Please Click Me

Dragon Ball Part 2

Thursday, February 11, 2016 § 0

Aku meneruskan permintaan daripada member aku untuk membuat ulasan Dragon Ball. Penat weah nak mengulas. Tapi sebab member, kita buat jugak.

FRIEZA
Aku berpendapat Frieza ni macam sindiran terhadap multi-million dollar company ataupun politician kat dunia ni. Kerja dia cari planet dan jual tanpa peduli siapa yang akan menanggung akibat daripada urus niaga itu. Tapi walau macam mana omnipotent sekali pun, Frieza tetap takut satu perkara iaitu mati. Sebab tu dia nak cari Dragon Ball kat Planet Nameck supaya dia boleh dapat eternal life, ergo dapat jadi raja kepada universe. So sama la jugak macam multi-millior dollar company or might be the politician yang berusaha untuk mendapat keuntungan daripada urus niaga mereka, in the end semua pun akan mati or at least akan ada orang yang lebih kuat, lebih bijak daripada kita akan muncul. So untuk elakkan daripada kehilangan kuasa, apa yang perlu buat adalah dengan mendapat life source everytime near dead.

MR. SATAN
Kadangkala kita berusaha macam nak mati (or dalam DB it was literally to dead) tapi akhirnya orang lain akan dapat nama. Ada juga sesetengah manusia, yang berada pada masa dan ketika yang salah. Mereka ini sangat malang. Ada juga sesetengah manusia, yang berada pada masa dan ketika yang betul. Mereka ini sangat beruntung, seperti Mr. Satan. Dalam hidup untuk kecapi kemewahan, nama, pangkat, darjat, kadangkala kita tak perlu berusaha bermati-matian. If you there at the right moment you're gonna get it. Dalam hidup, kita akan juga berjumpa dengan orang yang bercakap besar, bermegah dengan segala benda yang dia ada. Stupid people will believe it in no time. Kadangkala manusia suka bragging dengan cara meraih simpati dan memanipulasikan kelemahan kita. Be careful people. Orang yang kita puja-puja tu, mungkin bukan orang sepatutnya. Big words won't justify their 'teloq'. Cakap besar pung pang pung pang dalam segala media, tapi kerja orang lain yang buat. Siasat secara terperinci sebelum mempercayai semua cerita yang circulate.

ASIAN AND EXAMINATION
Okey ini serious menganjing. Motif Chichi nak suruh Gohan baca buku dan belajar kat mana-mana. Selalu kita akan jumpa meme dan troll Asian Parents yang akan suka control anak dorang dan suruh belajar kat mana-mana. Being strict in education is soooooooo Asian. Tapi akhirnya Gohan berjaya jadi scholar macam yang Chichi harap-harapkan. So mom knows best.

GUY IS JERK
Perasan tak Goku sebenarnya tak kerja pun. Dia kahwin tapi tak sara pun Chichi. Guy tend to ignore his marriage when he's so into his hobbies and interest. Maybe penulis nak menyindir perangai husband dekat Jepun kowt. Dan akhirnya, Goku sekali lagi leave his wife and his family semata-mata nak train Uub. Rasanya Goku tak pernah fikirkan family dia pun tapi utamakan untuk menjadi lebih kuat. I realized that bila Gohan nampak lebih serasi dengan Pikor. However, penulis counter balik bila dia menulis watak adult Gohan as a reponsible child, husband and father. Gohan buat rumah sebelah rumah parent dia, berhenti berlawan untuk jaga keluarga dan fokus dengan kerjaya sebagai scholar. I also doubt Goku can be a good idol to kids. Bukan saja dia tak jadi a good husband and a good father, tapi dia buang kawan-kawan dia sebab nak berlatih. Bulma dan Kurin merungut sebab Goku tak pernah datang melawat dorang sampaikan Bulma dan Bezita turun cari dia. I mean, Bezita boleh rendahkan ego untuk berjumpa Goku. So you know what kind of friend Goku is. Dia terlalu fokus nak jadi kuat.

BROKEN TOY JUGA BOLEH DIMAIN SEMULA
However, aku suka perangai positif Goku. Dia percaya seseorang yang jahat boleh redeem diri dorang. Sebagai contoh, Bezita's redemption adalah paling epic. He could have been killed tapi Goku spare him sebab dia percaya Bezita boleh jadi seorang yang baik. Yes, that happens. Bukan setakat Bezita, look at Pikor, Tenshinhan, Cyborg No. 17, Cyborg No. 18 semua adalah orang jahat pada mulanya. Tapi mereka ini tetap boleh menjadi orang yang baik. So sebenarnya kita sebagai manusia jangan cepat sangat judge orang lain sebagai broken toy. With a right handyman, you still can play with that broken toy and it feels brand new.

Baeklah, setakat ni dulu. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca. Hehe.

Buhbye

Ruff ruff

What's this?

You are currently reading Dragon Ball Part 2 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...