Please Click Me

Archive for February 2016

Dragon Ball Part 2

Thursday, February 11, 2016 § 0

Aku meneruskan permintaan daripada member aku untuk membuat ulasan Dragon Ball. Penat weah nak mengulas. Tapi sebab member, kita buat jugak.

FRIEZA
Aku berpendapat Frieza ni macam sindiran terhadap multi-million dollar company ataupun politician kat dunia ni. Kerja dia cari planet dan jual tanpa peduli siapa yang akan menanggung akibat daripada urus niaga itu. Tapi walau macam mana omnipotent sekali pun, Frieza tetap takut satu perkara iaitu mati. Sebab tu dia nak cari Dragon Ball kat Planet Nameck supaya dia boleh dapat eternal life, ergo dapat jadi raja kepada universe. So sama la jugak macam multi-millior dollar company or might be the politician yang berusaha untuk mendapat keuntungan daripada urus niaga mereka, in the end semua pun akan mati or at least akan ada orang yang lebih kuat, lebih bijak daripada kita akan muncul. So untuk elakkan daripada kehilangan kuasa, apa yang perlu buat adalah dengan mendapat life source everytime near dead.

MR. SATAN
Kadangkala kita berusaha macam nak mati (or dalam DB it was literally to dead) tapi akhirnya orang lain akan dapat nama. Ada juga sesetengah manusia, yang berada pada masa dan ketika yang salah. Mereka ini sangat malang. Ada juga sesetengah manusia, yang berada pada masa dan ketika yang betul. Mereka ini sangat beruntung, seperti Mr. Satan. Dalam hidup untuk kecapi kemewahan, nama, pangkat, darjat, kadangkala kita tak perlu berusaha bermati-matian. If you there at the right moment you're gonna get it. Dalam hidup, kita akan juga berjumpa dengan orang yang bercakap besar, bermegah dengan segala benda yang dia ada. Stupid people will believe it in no time. Kadangkala manusia suka bragging dengan cara meraih simpati dan memanipulasikan kelemahan kita. Be careful people. Orang yang kita puja-puja tu, mungkin bukan orang sepatutnya. Big words won't justify their 'teloq'. Cakap besar pung pang pung pang dalam segala media, tapi kerja orang lain yang buat. Siasat secara terperinci sebelum mempercayai semua cerita yang circulate.

ASIAN AND EXAMINATION
Okey ini serious menganjing. Motif Chichi nak suruh Gohan baca buku dan belajar kat mana-mana. Selalu kita akan jumpa meme dan troll Asian Parents yang akan suka control anak dorang dan suruh belajar kat mana-mana. Being strict in education is soooooooo Asian. Tapi akhirnya Gohan berjaya jadi scholar macam yang Chichi harap-harapkan. So mom knows best.

GUY IS JERK
Perasan tak Goku sebenarnya tak kerja pun. Dia kahwin tapi tak sara pun Chichi. Guy tend to ignore his marriage when he's so into his hobbies and interest. Maybe penulis nak menyindir perangai husband dekat Jepun kowt. Dan akhirnya, Goku sekali lagi leave his wife and his family semata-mata nak train Uub. Rasanya Goku tak pernah fikirkan family dia pun tapi utamakan untuk menjadi lebih kuat. I realized that bila Gohan nampak lebih serasi dengan Pikor. However, penulis counter balik bila dia menulis watak adult Gohan as a reponsible child, husband and father. Gohan buat rumah sebelah rumah parent dia, berhenti berlawan untuk jaga keluarga dan fokus dengan kerjaya sebagai scholar. I also doubt Goku can be a good idol to kids. Bukan saja dia tak jadi a good husband and a good father, tapi dia buang kawan-kawan dia sebab nak berlatih. Bulma dan Kurin merungut sebab Goku tak pernah datang melawat dorang sampaikan Bulma dan Bezita turun cari dia. I mean, Bezita boleh rendahkan ego untuk berjumpa Goku. So you know what kind of friend Goku is. Dia terlalu fokus nak jadi kuat.

BROKEN TOY JUGA BOLEH DIMAIN SEMULA
However, aku suka perangai positif Goku. Dia percaya seseorang yang jahat boleh redeem diri dorang. Sebagai contoh, Bezita's redemption adalah paling epic. He could have been killed tapi Goku spare him sebab dia percaya Bezita boleh jadi seorang yang baik. Yes, that happens. Bukan setakat Bezita, look at Pikor, Tenshinhan, Cyborg No. 17, Cyborg No. 18 semua adalah orang jahat pada mulanya. Tapi mereka ini tetap boleh menjadi orang yang baik. So sebenarnya kita sebagai manusia jangan cepat sangat judge orang lain sebagai broken toy. With a right handyman, you still can play with that broken toy and it feels brand new.

Baeklah, setakat ni dulu. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca. Hehe.

Buhbye

Ruff ruff

Dragon Ball Part 1

Sunday, February 7, 2016 § 0

Ini adalah 10 tahun selepas Majin Buu dikalahkan
Finally aku berjaya jugak habiskan 153 episodes Dragon Ball dan 291 episodes Dragon Ball Z. Bersusah payah nak habiskan. Baeklah, demi meraikan kejayaan menghabiskan anime berkenaan, aku nak buat satu post khas tentang Dragon Ball. Ni pun sebab ada member aku yang suruh. Dia tu peminat tegar Dragon Ball sampai emel pun buat diana_db iaitu db bermaksud Dragon Ball. Hehe.

Just to be clear, aku masa kecik tak baca sangat manga DB. Aku beli buku No 20 perlawanan antara Goku dan Bezita dan buku No 21 perjalanan ke Planet Nameck. Aku dulu lebih fokus kepada Misteri Naga, adaptasi dari chains Dragon Quest atau nama Jepun dia Dai No Daibouken. Selebihnya buku DB aku baca melalui member. So aku selalu miss dan terlepas beberapa event penting. Enough with that.

Pada aku, plot cerita DB ni simple dan replicating on its own. Tapi apa yang cuba disampaikan oleh Akira Toriyama sebenarnya sangat besar. Perjalanan cerita boleh pecah kepada 4 bahagian. Pertama berjumpa dengan rival yang akan end up menjadi alliances. Kedua sesi latihan dengan pelbagai mahaguru atau latihan sendiri. Ketiga berjumpa dengan musuh dan of course musuh akan mati pada akhirnya. Bahagian yang terkahir adalah Tenkaichi Budōkai atau dalam BM dorang translate sebagai Pertandingan Kung Fu Antarabangsa. Objek mutiara naga tu pulak letak kat mana? Semasa DB, jalan cerita mainly berkisar tentang mencari mutiara naga. Tetapi bila masuk DBZ, hanya Saga Frieza sahaja yang menjadikan mutiara naga sebagai objek utama. Dalam saga seterusnya, watak mutiara naga tu dah jatuh kategori “Penampilan Khas” sahaja.

Tapi kurang pasti Anime DB ni follow sepenuhnya Manga DB ke tak. But what I notice, Anime macam ada tambah beberapa cerita tambahan tapi masih ikut storyline Manga. So kita tengok apa Saga-saga yang ada dalam DB, mengikut pemerhatian aku.

Dragon Ball
  1. Saga Maharaja Pilaf
  2. Saga Pendekar Penyu
  3. Saga Pertandingan Kung Fu Antarabangsa I
  4. Saga Tentera Reben Merah
  5. Saga Pertandingan Kung Fu Antarabangsa II
  6. Saga Pikor
  7. Saga Pertandingan Kung Fu Antarabangsa III


Dragon Ball Z
  1. Saga Saiya
  2. Saga Fliza
  3. Saga Cyborg
  4. Saga Cell
  5. Saga Majin Buu


Dalam Dragon Ball, aku paling suka saga Pendekar Penyu dan Dragon Ball Z aku suka pada Saga Fliza.

Being The Best
Di dalam DB, watak-watak ditekankan kepada keingingan untuk menjadi The Best of The Best. Meningkatkan keupayaan diri kepada yang paling tertinggi. Ini merupakan satu stereotyping kepada masyarakat Asia especially Asia Timur. Tapi setiap kali muncul watak yang baru, kekuatan dari perlawanan lepas macam dah reset to zero. Contohnya continuity Fliza kepada Cyborg kepada Cell. Kita tahu Cell kuat sebab gabungan kebolehan dan kuasa semua (Goku, Bezita, Pikor, Fliza etc etc). Tapi macam mana Cyborg boleh jadi lebih kuat daripada Super Saiya Bezita? Future Trunks pun tak dapat kalahkan No. 17 dan No.18 tapi Future Trunks dapat bunuh Fliza dan bapa Fliza dengan sangat mudah. Walhal Fliza punya kuat sampai boleh musnahkan satu planet. Seperkara lagi bila Goku meletakkan bench yang terlalu tinggi, watak-watak lain semua nampak lemah. Kurin, Tenshinhan, Yamu semua nampak lemah dan tak boleh catch up. Rasanya sebab tu kowt watak Tenshinhan diturunkan sebagai cameo je untuk Saga Majin Buu.

War vs One-on-One
Tapi satu perkara yang aku perasan tentang DB adalah, setiap watak tidak ditekankan kepada kerjasama dan being a good team player. Semua perlawanan adalah one to one. Setiap kali watak utama berlawan dengan musuh, watak yang lain sama ada berdiri kat tepi atau duduk kat temple. Ada la jugak satu dua perlawanan yang melibatkan watak yang lain, especially semasa Gohan membesar (semasa menentang Nappa, Bezita, Pasukan Ginyu dan Fliza). Tetapi semua bergantung kepada Goku akhirnya. Perlawanan Cell vs Goku dan Gohan contohnya bila dah last sekali baru la yang lain hulurkan bantuan. Maybe direction DB adalah lebih kepada martial combat rather than war. Sebab musuh pun biasa akan datang seorang atau dua orang. Tak pernah lagi perlawanan DB dalam bentuk peperangan yang melibatkan tentera. Mostly Ketua dan Pengikut vs Goku dan rakan-rakan. Walaupun Tentera Reben Merah, tapi storyline tentang strategi perang taka da sangat.

After All it’s Goku
Semua benda dalam DB sebenarnya adalah tetang Goku selain mencari mutiara naga. Goku selalu akan fashionably late. Semasa Saga Saiya, Goku datang lambat sampaikan Yamu, Chaotzu, Tenshinhan dan Pikor mati. Semasa perlawanan dengan Pasukan Ginyu, Gohan nyaris-nyaris mati. Semasa perlawanan dengan Fliza, sampaikan Fliza transform dua kali baru Goku ready. Bila Goku mati di dalam Saga Cell, aku ingatkan watak utama akan pass kepada Gohan sebab bila Gohan masuk high school, DBZ dah nampak macam macam satu anime yang baru yang lebih segar. Tapi tup tup, Kaioshin bagi nyawa kat Goku dan dia hidup balik. Yes and of course dia akan selamatkan dunia sekali lagi.

Aku paling suka Saga Fliza. Aku rasa ceritanya ditulis dengan sangat baik dan betul-betul 'Dragon Ball'

Dark Prince of Saiyan, Prince Vegeta. Dalam manga nama dia Bezita. Masa sekolah, semua member nak jadi Goku dan Gohan. Aku je yang suka nak jadi Bezita. Siap tempek sticker dia kat kotak spec aku kowt.

Walaupun watak Krillin/Kuririn/Kurin dikenalkan agar lewat, tapi Kurin adalah antara watak yang sentiasa ada. Semua perlawanan dia ada kecuali semasa Pikor Jahat. Masa tu dia mati. Yes, Kurin adalah watak paling selalu mati. Asal ada perlawanan je mesti mati. Hehe

Baeklah, setakat ini dulu kowt. Takda idea dah ni. Nanti dah dapat idea aku tulis balik. Next aku akan cuba ulas sindiran dan sarcasm Akira Toriyama di dalam DBZ. Ni masih membuat kajian. Hehe.

Buhbye


Ruff Ruff

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...