang terlalu-malu pesat dengan gadget dan peranti elektronik, belog ni dah makin lama makin tak relevan plak. Tapi it wouldn’t kill anyone pun kan kalau nak update.

Baeklah, tujuan post kali ini ditulis adalah untuk aku mengingati dengan baik apa yang berlaku dalam minggu lepas. Lemme put it this way. About a year ago, I made a very huge mistake. So far, bukanlah kesilapan yang paling besar in the history of Syahmi pun, but worth to mention. The first, the second, the third month, nothing happens. I guess it really doesn’t matter, until last week when the nightmare finally comes alive.

But God really works in mysterious ways. After He punishes me, He offers me redemption. You know what funny about that is, the offers were the exact amount of my mistakes. You know how I know, yeah simply because I can amount my mistakes.

I didn’t blame anyone, or my surrounding, but it made me realize my wrongdoings. Gila, kalau aku gelabah ayam sekalipun, benda tu takkan pulih sendiri. Adalah lebih baik kalua aku duduk elok-elok, fikir dengan tenang dan menginsafi diri. So Syahmi lepas ni, sebelum buat apa-apa kena fikir dosa pahala dulu. Ingat Tuhan. Kalau Dia nak Tarik balik nikmat tu, sekelip mata ja.

Baeklah, ini sahaja.

~Bye~

Ruff Ruff

Penang State of Mind

Friday, May 15, 2015 § 0

It’s a well known fact, Syahmi plus weekend is equal to Penang. The top questions asked to me prior to weekend is “Minggu ni balik Penang tak?”. And my answer will be “We’ll see”. And 90% of the times you’re gonna see me hiking on one of the mall in Penang the next hours.
This one was captured on 10th floor, Desasiswa Tekun USM. Yeah, aku rindu Tekun weah. Serious rindu gila babi

And this is my home now. Bukan dekat K, ni kat Penang. Pun rindu jugak rumah ni.

Is it a hobby? Well, a very long distance hobby that’ll cost you plus minus RM100 per trip times four if you wanna make it per month, I would rather say don’t choose this hobby if you are capable of other things. Collecting stamps is still fine in this time. Then why? That’s a very difficult question to answer. There’s no appropriate ways for me to express myself without leaving any scar to others. It’s hard isn’t it? I’m the one who drive 700KM every weekend but on the other hands I have to take care what other will say. I could say, fuck them it’s my life but again is it gonna bring any less harm?

Lot’s of people ask me, who are these people I’m hanging out with in Penang. There are a lot’s of people. During my first year in K (it’s a shortform for, you know) it was my Dongsaeng. Going out with him was the best things could happen, brotherhood wise. Then I manage to hook up with ONDEWEI people. A group of “Orang Tua” I would say because of our age gap is very narrow, a year or two I guess. If there are “Orang Tua” there will be “Orang Muda”. These green people consist of mostly first year student with their Nenek Kebayan (Sorri Aki, Denni maksudkan Cami tau.. hehe) and they call themselves “Lembu moo moo”.

Sometimes when Orang Tua in ONDEWEI or Orang Muda in Lembu couldn’t make it, the glue to this group will save the world. And it will be Cami and her binatang peliharaan Museng. Seriously that are the names of people, believe me.
My Dongsaeng. Kat belakang tu adalah watak dalam fairy tale Cami and her Museng Pet

Teater Jalan Mati. Kredit gambar dari Aki

Recently I found another piece, Party in Penang to hook up with. I must say, I was blessed with so many people that comes and go in my life. I never get too attached to a group of people and made “Till Death Do Us Part” or “Once A Party Always A Party” vow. Separation is part of life. Move on and expand your social circle. Easier said than done, but once it flows in your skin it’ll become your nature.

However, most people won’t agree with me, but heiy fuck off it’s my life. I can be with whoever I want to, I can go anywhere I wanna go. You have problems with it, save it a bit for your little pity group discussion wondering why I should and shouldn’t be in Penang. Bapak ko punya Penang ko tanak aku balik sana? Haha.

I wanna say my grace to these people willing to go out with me. And yeah, explore me because deep deep inside you gonna see why some people, despite of everything will always come back to me and why some people made their mind to keep on hating me with no apparent reason. Unlike some people, I love it when people hate me. It’s like a sport to me. Seriously, like hell yearh seriously.
The Legendary Pecal Ibu. Port pertemuan pelajar USM pelbagai batch. Alumni kena sign MoU dengan Ibu.

Alrighty then. Gonna save some more for the next post.

Buhbye


YZYZ

Bitter Twitter

Thursday, May 14, 2015 § 0

Where to begin. It has been so long since the last post. But recently I found out myself always trying to portray my emotion, my thought using twitter. With limited character as in Malay I call it LIMITASI AKSARA, it’s hard actually. But the good news is, if people didn’t print screen it they won’t have any evidence. Merely just a saying “Syahmi pernah tweet macam ni” didn’t really brings anything.

Speaking of the devil, okey I may curse a bit and to make it sound bitterer, I will write it up in Malay. Kepada BABI yang suka print screen tweet aku dan jaja ke sana ke sini, ko boleh mampos!!! Damn, twitter really took away all the moment. It was so mush easier to curse on twitter. Yearh knowing people will read it immediately.

Oh one more thing, it’s been awhile since I write anything in English so if you find any mistake, which will be like a crazy Friday night party for Grammar Nazis, please ignore it. If the sentence didn’t mean the way it’s supposed to be, well interpret it on your own.
You can follow me on Twitter and read my curse. Hehe. 

Next post I’m gonna write my weekend activities which involves traveling 700KM and flying cars. Well that’s a lie. Till then.

Buhbye.


YZYZ

“Dulu Encik ni MPP ke?”

Tuesday, January 27, 2015 § 0

Aku sering ditanya soalan “Dulu Encik ni MPP ke?”. Awat, kalau kerja USM memang kena jadik MPP ke macam mana. Owh no no no. Aku bukanlah MPP. Aku sebenarnya the opposite direction of MPP figure. Baru-baru ni aku sempat balik ke Induk. So aku terkeluar dengan beberapa orang student kat sana. It really brings back the memory lane. Aku nak ceritalah macam mana kehidupan zaman student aku. Biar semua orang tau, aku ni sebenarnya adalah student yang tak senonoh. Nasib ja dpat kerja kat USM. Placement plak kat BHEPP. Pengsan. Haha.


Kehadiran ke Kelas
Antara orang yang selalu tuang kelas kalau kat skul. Tapi aku tak adalah hero sangat, biasa-biasa je bab tuang kelas. Kelas kol 8 pagi memang wajib tuang. Ada satu semester tu, aku amek paper Kimia Fizik Level 2. Ada 3 kali lecture. 1st period kol 8 pagi Isnin dan the last period kol 4 ptg hari Jumaat. Luckily aku lulus gak paper tu. Memang sangat mencabar. Dan aku tak get along very well dengan satu dua lecturer aku, antaranya paper Polymer. Aku ponteng kelas dia sebab aku nak balik Sarawak pergi kenduri. Dia paling aim aku, sebab aku dah lah repeaters dalam kelas. Masa test dok tengok aku jah, takut-takut aku meniru. Well, what do u expect. Ada sorang tutor ni pun dok aim aku jugak. Ceritanya aku jatuh sakit masa sem ke-3 ka sem ke-4. Pastu aku dok guna alasan tu untuk tak datang kelas tutorial dia selama satu sem. Sepanjang 6 semester, pointer aku average di atas 2.5 dan bawah 3.0. Sekali ja aku pernah dapat 3.00 pointer, tu pun jatuh sebab paper Fizik. BTW aku gagal dua paper Fizik ye.
Sorilah, zaman aku belajar takde henpon canggih. Tapi Nampak tak, F kat paper ZCT104
Aktiviti Pertubuhan Pelajar
Aku kat sana ada tiga tahun jah. So tak adalah masa sangat nak buat macam-macam. 1st year aku tak banyak join benda. Masuklah acara sepunya Desasiswa macam DPNC dan Citrawarna. Tapi aku pun tak adalah do it very well. Biasa-biasa jah. Aku jadi Pembantu Exco untuk MPP gak masa 1st year. Banyaklah jugak program yang dorang buat. Kemudian masa 2nd Year, aku merasa jadik YDP Persatuan. Masa ni aku tak expect pun jadik YDP. Aku diberi kepercayaan untuk jadi YDP Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA). Banyaklah politik bila dah jadi ketua ni. Bila kenang balik bapak gila tak matang ja rasa. Tapi kalau tak sebab semua tu, aku tak adalah modal nak bantai balik budak-budak zaman sekarang. Hehe. Kemudian masa 3rd year aku banyak terlibat dengan Sekretariat. Kami gerakkan Sekretariat Pencegahan Rasuah. Projek plan besar-besar aja. Malaysia Book of Records lah, nak jemput Tun M lah, nak buat Kem Pencegahan Rasuah. It was a very good time back then. Masa ni jugak aku dan beberapa orang lain cuba untuk set up Sekretariat Rukun Negara yang rebrand jadik Sekretariat Sinar Perpaduan dan Rukun Negara. Katanya dulu ada Kelab Sinar Perpaduan. Pastu tak aktif macam mana entah terus kena combine dengan Rukun Negara. Seksa woiy nak set up Sekretariat. Again, kalau tak sebab pengalaman macam ni, aku akan tak ada modal. Haha.
Sumpah, gambar ni memang takda edit. Memang aku kurus dulu. Haha

Penampilan
Aku sangat suka pakai seluar pendek, hoodies, T-Shirt dan selipar jepun. Kalau ada satu kelas ja, memang aku prefer pakai seluar pendek. Kalau kelas berturut atau kena masuk lab, aku akan pakai seluar panjang dan kasut. Yeah, rambut aku memang dye dulu. Aku selalu try style rambut macam-macam, kecuali panjang atau botak. Memang aku akan allocate RM100 setiap 3 bulan untuk dye rambut. After 2010, aku dah tak pernah dah nak dye rambut aku. Dulu tak kisah pun nak kaler rambut. Sekarang ni, mau kena neraka kalau warna rambut. Aku sangatlah self-conscious walaupun nak turun kafe. Mesti nak kena pastikan penampilan sentiasa terjaga. Sampai pernah kena carut sebab nak makan sepinggan nasi ja pun menyiapkan kalah macam nak buat show. Over the time aku makin matang bab nak bersiap. Pada aku, bersiap kena tempat dah sekarang. Tak boleh semua tempat nak nampak smart memanjang.
Dok cari gambar-gambar lama, ni jah paling bright sekali warna rambut aku. Haha. Mana entah gambar-gambar lama.

Ini adalah sebahagian daripada hidup aku masa belajar dulu. Mesti ada dua tiga event yang aku senyapkan takmau masuk dalam ni. Again, apa yang kita ada hari ini tidak semestinya diukur dengan apa yang masa silam kita buat. So pada aku sentiasalah cherish moment yang kita ada sekarang. Sebab bila dah berlalu, kita takkan jumpa dah. Kita boleh panjang dan pendekkan masa, tapi kita tak boleh mengembalikan masa. Gitttuuu, Interstellar sangat.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...