Please Click Me

Archive for January 2015

“Dulu Encik ni MPP ke?”

Tuesday, January 27, 2015 § 0

Aku sering ditanya soalan “Dulu Encik ni MPP ke?”. Awat, kalau kerja USM memang kena jadik MPP ke macam mana. Owh no no no. Aku bukanlah MPP. Aku sebenarnya the opposite direction of MPP figure. Baru-baru ni aku sempat balik ke Induk. So aku terkeluar dengan beberapa orang student kat sana. It really brings back the memory lane. Aku nak ceritalah macam mana kehidupan zaman student aku. Biar semua orang tau, aku ni sebenarnya adalah student yang tak senonoh. Nasib ja dpat kerja kat USM. Placement plak kat BHEPP. Pengsan. Haha.


Kehadiran ke Kelas
Antara orang yang selalu tuang kelas kalau kat skul. Tapi aku tak adalah hero sangat, biasa-biasa je bab tuang kelas. Kelas kol 8 pagi memang wajib tuang. Ada satu semester tu, aku amek paper Kimia Fizik Level 2. Ada 3 kali lecture. 1st period kol 8 pagi Isnin dan the last period kol 4 ptg hari Jumaat. Luckily aku lulus gak paper tu. Memang sangat mencabar. Dan aku tak get along very well dengan satu dua lecturer aku, antaranya paper Polymer. Aku ponteng kelas dia sebab aku nak balik Sarawak pergi kenduri. Dia paling aim aku, sebab aku dah lah repeaters dalam kelas. Masa test dok tengok aku jah, takut-takut aku meniru. Well, what do u expect. Ada sorang tutor ni pun dok aim aku jugak. Ceritanya aku jatuh sakit masa sem ke-3 ka sem ke-4. Pastu aku dok guna alasan tu untuk tak datang kelas tutorial dia selama satu sem. Sepanjang 6 semester, pointer aku average di atas 2.5 dan bawah 3.0. Sekali ja aku pernah dapat 3.00 pointer, tu pun jatuh sebab paper Fizik. BTW aku gagal dua paper Fizik ye.
Sorilah, zaman aku belajar takde henpon canggih. Tapi Nampak tak, F kat paper ZCT104
Aktiviti Pertubuhan Pelajar
Aku kat sana ada tiga tahun jah. So tak adalah masa sangat nak buat macam-macam. 1st year aku tak banyak join benda. Masuklah acara sepunya Desasiswa macam DPNC dan Citrawarna. Tapi aku pun tak adalah do it very well. Biasa-biasa jah. Aku jadi Pembantu Exco untuk MPP gak masa 1st year. Banyaklah jugak program yang dorang buat. Kemudian masa 2nd Year, aku merasa jadik YDP Persatuan. Masa ni aku tak expect pun jadik YDP. Aku diberi kepercayaan untuk jadi YDP Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA). Banyaklah politik bila dah jadi ketua ni. Bila kenang balik bapak gila tak matang ja rasa. Tapi kalau tak sebab semua tu, aku tak adalah modal nak bantai balik budak-budak zaman sekarang. Hehe. Kemudian masa 3rd year aku banyak terlibat dengan Sekretariat. Kami gerakkan Sekretariat Pencegahan Rasuah. Projek plan besar-besar aja. Malaysia Book of Records lah, nak jemput Tun M lah, nak buat Kem Pencegahan Rasuah. It was a very good time back then. Masa ni jugak aku dan beberapa orang lain cuba untuk set up Sekretariat Rukun Negara yang rebrand jadik Sekretariat Sinar Perpaduan dan Rukun Negara. Katanya dulu ada Kelab Sinar Perpaduan. Pastu tak aktif macam mana entah terus kena combine dengan Rukun Negara. Seksa woiy nak set up Sekretariat. Again, kalau tak sebab pengalaman macam ni, aku akan tak ada modal. Haha.
Sumpah, gambar ni memang takda edit. Memang aku kurus dulu. Haha

Penampilan
Aku sangat suka pakai seluar pendek, hoodies, T-Shirt dan selipar jepun. Kalau ada satu kelas ja, memang aku prefer pakai seluar pendek. Kalau kelas berturut atau kena masuk lab, aku akan pakai seluar panjang dan kasut. Yeah, rambut aku memang dye dulu. Aku selalu try style rambut macam-macam, kecuali panjang atau botak. Memang aku akan allocate RM100 setiap 3 bulan untuk dye rambut. After 2010, aku dah tak pernah dah nak dye rambut aku. Dulu tak kisah pun nak kaler rambut. Sekarang ni, mau kena neraka kalau warna rambut. Aku sangatlah self-conscious walaupun nak turun kafe. Mesti nak kena pastikan penampilan sentiasa terjaga. Sampai pernah kena carut sebab nak makan sepinggan nasi ja pun menyiapkan kalah macam nak buat show. Over the time aku makin matang bab nak bersiap. Pada aku, bersiap kena tempat dah sekarang. Tak boleh semua tempat nak nampak smart memanjang.
Dok cari gambar-gambar lama, ni jah paling bright sekali warna rambut aku. Haha. Mana entah gambar-gambar lama.

Ini adalah sebahagian daripada hidup aku masa belajar dulu. Mesti ada dua tiga event yang aku senyapkan takmau masuk dalam ni. Again, apa yang kita ada hari ini tidak semestinya diukur dengan apa yang masa silam kita buat. So pada aku sentiasalah cherish moment yang kita ada sekarang. Sebab bila dah berlalu, kita takkan jumpa dah. Kita boleh panjang dan pendekkan masa, tapi kita tak boleh mengembalikan masa. Gitttuuu, Interstellar sangat.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...